23 Februari 2011

harga sehelai baju

salam semua. wahh agak lama aku tak menulis. amat bizi dengan kehidupan yang tak menentu menyebabkan kandungan adrenalin dalam otak menurun secara mendadak.

itu hari aku pergi ke konsert iron maiden yang paling aku impikan. aku sungguh terharu dan gembira. sangat bersyukur kepada Allah kerana telah memakbulkan salah satu impian dalam hidup ku.

konsert yang memang sangat lama aku tunggu dan hampir putus asa. sebab iron maiden ni da tua. so maybe ni last world tour dorang. mungkin dorang tetap buat konsert gak lepas ni. tapi sekitar UK je kot. kalo nak world tour tu tak la kot.

lagipon aku pegi kat singapore. tu je tempat yang paling dekat dan paling ekonomi. nak tunggu dorang masuk malaysia, memang sampai mati laa. kan muke gay je yang boleh masuk malaysia. seperti super junior, adam lambert dan justin bieber. muke bruce dickinson tak gay dowh. tu pasal la.

setelah bertahun aku dengar muzik iron maiden ni, dan menjadikan iron maiden sebagai band no1 dalam list all time peberet band, memang aku terharu dan menangis masa konsert tu. serius dowh!

ramai jugak orang malaysia mase konsert tu. Wings, Search, mus May, andy Flop poppy, antara yang aku nampak mase konsert tu. dari negara lain pon ade. arab, omputih, indon pon ade gak.

korang jangan nak kondem aku pasal maulud nabi.

1. baik korang kondem orang yang sambut valentine betol2 malam maulidur rasul iaitu selepas maghrib 14/2/2011
2. aku pegi 15/2/2011 dan konsert tu malam. perarakan maulud nabi pagi kan?
3. aku bukan nye pegi buat maksiat atau isap dadah. so, tak salah kan?

lagipon aku pegi dengan satu misi. dulu aku ade sorang kawan yang bernickname acit. aku ngan acit ni memang kamceng la. sama-sama layan muzik, sama-sama pegi gig, sama-sama lepak kat mid valley, sunway pyramid. banyak la kenangan aku ngan acit ni yang tak boleh aku ceritakan kat sini. selalu gak aku lepak umah die.


acit sangat baik ngan aku. ermm ngan sume orang pon dia baik. hahaha. aku banyak belajar pasal muzik ni dengan dia. aku ngan acit ni memang minat gile ngan iron maiden. memang kitorang da janji bile da kaya nanti, kitorang nak pegi konsert iron maiden ni sama-sama. tak kire la jauh macam mane pon. kat UK ke, kat US ke, sebab mase tu iron maiden tak buat world tour kat asia tenggara.

jadi harapan kitorang pon sangat tipis nak pegi tengok konsert iron maiden tu. tu yang tunggu bile da kaya nanti hahaha. aku pon ade pinjam baju dari acit ni. sebab mase tu aku takde duit. pastu pulak baju tu macam lawa je kan. tu yang aku teros paw baju tu.


tapi sayang. aku tak lama dapat mengenali beliau. pada satu hari, aku mendapat satu firasat yang buruk. ni aku tak tipu. dan tiba-tiba hati aku terlalu ingin nak jumpe ngan beliau. dan aku bercadang nak jumpe dia hari sabtu sebab aku bizi hari kamis tu. pada malam tu jugak, aku mendapat panggilan telefon dari kawan ku yang juga kawan acit, mengatakan bahawa acit telah meninggal dunia akibat mati lemas kat ulu yam.

aku terkejut dan kelu lidah ku. tak mampu berkata apa-apa. punye la aku tak percaya sampai aku marah membe yang call aku tu. bende ni bukan bole buat main-main kan. setelah aku percaya, esoknya aku terus ke rumah bapa beliau kat puchong dan menziarahi kubur nya.

dan sampai sekarang, aku masih merindui beliau. walaupon dia sudah meninggal dunia 3 tahun lepas, memori aku pada nya masih kuat dalam ingatan.

misi aku adalah, walaupon acit tak dapat bersama-sama dengan aku untuk pegi konsert iron maiden tu, aku tetap pakai baju tu untuk membawa beliau sekali ke konsert tu. dan, akhirnya impian kami berdua telah tercapai.

Allahyarham Muhd Saufi

acit, jika kau baca blog aku ni di alam yang lain itu, ketahuilah bahawa sahabat kau ni masih mengingati mu. Al-Fatihah.

01 Februari 2011

dalam hati ada taman - part Finale

sekian sudah kisah ini
janganlah di ulang kembali
ke mana aku membawa diri
usahlah kau bertanya lagi

andai kata tiada harapan
andai kata tiada jawapan
aku cuma mampu serahkan
pada takdir yang menentukan

kau dan aku berlainan kimia
bukan di dalam dunia yang sama
ruang dan waktu menjauhkan kita
darjat yang tercipta memisahkan kita

kenapa perlu aku kecewa
kenapa perlu aku merana
sedangkan kau sedang ketawa
di ulit mimpi indah kau berdua

kabus impian menurunkan tirai perlahan
bersama kenangan yang bertaut penyesalan
aku tidak mahu dihimpit dengan perasaan
cuma pasrah dan redha dengan ketentuan


" if you love somebody, set them free
if they return, they were always yours
if they don't, they never were "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...