30 Jun 2010

hilang dalam terang

apa yang korang rasa, pikir, tenung, tilik, renung-renungkan sambil menyebut selamat beramal apabila....................

korang jalan-jalan atau berjogging atau naik basikal sambil dengar lagu dan kat telinga ada headfon di sebuah kawasan perumahan dan tiba-tiba..................

korang nampak seorang gadis bertudung ayu dan suci wajah nya keluar dari rumah. berbaju kurung menawan dengan lenggang lenggok yang bisa meruntun hati seorang lelaki.

dan beliau menggalas sebuah beg di bahu. oh mungkin beliau ingin pergi ke kelas tuisyen.

beliau berjalan sehingga ke penghujung jalan. agak jauh dari rumah nya. dan di situ terdapat sebuah kereta menanti. seorang lelaki berkumis memakai topi dengan lagak seorang romeo menghisap sebatang rokok dunhill. dan menghembus asap satu per satu ke arah side mirror berkali-kali.

dan di tepi kereta, gadis itu menanggalkan tudung beliau dan terserlah lah rambut nya yang keperangan. sambil membuka pintu lalu masuk ke dalam kereta, gadis tersebut mengeluarkan baju tanpa lengan nya dan skirt pendek dianggarkan paras paha dari dalam beg yang di sandang tadi.

lalu kereta itu meluncur pantas tanpa mempedulikan jasad bernyawa di sekeliling mereka. dan dalam perjalanan, mereka ketawa girang bagaikan sudah membuat sesuatu yang menyeronokkan.

sekian.

29 Jun 2010

award yang kedua

baiklah. pada ari sabtu yg lepas, aku telah di tag untuk menerima sebuah award. award ini diberikan oleh cik dela taufique. sekali lagi. dan masih di takuk lama, aku tak tau nak buatkan cursor tu jadi bentuk tangan kat nama tu. dan award ini merupakan yang kedua dan juga yang kedua oleh cik dela. oh~~ sungguh terharu.

kepada cik dela, maaf sebab lambat buat entri pasal award ni. kinda bz lately. inilah rupa award nya.


ia di namakan sebagai "the bestest blog until everever the bestest blog greatest award blog". nama award ni saje da cukup buat aku terkencing dalam seluar. cukup gah nama award ni sehingga aku rasa betolkah aku layak untuk mendapat award ni kerana aku masih di tahap budak ingusan baru nak belajar bertatih.

tapi aku bersyukur kerana ade org yang sanggup berikan award ni pada ku. terima kasih pada cik dela. jadi selepas lap hingus yang hampir masuk mulut, aku nak jawab soalan tag yang diberikan.

1. Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni.
berkoyan-koyan terima kasih di ucapkan pada cik dela. di harap anda menang contest mata menawan tu.

2. Sila beri award kepada 10 blogger yang lain.
ermm pedulikan tentang 10 org tu. aku tag kan pada 12 org. apa? ini peraturan? bukan kah peraturan dibuat untuk di langgar?

liza1907
afzainizam
bok aizad
syukor scott
rashid ahmad
Dee-j zaxc
sweet-dew
ag.roronoa
freaky pinklady
greeny
mrberett
theboisepi cayune

3. Anda mesti memberitahu kepada 10 blogger ini.
baiklah. aku akan beritahu nanti.

4. Bagaimana anda boleh di gelar blog yang best and great?
ok. soalan ini agak misteri. kalau boleh aku juga nak tau jawapan ni dari cik dela.


sekian terima kasih.

26 Jun 2010

pada satu kedudukan

di pendekkan cerita,

sedang aku berjalan-jalan di dalam bookstore di salah sebuah shopping complex yang terkemuka, mata aku tertarik pada sebuah novel ini. yang buatkan aku tertarik bukan lah pada rupanya, warnanya atau pada harganya. tetapi aku tertarik akan nama tajuk novel itu.

