29 September 2010

bomoh hujan


ok. tajuk kat atas tu takde kene mengena dengan bende yang aku nak cerita ni. dan gamba kat atas tu mungkin hujan bagi beliau yang terbaring tu. cuma aku harap setiap hari hujan. panas dowh sekarang. tak larat aku. keluar rumah baru sampai kat pintu gate depan pon da bepeloh ketiak. panas sangat.

tapi kalo hujan hari2 pon, sakit gak kan. bole banjir kl. tapi kan kl ade smart tunnel. ala tunnel yang kene bayar rm2 tu. kan tunnel tu bole gune untuk elak banjir. tapi banjir gak kl dulu. tak tau la sekarang kan. heh~

ok ni aku nak cerita la ni. baru2 ni aku sering sibuk dengan menguruskan hal peribadi dan masalah yang melanda. esaimen yang datang bak tornado dan masalah hati dan perasaan yang semakin menjadi-jadi buat aku rasa tak tenang dan tenteram sejak dua menjak ni.

dan sebab tu jugak lah aku macam kurang aktif dengan dunia blogging ni. maaf pada rakan2 semua sebab tak mempunyai kesempatan untuk membaca coretan korang kat blog masing2. aku pon agak slow update blog sekarang ni.

bulan 10 ni pulak aku final exam. memang boleh dijangka tahap dewa kesibukan aku nanti. jadi kepada rakan blogger sekalian, korang update la blog korang banyak2 tau. kalo aku ade masa nanti aku baca ok.

salam ikhlas dari fit.

22 September 2010

kesibukan melanda diri

hari ni da 22/9/2010. da 24 hari sejak kes kehilangan abang sedara ku Ahmad Kamil bin Abdul Karim yang hilang sejak 30/8/2010.

the latest news is, polis da anta kertas siasatan kat peguam negara. gelang emas yang di percayai milik sosilawati pon da jumpe kat sungai tu.

sekarang cuma tinggal nak tunggu hasil dna dari forensik. mula2 dengar cerita, lagi 4 hari. sekarang dorang mintak masa lagi. erm takpe lah. janji result tu betul dan tepat.

korang mesti perasan aku da lama tak update. maaf. lately kepala aku tengah serabut. banyak masalah dan hal yang perlu di selesaikan.

sekarang cuti pon da abes. aku da start belajar balik. banyak esaimen yang kena siapkan. termasuk lah test dan kuiz. nak2 pulak dekat nak final exam ni. aku rase lagi tak sampai sebulan kot.

sabtu ni pulak wedding abang aku. agak bz jugak nak kena tolong macam2. kepada abang ku Mohd Hasli bin Alias, tahniah di ucapkan.

ok. ni ada iklan sikit. isnin lepas iaitu 20/9, gamba aku keluar paper berita harian. hehehe. cerita nya begini. kami baru lepas pegi wedding abang aku belah pompuan kat Kg. Endah kat banting lebih kurang 3km dari ladang gadong tu.

da alang2 kat situ, ingat nak singgah skali la kat tempat kejadian. sampai je kat situ, polis tak kasi masuk. cess!! pastu pulak kat tepi tu ade reporter tgh berkampung kat situ. jadi dorang pon tersnap gamba kitorang. tu yang terkeluar kat berita harian ngan the star tu.

ni la gamba nya.



hehehe. punye la poyo sampai nak cite kat blog kan. tapi lantak la. ni kan blog aku.

sekian wassalam.

16 September 2010

tolong lah berfikir sejenak

aku menyeru kepada rakyat malaysia supaya tidak mempercayai kepada berita di media. aku tahu media hanya ingin melariskan akhbar dan ingin melariskan cerita tetapi tolonglah mempertimbangkan hati dan perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat.

kepada pihak media, berita terbaru mengenai mangsa disembelih dan dipukul sebelum di bakar cukup menyayat hati. tolonglah jangan menyalahgunakan kuasa yang anda ada untuk melariskan akhbar anda.

ya, saya pon tahu tentang penemuan beberapa bahan bukti baru seperti pisau dan sebagai nya.

tetapi sebaik-baik nya kita kena tunggu hasil siasatan dan result forensik dari pihak polis.

setakat ini, pihak polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang siapa mangsa dan bagaimana mereka dibunuh. jadi saya menyeru kepada pihak media supaya tidak mengada-adakan cerita.

kuasa yang ada pada pihak media juga ada gunanya. iaitu supaya kes ini tidak dibiarkan senyap begitu saja dan beritahu kepada rakyat Malaysia tentang kebenaran kes ini.

cuma saya harap pihak media beritahu tentang KEBENARAN SAHAJA dan jangan mengada-adakan cerita sebelum pihak polis mengeluarkan kenyataan rasmi.

sekian terima kasih.

