26 November 2010

sonata musim salju

salam semua.

korang perasan tak sejak kebelakangan ni semua entri aku menjurus ke arah negatif dan semangat yang down?

aku pon baru perasan. itu terjadi adalah kerana ion2 negatif yang dirembeskan oleh enzim2 dan molekul2 yang tidak punya ketahanan dalam badan yang.......err aku da merepek.

aku mengaku aku agak down latety. jadi untuk tidak lebih tenggelam ke arah itu, aku mengambil keputusan untuk lebih berhati2 dalam perbuatan dan tingkah laku agar perkara sama tidak berulang kembali.

aku sudah bosan dengan menyeksa hati ni hari2. dan pasti korang semua sudah bosan dengan hasil tulisan ku yang bersifat negatif.

the truth is, aku tengah happy sekarang. dan salah satu tindakan ku telah semakin menampakkan hasil. yea i'm very happy right now wee~~

jadi aku ingin menyeru kepada korang semua supaya marilah kita happy sama2 dan bersama kita melangkah seiringan menuju ke arah kehidupan yang lebih bermakna. berdoalah kepada Yang Maha Mendengar dan insyaAllah, Dia akan menolong kita.

open our eyes, our hearts and our minds.

salam ikhlas dari Fit.

23 November 2010

puisi buruk - part 1

aku keletihan dan kepenatan

walaupun sudah berhempas pulas

aku perah segala keringat

aku berikan segala usaha

aku letakkan segala harapan

tetapi apa yang ku dapat

tidak ku jangka begini kesudahan nya

mungkin usaha ku tidak mencukupi

mungkin harapan ku terlalu tinggi

mungkin nasib ku sudah begini

apa yang pasti

mimpi hanyalah sekadar ilusi

impian hanyalah sekadar angan-angan

yang tak mampu ku capai

yang tak mampu ku miliki

"jangan meletakkan harapan terlalu tinggi"

"nanti pasti akan jatuh terduduk"

bilakah akan terpancar sinar harapan?

bilakah akan terbit fajar impian?

yang akan sedarkan aku dari tidur

yang akan menerangi gelap malam ku

memberi seribu satu kebahagiaan.



nota lemak : puisi ini bukan bertemakan percintaan.

10 November 2010

dalam hati ada taman - part 7

aku dah letih

aku dah malas

aku dah penat

untuk menanggung derita ini

untuk menanggung sakit ini

untuk menanggung malu ini

semakin parah hati ku

semakin parah jiwa ku

biarlah

aku hanya mampu redha

aku hanya mampu berserah

aku akan mengambil cuti panjang selepas ini

dari mengejar sesuatu yang tak mampu aku miliki

biarlah ia berlalu

suralaya dalam D-major

maaf kepada semua. aku terlalu teruja dan excited sehingga tersilap akan sesuatu. aku baru perasan yang tarikh iron maiden live in singapore iaitu 15/2/2011 adalah sama dengan tarikh maulidur rasul bersamaan 12 rabiulawal 1432 hijrah.

jadi demi untuk menghormati hari maulidur rasul, aku akan batalkan hasrat ku untuk ke singapore. tapi jangan risau. hasratku untuk ke konsert iron maiden tidak mungkin terpadam begitu saja.

iron maiden akan buat konsert kat jakarta pada 17/2/2011 dan kat bali pada 20/2/2011.

itu je tempat yang paling dekat nak pegi selain singapore. mungkin perbelanjaan akan sedikit meningkat. tapi nak buat camane kan. agak2 la hari maulidur rasul ko nak pegi tengok konsert. nak kene sambar petir ke bai?

terima kasih pada kawan ku yang telah mengingatkan aku akan tarikh maulidur rasul tersebut. standard la tu. aku hanya manusia biasa. tak akan lari dari melakukan kesilapan.

sekian.

08 November 2010

IRON MAIDEN LIVE IN SINGAPORE 2011

aku sungguh teruja. sungguh excited. sungguh gembira. akhirnya setelah lama menanti dan hampir putus asa, aku dapat tau yang iron maiden akan buat konsert kat singapore bulan dua tahun depan.

iron maiden ialah satu band legend heavy metal. dan antara salah satu band yang paling paling palingggg disukai aku. band ni ditubuhkan pada tahun 1975.

rasenye tak perlulah aku ceritakan sejarah band ni kan. nanti korang tuduh aku copypaste kat google lak. tapi kalo korang nak tau lebih dalam pasal iron maiden ni, silalah google di komputer sendiri.

line-up band ni sekarang adalah :
bruce dickinson - vokal
dave murray - gitar
adrian smith - gitar
janick gers - gitar
steve harris - bass (founder)
nicko mcbrain - dram



iron maiden ade maskot gak kan. nama beliau ialah eddie. tengkorak hidup yang selalu ade kat cover album iron maiden ni. ni lah rupe si eddie tu.


walaupon si eddie ni merupakan seorang tengkorak dan maskot band ni, tapi beliau tidak bersalah. cube tengok muke die. innocent kan. iron maiden ni bukanlah band yang berunsur satanic. dengar dulu lagu dorang bai baru nak tuduh2 tau.

dan ni pulak adalah antara album2 dorang yang memang top nak mampos!!