'Blog Priasetia'. itulah nama novel itu. lalu tangan ku mencapai novel yang di anggarkan mempunyai keberatan agak sama dengan dua pasang selipar jepon itu dan membelek-belek ingin mengetahui apa isi cerita nya. ketika aku sedang membelek penuh khusyuk, mata ku melirik pada ayat di satu perenggan ini.

"Tidak membuka laman blog itu sehari, Yuni Shora menjadi gundah. Tidak membaca apa yang di diktat oleh Priasetia, hidupnya menjadi serba tidak kena. Laman tersebut teman di waktu berduka. Seringkala ketika kesunyian melanda, Blog Priasetia menjadi temannya."

.................................................................

wow. aku kagum. aku sangat kagum. dan aku juga sedikit cemburu.

soalan yang sedang bermain di benak fikiran aku adalah

bagaimana blog aku ni boleh menjadi seperti blog Priasetia?

diminati oleh seorang gadis yang tidak sabar-sabar ingin melihat coretan ku pada setiap hari?

bagaimana ingin blog ku menjadi teman tatkala sunyi dan duka?

atau adakah aku patut membaca novel itu dan menjadikan blog beliau sebagai idola?

atau perlukah aku menukar nama blog ku ini dengan nama 'blog Priasetia' supaya diminati gadis seperti di dalam novel itu?

haih~~~~

24 Jun 2010

Nice Bloggers Award

ok. agak menggigil juga jari menekan keyboard. ini kerana aku telah di tag untuk mendapat award. aku sebenar nya tak berapa fasih dalam bidang blogging ni. dan ini juga merupakan pertama kali aku di tag award. maaf jika aku tersalah format dalam menghasilkan entri award ini.

award ini diberikan oleh cik dela taufique. aku tak tau nak buat kan cursor tu jadi gamba tangan kat nama tu. tapi anda bole melawat blog beliau ikut link kat shoutbox tu. terima kasih sekali lagi pada cik dela.

ini award nye. oh~~~ terharu~



mengikut adat, lepas dapat award ni, kene jawab soalan tag.

1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang ini?
adakah German mampu menang ketika menentang Ghana pukul 2.30 am kang? kesian kat michael ballack.
.
2. Apakah nama samaran anda?
Tomok! eh mmg takkk laa kan. hahaha. ade la beberapa nama. tapi biar la rahsia. hehehe. panggil Fit je.
.
3. Berikan tiga (3) orang yang anda sayang?
agak ramai juga. pakai jari kaki pon tidak terhitung. mungkin bole kalo kira pakai calculator. tapi top 3 tu ialah ayah, mama, diri sendiri.
.
4. Panggilan untuk si dia?
montok! comel nye diee. hehehe. eh korang pikir ape ni? tu nama kucing aku laa.
.
5. Hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa?
terima diri ini seadanya.
.
6. Blog manakah yang anda suka lawati?
tak byk gamba. tak byk animation n iklan, tak serabut, tak banyak warna, tak bling2, tak poyo, tak berlagak, dan banyak cerita merepek cam blog aku. wahaha
.
7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda?
soalan ni perli aku ke apa? tapi takpe. aku tag kan pada yang memfollow aku dan kat sume yang nk, amek je. hehehe
.
liza1907
afzainizam
dela
bok aizad
syukor scott
makanbudak
Dee-J zaxc
sweet-dew
ag.roronoa
Freaky Pinklady
Greeny
mrberett
.
.
terima kasih sekali lagi pada cik dela. tanpa beliau, tiada lah aku mendapat award yang pertama ini. oh~~ mana tisu ni?

23 Jun 2010

entri siku berparut kudis

satu hari yang nyaman,

Encik Kaya : weh ko nk tak kasut futsal aku ni?

Encik Miskin : apsal? ko ingat aku ni pemintak sedekah ke?

Encik Kaya : bukan la bodo! aku tgk tiap kali ko main futsal asek pakai selipar je. kesian pulak aku tengok. ko takde duit ke?

Encik Miskin : kalo takat nak beli selipar jepon tu rase2 aku cukup kot. weh betol ke ko nak kasi aku kasut futsal ni? ko jangan mainkan hati dan perasaan aku dowh.