13 September 2010

tolong lah!!!

salam.

tahun ni aku tak beraya sangat la kan. sebab berita kehilangan abang sepupu ku.

aku buntu. aku sedih. aku terkejut. aku simpati.

dia baik orang nya. dengan saudara mara dia cukup rapat. walaupun dia da berumur 32 tahun dan mempunyai dua orang anak, tapi dengan semua orang dia bole masuk. semua orang dia bole layan. even sedara dia yang umur 10 tahun pon dia bole layan. kalo orang tu umur 10 tahun, dia teros convert jadi cam budak 10 tahun. dia bergurau macam dia da lupa yang dia da ade anak bini. ha ha ha best je tengok dia bergurau. kalo antara sedara mara, mulut dia jugak yang paling kecoh. memang best layan bebual dengan beliau.

tapi, itu dulu.

sekarang, dia da hilang. entah selamat, entah kan tidak.

berita terbaru, polis da tutup kes. polis da kompem yang dijumpai itu adalah beliau. tapi masih belom terbukti sebab pihak forensik belom bagi result. polis cuma kompem yang itu adalah beliau dengan hanya keterangan dari suspek je.

tapi kami sebagai keluarga beliau, tidak akan percaya selagi belom terbukti yang itu adalah beliau. kami masih menaruh harapan. dan keajaiban. kami hanya mampu berdoa kepada Allah supaya beliau di dalam keadaan yang selamat.

inilah abang sepupu ku.


Ahmad Kamil bin Abdul Karim


jika beliau sudah tiada, kami tetap redha dengan ketentuan Ilahi. cuma sekarang ni, agak sukar untuk kami mengakui sebab kami masih menaruh sedikit harapan pada result forensik.

jadi di kesempatan ini, aku ingin meminta rakan-rakan blogger ku semua supaya berdoa yang berita itu tidak benar dan memohon dan berdoa kepada Allah agar beliau dijumpai dengan selamat dan boleh pulang ke rumah untuk berhari raya di samping isteri dan dua anak beliau. Aminnnn.

terima kasih.

09 September 2010

selamat hari raya aidil fitri


di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat yang akan menyambut 1 Syawal pada jumaat ini.

dan juga, aku ingin memohon ampun dan maaf jika aku ada terkasar bahasa, tersalah kata, buat korang kecik hati, tacing, menyampah, saket hati, dan sebagainya dengan penulisan aku mahupun komen-komen yang aku tulis di dalam blog ini atau blog korang.

salam.

08 September 2010

dalam hati ada taman - part 6

bila aku katakan aku sukakan kau

kau akan tersipu-sipu malu

bila aku katakan aku cintakan kau

kau akan terkejut lantas memaling kan muka

kau katakan kau tak bersedia

sedangkan aku tahu kau tidak dapat menerima

cinta tulus dari ku

mengapa kau begini?

mengapa perkara ini sering terjadi pada ku?

di manakah kau yang dulu

sering tertawa melihat gelagat ku

sering berada di sisi ketika susah senang ku

mungkin ketika itu kita hanya sebagai kawan

dan jika aku tahu begini kesudahan nya

aku rela menjadi kawan untuk selama-lama nya

sekurang-kurang nya aku tidak kehilangan kau

dan jika sebagai kawan

sekurang-kurang nya kau tidak bersikap PREJUDIS padaku

07 September 2010

kandungan nikotin di paras buku lali

di satu petang yang damai.


deejay : ok. sila berikan kata laluan untuk menang hadiah ini.

makcik K : Jackals pengimport terus dari mesir.

deejay : pengimport apa?

makcik K : karpet.

deejay : da dekat da tu. kita try lagi sekali ye.

makcik K : Jackals pengimport terus dari mesir.

deejay : pengimport apa?

makcik K : karpet.

deejay : oh sayang sekali. sikit lagi ye. cube cakap lagi sekali.

makcik K : Jackals pengimport terus dari mesir.

deejay : heyyy. cube cakap pengimport ape?

makcik K : karpet.

deejay : errr kite cube sekali lagi ye. kali ni cakap penoh-penoh.

makcik K : Jackals pengimport terus........................k-kk-karpet dari mesir.

deejay : yaa tahniah anda sudah memenangi barangan karpet dari Jackals bernilai rm100.

......

......

WTF??

04 September 2010

selamat bulan sembilan


di rumah ku ada seekor beruang.

beliau sangat jinak.

manja.

dan senang di jaga.

aku selalu kasi beliau makan.

kadang-kadang beliau yang kasi aku makan.

beliau sangat rajin.

dan pandai mengambil hati ku.

selalu menjaga ku.

aku sangat sayang kan beliau.

ketika tidur beliau selalu golek ke kiri ke kanan.

sangat comel.

ketika makan beliau selalu meniup makanan dulu.

sangat comel.

perot beliau juga sangat besar.

aku selalu mencucuk dan mengusap-usap perot beliau.

sangat comel.

cuma kadang-kadang beliau agak nakal.

sampai aku tak tahan.

selalu bergurau dengan ku.

dan juga dengan menggunakan kuku nya.

sakit-sakit badan ku.

tapi aku tak kesah.

kerana perlakuan kau itu sangat comel.

aku sayang kan kau encik beruang.

weee~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...