The Number of The Beast (1982)


Seventh Son of a Seventh Son (1988)


Fear of the Dark (1992)


A Matter of Life and Death (2006)


The Final Frontier (2010)


antara lagu2 iron maiden yang memang top gile babi best nak mamposss adalah hallowed be thy name, the trooper, aces high, alexander the great, the number of the beast, fear of the dark, the reincarnation of the benjamin breeg, can i play with madness, no more lies, dan banyak lagi.

aku ni pon takde la nak kate da lame layan iron maiden ni. memandangkan umur aku pon baru sweet 16 (sila percaya), jadi baru beberapa tahun je aku kenal band ni. tapi iron maiden ni memang band feveret aku.

konsert dorang ni pada 15/2/2011. kat singapore indoor stadium. harga tiket adalah (dalam dolar singapore) 178, 148, 128, 98. korang convert kan la sendiri dalam RM. dan ini adalah gambar kedudukan kat dalam stadium mengikut harga tiket. jadi sape2 yang nak puas hati tengok konsert ni, beli la yang paling mahal.



sila klik untuk besarkan


iron maiden ni siap ade kapal terbang boeing 757 sendiri yang diberi nama Ed Force One dan dipilotkan sendiri oleh vokalis bruce dickinson. beliau memang ade lesen pilot komersial bai. ko ingat die ni ayam2 je ke??

sekarang aku sedang usahakan untuk beli tiket tu. aku taknak menyesal lagi sebab tak bole pegi konsert die mase tahun 2006 sebab takde duit. dan maybe ni konsert last dorang. ye la kan. dorang pon da tua da. da tak larat da nak buat world tour.

jadi sape2 yang memang minat ngan iron maiden ni, pegi la konsert dorang. duit bole di cari. tapi pengalaman untuk konsert ni mungkin mahal sekali. jadi good luck to all of you.

UP THE IRONS!!!!

06 November 2010

biawak terbang

oh hari ni da hari sabtu. bermakna hari ni cuti. semalam juga cuti. ya, cuti deepavali. best nye dapat cuti hari jumaat. entah la. sebenarnye takde pape pon. tapi macam best je dapat cuti hari jumaat. hehehe.

oh tak lupa juga aku ingin mengucapkan selamat hari deepavali untuk semua kaum india di malaysia. dan terima kasih juga kerana aku dapat dengar banyak lagu hindustan kat radio semalam. dan bunyi mercun pukul 3-4 pagi!!

sekarang pukul 7 pagi. aku tak tido lagi. aku baru balik dari menguruskan hal-hal kekeluargaan. oh sungguh penat. dan aku sangat bersyukur kerana hari ni hari sabtu. aku nak tido lama. nak tido sampai puas. oh indahnya bantal.

baiklah. mata aku da berpasir ni. selamat malam semua. atau.....selamat pagi!!

03 November 2010

permulaan sebuah November

akhirnya, setelah lebih sebulan aku membiarkan blog aku ni bersawang di dalam laman sesawang ni, aku ingin menulis kembali.

aku tersangat bizi bulan lepas. kini, aku sedang bercuti. ya. cuti sem selama 3 minggu selepas penat memerah otak untuk menghadapi exam. tapi korang semua jangan salah sangka. masa cuti aku bukan digunakan untuk merehatkan badan dengan tidur sepanjang hari dan bermain game tanpa mengira waktu.

tepat tekaan kau. aku bekerja. hanya untuk mengisi waktu lapang ku supaya tidak dibazirkan begitu saja. untuk mempersiapkan diri dengan keadaan dan persekitaran alam pekerjaan supaya aku tidak dilanda penyakit 'cultureshock' lepas aku habis belajar nanti. untuk mencari sesuap nasi kerana aku kini hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

aku tidak mahu dianggap sebagai budak yang kurang matang dengan meletakkan status cuti itu sebagai satu fasa yang hanya untuk bersuka ria. satu tempoh yang konon nya untuk merehatkan otak dan badan selepas penat berhempas pulas selama satu sem atau 6 bulan. kerana dulu aku begitu.

kini aku sedar, tiada perkataan rehat dalam kehidupan ini. untuk mencari duit, mencari kekayaan dan kesenangan, kau tiada waktu untuk dibazirkan. sekarang dunia sudah maju, sudah moden. siapa cepat, dia dapat. kerana duit merupakan sesuatu yang paling penting dalam kehidupan.

ada satu peribahasa mengatakan "ada duit, semua jadi".

kalau dulu, peribahasa itu ditentang. kalau dulu, kata-kata itu di bantah. kerana dulu, duit bukan segala-galanya. duit bukan nadi kehidupan.

sekarang, kau tanya semua orang. siapa yang taknak duit? siapa yang tak memerlukan duit? siapa yang tak pentingkan duit?

kerana duit, rumahtangga berantakan. kerana duit, laki bini becerai. kerana duit, anak pukul makbapak. kerana duit, pasangan couple boleh clash.

kau ada duit, kau disanjung. kau tiada duit, kau dihina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...