Encik Kaya : betol la. kasut ni pon ok lagi. ade koyak sikit je kat tumit. lagipon aku nk beli kasut futsal baru. Nike 5 ZOOM T-5 CT harga RM 449. kagum tak?

Encik Miskin : wahh best nye. kalo camtu terima kasih la ye. kau lah kawan aku dunia akhirat.

##################################################################

keesokan hari nya,

Encik Kaya : weh kasut futsal yang aku bagi kat ko semalam tu mane?

Encik Miskin : ade ni haa. weh aku nak ucapkan terima kasih sekali lagi kat ko. aku rase bersyukur sgt ade kawan mcm ko ni.

Encik Kaya : err sama2. tapi aku ade bende nk ckp cket ngan ko ni.

Encik Miskin : apa dia? ko punye pasal aku sanggup buat apa saje.

Encik Kaya : haa elok la tu. aku nak ko pulangkan balik kasut futsal tu. semalam bapak aku ckp die tak nak belikan kasut Nike tu untuk aku. sebab aku punye result bawah 2 pointer sem lepas.

Encik Miskin : haa? ko ni biar betol bai.

Encik Kaya : ko ingat aku main2 ke? cipet betol la. aku pon tgh bengang ni ko tau tak.

Encik Miskin : ermmm ok la. amek la balik kasut ni.

Encik Kaya : ok. takde rosak apa2 kan kat kasut ni? wahahaha

Encik Miskin : takde. jgn bimbang. lgpon baru sehari kasut ni aku pegang. tu pon aku tido semalam pelok kasut ni. terima kasih la kasi aku merasa perasaan sebagai pemilik kasut ni walau sehari.

Encik Kaya : errr.............

20 Jun 2010

selamat hari bapa

hari ni 20 haribulan 6 tahun 2010. hari ni juga merupakan hari bapa. sebenar nye aku tak berape ambik port kat tarikh ni. tapi selepas baca beberapa blog yang lain, dan juga setelah membaca beberapa status di facebook, baru aku sedar yang hari ini adalah hari bapa.

secara jujur nya aku bukan lah seorang anak yang baik. bukan lah seorang anak yang soleh. juga bukan seorang anak yang prihatin. tapi aku bukan lah termasuk dalam kategori anak derhaka. anak yang derhaka dengan anak yang tak baik besar perbezaan nya.

selama 24 tahun aku menghuni di alam ciptaan Allah ini, bapa ku banyak berkhidmat untuk ku. beliau menjaga, membesarkan aku, mengajar aku erti kehidupan, dan banyak lagi jasa beliau sehingga tak terhitung oleh ku. sesungguh nya Allah saja yang dapat membalas jasa seorang bapa.

kata orang, seorang anak dapat membalas jasa kepada seorang bapa dengan menjadi anak yang soleh, anak yang berguna, dan anak yang berjaya dalam hidup. tapi, maafkan aku bapa. aku masih tidak mampu menjadi seperti apa yang setiap bapa di dalam dunia ini inginkan. maafkan aku.

aku banyak buat salah pada mu, banyak buat kamu kecik hati, banyak membuatkan kamu marah, banyak membuat kamu dukacita dan membuatkan kamu berasa nak sepak aku dengan sekuat hati.

tapi aku pelik, kamu masih tetap sayangkan aku, beri aku duit belanja ( ini penting! hehehe ), tetap menggembirakan aku dan tetap tidak berputus asa dalam membentuk aku menjadi seorang insan yang berguna. kata orang, bapa mana yang tidak sayangkan anak-anak nya. sungguh tepat ayat itu.

akhir kata, terima kasih ayah!! selamat hari bapa!! love u sooooo damn much!!! nanti org da kaya, org belikan keta nissan fairlady 350z untuk ayah. pastu bawak mama pegi dating tau.

19 Jun 2010

entri tiada makna

petang tadi aku pegi berjalan2 dgn kwn2. sgt sakit hati dan sgt memenatkan. oh hari ni juga merupakan hari bujang. jadi aku hanya keluar bersama kwn ku yg masih bujang. dgn niat yg suci murni untuk menonton wayang, kami pergi ke alamanda. hampa. cerita yg kami ingin sgt nk tgk tu sudah full.

dgn berbekalkan semangat yg waja, kami pergi ke mines. juga hampa. cerita yg sama dah full. tanpa melengahkan masa juga tanpa mempersoalkan keajaiban piramid di mesir, kami pergi ke tropicana city mall. kenapa di tropicana? sbb ade suara2 halus memujuk "tmpt tu baru dowh. lawa tmpt die. aku da pegi itu ari. wayang die mesti lawa punye. aku tau jalan. ko ikut je." jadi sambil menyanyi lagu pasrah yang di dendang kan oleh erra fazira, aku memandu ke situ.

sesampai nye di situ, kami pergi merayu kat kaunter tiket meminta simpati. tetapi ibarat memberi bunga, dibalas kahak hijau, mamat kaunter tu berkata "err sori bro. tempat ni racist. takde cerita melayu kat sini." lantas kedengaran bunyi guruh kuat berserta kilat sabung menyabung di segenap ruang medula oblongata aku ni. dan di belakang kelihatan sekumpulan budak2 sekitar umur 13 tahun mendayu-dayu menyebut "hassan penakut. hassan penakut. wahahaha" .................. aku berfikir sejenak dan bertanya dalam hati, apa dosa ku?

selepas bermeditasi dan bermuhasabah diri selama 10 minit di tepi escalator, kami mencapai persetujuan untuk pergi ke tempat terakhir iaitu the curve. lantas kami calitkan muka ala-ala komando zaman jepun dengan kiwi air yang kebetulan berada di dalam bonet keta dan sepantas kumbang terputus tali aku memandu ke destinasi.

sampai saje di medan peperangan itu, aku mengambil langkah drastik dengan mengepal sebiji penumbuk ke arah mamat kaunter tiket tu. biasa lah. muka da komando, gaya mesti mau garang. "bro. ari ni je aku da pegi empat shoping complex semata-mata nk tgk cite melayu ni. aku da nak putus asa da ni. tolong la kasi aku tgk cite ni." rayu ku sambil menahan genangan air di mata. "sori la bang. sy bukan nye tak nak tlg. tapi cite ni hanya ditayang kan masa tengah hari je." kata beliau sambil teresak-esak.

ketika itu pelbagai persoalan melanda di benak pemikiran aku. kenapa amerika bersekongkol dengan israel? betolkah obama tu ahli freemason? bagaimana sungai klang dan sungai gombak bercantum? apa rasional nya nama kuala lumpur di ambil bersempena peristiwa itu? kenapa aku rajin sgt nk pegi tgk wayang hari ni??? shit!!!

selepas isi perot kat uptown damansara, aku berikrar di dalam hati. lepas ni kalau nk pegi tgk wayang, mesti mau booking dulu!! dan kekecewaan itu sedikit terubat sebab membe aku sanggup mengisi perot keta aku dengan istilah full tank. terima kaseh encik bun.

~sekian~

18 Jun 2010

klise

mari kita lihat beberapa klise atau perkara yang sering terjadi di sekeliling kita.

kalau dulu,
i janji akan sehidup semati dengan u
tapi sekarang,
sebelom u mati, sain surat wasiat serah harta pada i dulu

kalau dulu,
takpe la sayang. i tak kesah makan pasir asalkan u ade di sisi i
tapi sekarang,
u ingat i ni ayam ke nak kasi makan bende alah ni?

kalau dulu,
kenape i bau kentot u mcm bau strawberry with lavender je?
tapi sekarang,
bole tak u kentot jauh-jauh cket? bontot u takde injap ke ape? u ingat wangi sangat ke kentot u tu? no manners btol la.

kalau dulu,
i tak jumpe u 2 jam, tapi i rase macam da 18 ratus tahun je kite tak jumpe.
tapi sekarang,
u ni sewel ke ape? kan minggu lepas kite da dating. muak la jumpe selalu ni.

kalau dulu,
i tak kesah muka u lawa ke, burok ke ape ke. yang penting i tetap sayang u.
tapi sekarang,
apehal muke u ni mcm mayat je i tengok? apa? takde duit buat facial? kalo camtu babai. i carik awek lain.

kalau dulu,
i nak u tau segala ape yang i buat. baru la u bole paham isi hati i dan cinta kita semakin kukuh.
tapi sekarang,
u ni tanye2 macam polis ni kenape? i rimas tau tak?! juz leave me alone okay!!

kalau dulu,
u nak kongsi nasi dengan i tak? baru la kite jadi pasangan yang paling romantis. hee~~
tapi sekarang,
u order sendiri bole tak? i lapa ni. lagipon u makan da la lambat. nak control ayu konon. cett!

kalau dulu,
i tak pandang pada rupa dan harta. i cuma nak hati u je. ibarat lagu may-cinta mu mekar di hati.
tapi sekarang,
i nak clash dgn u. my new bf baru belikan i keta nissan fairlady 350Z. babai si miskin. hahaha.

kalau dulu,
i suke la tgk muke u. hensem, jambu, macam aaron aziz. bangga i dpt bf mcm u. i bole belagak dgn kawan2 i. hehehe~~ i love u!
tapi sekarang,
kalo takat muka u hensem je, bole buat i kenyang ke? u ingat i nak hadap ke moto kapcai c70 u tu hari2?? oh plizz la. semalam kawan2 i tunjuk kan rantai emas habib jewels rm 2500 kat i. bf die hadiahkan. ape yg u bole bagi kat i?? huh!


entri ini hanya untuk jenaka komedi sahaja. no offence pada yang terasa.

nota lemak : aku baru letak beberapa lagu dalam playlist blog ni. sudi-sudi kan lah mendengar ye.

17 Jun 2010

ukiran jiwa

semalam aku edit layout blog ni. supaya tak nampak bosan bila membaca. aku sendiri pon bosan kalau baca satu kaler je. jadi aku guna gabungan beberapa kaler yang tak berapa terang dan suam-suam kuku mata memandang. ia juga supaya korang semua tak rasa menyampah masa baca penulisan aku.

hari ni aku edit blog lagi. aku letak lagu kat blog ni. semua orang letak lagu kat blog masing-masing. jadi rasa nya tidak salah kalau aku pon begitu. bagi permulaan ini, aku memilih lagu She's Gone by Steelheart. kenapa? oh tiada sebab. cuma aku suka dengar lagu dan lirik dia. layannnn.

Steelheart - She's Gone

She's gone,
Out of my life.
I was wrong,
I'm to blame,
I was so untrue.
I can't live without her love.

In my life
There's just an empty space.
All my dreams are lost,
I'm wasting away.
Forgive me, girl!

Lady, won't you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.
Lady, oh, Lady!

She's gone,
Out of my life.
Oh, she's gone.
I find it so hard to go on.
I really miss that girl, my love.

Come back into my arms.
I'm so alone,
I'm begging you,
I'm down on my knees.
Forgive me, girl!

Lady, won't you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.
Lady, oh, Lady! oh, LADYYYY...

woooo....
Lady, won't you save me?
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.

Lady, oh, lady.
My heart belongs to you.
Lady, can you forgive me?
For all I've done to you.

16 Jun 2010

entri ruang maya - part 2

ketaksuban ingin menjadi cool dan hot terserlah di dalam facebook melalui gamba-gamba yang diupload. gamba-gamba ini berjaya menarik minat orang ramai untuk berkenalan dengan mereka dan pada masa yang sama menunjukkan betapa mereka berada di dalam golongan orang yang hot dan cool.

1. gamba clubbing

gamba clubbing di rangking no 1. ingin tunjukkan pada dunia yang beliau tidak ketinggalan zaman dari segi membaratkan diri dan tidak langsung peduli dengan adab-adab ketimuran di malaysia. bertindak membuka pekung di dada dengan mengupload gamba ini tanpa segan silu merupakan tanda tiada bantahan dari pihak yang sepatutnya.

2. gamba menyerlahkan tubuh badan

berada di ranking kedua. agak ramai juga yang upload gamba bergenre ini. mungkin ingin kan perhatian dan beliau berasa seronok jika ramai yang mengkomen gamba itu dengan kata pujian dan lebih-lebih lagi dengan ayat-ayat yang nakal dan ala-ala noty gitu. " wow..i suke tgk longkang u..geram nyeww~~" dan beliau akan membalas " hihihi thanks xoxo~~"

3. gamba dengan botol arak

perlakuan ini menduduki ranking ke 3. dengan muka kaya dan bongkak bergamba sambil tonggang arak dan tangan memegang botol beer atau liquor. aneh nya tiada perasaan malu sama sekali di riak wajah mereka. setakat ini juga aku belom jumpa gamba orang tengah isap dadah. mungkin disebabkan undang-undang malaysia tidak membenarkan. hurm~~

4. gamba comolot dengan bf/gf

ingin tunjukkan pada dunia yang mereka adalah pasangan loving couple yang lovey dovey honey bunny sweet-sweet gitu. oh~~~ indah nya di saat bercinta. dan secara otomatik gamba ini akan memberi persepsi pada orang ramai yang kamu telah melakukan seks.

5. gamba kereta hasil pemberian makbapak

dengan bermuka sombong dan bongkak kau bergamba dengan kereta skyline gtr r35 atau subaru impreza atau bmw m5. dan dibawah gamba tertulis " hye ladies..mlm ni i free..wanna join me to da club tonite?" sedar lah yang kau hanya menumpang kekayaan makbapak kau yang bersusah payah mencari duit tapi dengan senang kau menghabiskan hasil titik peluh mereka.

6. gamba muncung sedepa

gamba yang paling buat aku rasa nak sepak muka aku sendiri dengan kasut yellow boot timberland dengan tapak setebal 1 inci. yang paling best kalau muka kau memang muka pecah rumah ala-ala tongkang baru lepas kene bom tapi kau tetap ingin menampakkan ke-sweet-an di muka melalui gamba ini. tolong lah sedar dari mimpi.

7. gamba muka view dari langit

menduduki tempat terakhir dalam ranking ini. bertujuan untuk membuatkan muka kau lebih comel dan cute ala-ala amoi jepun. style bergamba yang di ambil dari jepun dan korea. ia juga boleh membuatkan muka kau kelihatan kurus dan cengkung serta mata kau kelihatan besar dan bulat.


bersambung lagi.

14 Jun 2010

Dongeng Cerita Rakyat

~ huhuhuhuuuu ~

"LuaranKu seorang lelaki yang Macho & Cool tp sape yg tau didalam hati ku tgh menangis dgn teresak-esaknya ketika ini"..itulah luahan seorg sahabat ku pabila kepercayaan & harapannya telah dimusnahkan.. ~ kesian ~

Baru ku percaya zaman ini sume memandang pada rupa & kebendaan..(base on true story)
Ungkapan "I xmemilih pada rupa atau harta" tidak lagi boleh diterima pakai & boleh diragui bila seseorg mengungkapkannya kerna ia hanya pada kata-kata sahaja tapi pada hakikatnya adalah disebaliknya.. ~ hampeh ~

Mungkin aku tidak kaya, tidak memiliki Ferratarik, ataupun Lambogimik, ataupun paling kurang seketul Hammer H2..tapi aku kaya dgn budi perketi & aku ada Honda Ex5 yg telah berbakti padaku agar dapatku mencari rezki utk diriku & juga dptlah serba sedikit membantu keluarga, setelahsekian lama keluargaku membesarkan aku & menyekolahkan aku agar aku menjadi seorg insan yg berguna utk agama bangsa & tanahair..

agar aku kenal betapa peritnya mencari rezki supaya aku lebih mengsyukuri akan nikmat tersebut tidak lah aku menjadi seperti anak muda mudi dizaman ini yg seusia dgn ku yg asyik mencari keseronokan syurga dunia..menghabiskn masa & duit dipusat-pusat hiburan, terkinja disana-sini, berpelukan tidak kira lelaki sama lelaki, perempuan sama perempuan, lelaki sama perempuan, & perempuan sama lelaki, itu belum lagi yg ber'comolot' dicelah bangku-bangku kelab, tandas-tandas awam dikelab, bawah meja atas meja, dan bermacam-macam lagi tempat yg mereka rasa sesuai utk melakukan aktiviti itu..dan pengakhirannya adalah dibilik-bilik mengikut kemampuan masing-masing hotel 5star, 4star, 3star, 2star, 1star, & yg paling hina sekali bilik kongsikong pon boleh..

Tapi itulah dia dunia sekarang yang anak bangsa kita diami yg alpa akan itu semua, cuma yg mereka kejar adalah keseronokan semata-mata..adakah itu yg perlu dilalui oleh negara-negara yg ingin maju, kerosakan akhlak... ~ hermmm ~

by the apprentice

11 Jun 2010

dalam hati ada taman - part 2

sebelum ini

aku merasakan hidup sebagai seorang loser sangat teruk

tapi hari ini aku berasa sangat terharu

kini aku sedar aku tidak keseorangan

rupa-rupanya

masih terdapat ramai rakan-rakan yang menyayangi diri ku

terima kasih kawan

semoga Allah merahmati kamu semua

aminn.

10 Jun 2010

dalam hati ada taman - part 1

hari ini aku berasakan aku adalah seorang loser.

dan untuk kali kedua aku berasa diri aku seorang loser dalam minggu ini.

keyakinan diri semakin down.

mata ku semakin berkaca.

aku hampir tidak tertanggung perasaan ini.

damn!

06 Jun 2010

entri ruang maya - part 1


maaf. sudah agak lama tidak menghasilkan entri baru. ini kerana aku begitu sibuk menyiapkan report untuk praktikal. aku berasa sangat marah kerana disuruh siapkan report itu secara tiba-tiba oleh lecturer ku yang begitu tidak bertamadun.

demi melepaskan marah ku, aku ingin menceritakan tentang perkara yang sudah lama ingin aku luahkan tapi kerana ketiadaan idea, aku menangguhkan sehingga sekarang.

Facebook.

peralihan zaman dari friendster kepada myspace dan seterus nya ke facebook.

satu aplikasi yang paling ramai orang gunakan sekarang. ia nya dengan tujuan mencari dan berhubung kembali dengan kawan lama, kawan baru, awek lama, awek baru, balak lama, balak baru, mencari pasangan hidup atau pun hanya sekadar skandal. semua itu boleh dilakukan di dalam aplikasi ruang maya ini.

anda juga boleh menjadi seorang penagih. maksud di sini bukan lah menjadi penagih kepada bahan terlarang seperti dadah, unsur lucah, atau pil khayal. tetapi adalah ketagihan ber facebook. percaya atau tidak, seseorang yang mempunyai akaun facebook pasti akan membuka atau melayari facebook sekurang-kurang nya sekali sehari. jika anda tidak melayari facebook, hati anda akan sentiasa resah dan gelisah. itu merupakan petanda awal bagi yang telah ketagihan facebook-ing.

bagi yang telah dijangkiti oleh virus facebook-ing ini. jangan bimbang. anda tidak keseorangan. kerana aku juga telah ketagih akan benda yang sama. susah untuk membuang ketagihan ini untuk masa sekarang.

bersambung di entri akan datang.

01 Jun 2010

meniti suratan

1 haribulan 6 tahun 2010

permulaan bulan yang baru

pertengahan tahun ini

praktikal tinggal 12 hari

world cup tinggal 11 hari

dah pukul 3.30 pm

perut da lapar

tengah hari tak makan

hajat hati ingin berdiet

kepala runsing hati berkecamuk

banyak perkara belum selesai

masa semakin suntuk

kalau lah aku memiliki The Sand of Time.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...