27 Mei 2011

only time will tell



okay. aku rasa nk update entri. tapi malang nya, aku tak tau nak tulis pasal apa. aku kosong. buntu. tiada apa yang sedang bermain di fikiran aku. atau, harus aku katakan, macam-macam yang terlintas kat dalam kepala aku ni.

tak faham? bermakna aku berfikir tentang banyak benda, bukan aku yang nak berfikir pasal benda tu. tapi dengan tak sengaja atau secara automatik ia datang bermain di benak fikiran aku ni. dan apabila ia datang, aku akan berfikir tentang nya. tapi hanya untuk sementara waktu. hanya mengambil masa yang sekejap untuk ia terlintas di kepala ku.

mungkin aku yang tidak mahu memikirkan nya. dan ia merangsang sel-sel dalam otak ku supaya menolak benda tu pergi jauh dan hilang entah ke mana.

ada satu masa, aku inginkan hidup aku sempurna dan tiada masalah.

ada satu masa, aku ingin menjadi watak hero dalam komik atau manga yang tidak perlu memikirkan masalah atau perkara kronik yang sedang dialami di dunia ini. hanya inginkan kebebasan dan keamanan sendiri tanpa perlu memikirkan tentang orang lain.

ada satu masa, aku ingin menjadi hero dalam cerita-cerita filem hollywood. dengan berbekalkan ke-kacak-an dan ke-gentleman-an yang beliau miliki, boleh mencairkan hati semua wanita di dunia ini. oh betapa aku kagum dan pada masa yang sama begitu cemburu pada beliau.

ada satu masa, aku inginkan kejayaan dalam kerjaya yakni aku berjaya mencapai cita-cita aku dan tunjukkan pada semua orang yang memandang rendah pada ku bahawa aku bukan lah seperti apa yang mereka sangka.

ada satu masa, aku inginkan kekayaan dan kehormatan yang dapat membuat kan semua orang mengkagumi ku. ah tidak perlulah sekaya Qarun, atau sekaya Donald Trump dan Bill Gates. cukup ia sekadar memberi keselesaan dalam hidup ku tanpa ada apa-apa yang kekurangan.

ada satu masa, aku inginkan bakat untuk bermain alat muzik dan membuat lagu untuk memikat dan mencairkan hati para gadis memandangkan sekarang ini gadis-gadis sudah mula demand untuk mendapatkan seorang jejaka atau boyfriend yang pandai bermain alat muzik atau secara tepatnya, pandai bermain gitar dan boleh menyanyikan pada gadis itu lagu-lagu yang syahdu tatkala sedang dating di tepi pantai.

ada satu masa, aku inginkan seorang teman yang dapat aku curahkan perasaan dan dapat bersama aku di waktu susah senang ku.

ada satu masa, aku inginkan segala-galanya berjalan dengan sempurna tanpa ada cacat cela.



apakan daya, semua itu hanya angan-angan dan mimpi yang tak mungkin dapat aku kecapi. sebab itu aku menolak semua itu pergi jauh dari fikiran ku. kerana ia hanya boleh didapati di dalam komik dan filem hollywood.

" Just go with the flow "

aku sebagai seorang manusia biasa memang banyak kekurangan dan tidak sempurna.

kini, aku hanya hidup seperti biasa dan cuba berusaha untuk menempuh hari-hari mendatang selagi kudrat ku termampu sehingga saat nyawaku kembali kepada-Nya.


" Think you are in heaven, but you living in hell "


25 Mei 2011

endless rain


aku sentiasa menunggu deringan telefon bimbit ku

bunyi message masuk " sony ericsson message alert "

sentiasa menunggu orang kesayangan ku menghantar message

sentiasa dan sentiasa menunggu

pada suatu hari

telefon bimbit ku berbunyi menandakan message masuk

lantas aku terus mencapai telefon bimbit ku dengan rakus

dan membaca message yang berbunyi

" RM0. Sunyi? Kenapa perlu anda keseorangan? Terima chat PERCUMA dari teman-teman di MyCupid dan hilangkan kesunyian anda. Hantar ON MYCUPID ke 28887 sekarang! "











macam mana dia tau aku takde awek ni??

FUCK!!!

11 Mei 2011

entri sempena hari ibu


salam semua.

aku pernah membincangkan perkara ini dengan seorang sahabat ku iaitu encik azli. jadi terdetik di fikiran aku untuk menulis entri ini.

encik azli menyatakan bahawa :

" jangan salahkan orang lain atas kegagalan diri sendiri. ramai anak yang suka salahkan ibu bapa dan faktor sekeliling bila tidak berjaya. bila fikir betul-betul, hidup ini adalah kepunyaan kita sendiri. Allah s.w.t dah kurniakan kita akal fikiran. dah bole bezakan sendiri baik dan buruk. jadi wajarkah kita menyalahkan orang lain? adakah wajar merosakkan hidup sendiri sebab kesilapan orang lain? nobody is perfect! " dan,

" bapak nabi Ibrahim pun merupakan penyembah berhala. kalau tengok sejarah pun ramai orang-orang hebat tapi bapak dia penyamun. pepatah melayu pun kata yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan. yang baik tak nak ikut, dok ikut yang buruk je buat ape. "

untuk menjawab pernyataan di atas, aku sangat menyokong akan pandangan beliau. aku mengambil contoh Durrah binti Abu Lahab. Abu Lahab ialah bapa saudara nabi Muhammad dan juga musuh utama Islam. Arwa binti Harb iaitu isteri pada Abu Lahab juga merupakan musuh Islam. tapi Durrah merupakan antara wanita terawal yang masuk syurga.

harus aku tegaskan disini. itu adalah pada zaman nabi dan permulaan perkembangan Islam. yakni mendapat tentangan hebat dari musuh Islam dan juga iman dan akidah orang Islam pada masa itu sangatlah hebat.

kita tengok pula pada zaman sekarang. manusia akhir zaman yang hampir goyah keislaman nya, dugaan yang hebat dari pelbagai segi, dan juga kurangnya tanggungjawab individu dalam institusi kekeluargaan.

aku tak nak menceritakan dan membahas mengikut hadis dan sunnah. ilmu aku tidak cukup untuk itu. untuk masalah ini, kita cuma perlu berfikir secara logik.

anak adalah ibarat kain putih yang akan mengikut saja apa yang di coret oleh ibubapa nya. ibu bapa bertanggungjawab penuh dalam penjagaan anak dari segi ilmu agama, ilmu dunia, pembentukan keperibadian dan emosi. proses pembentukan dan pembelajaran adalah bermula dari rumah dan bukan di sekolah.

jika kita tengok dari segi "dorang da boleh pikir sendiri. dah matang." ok pada umur berapa yang menentukan anak-anak ni dah matang? 7? 12? 15? 23? atau selepas mimpi basah dan mendapat suara ramli sarip? jadi sebelum umur tempoh matang itu, apakah peranan ibu bapa? di situlah tugas besar sebagai ibubapa dilaksana. memberitahu beza baik dan buruk, betul dan salah, mengajar ilmu agama, dan sebagainya.

selepas anak sudah boleh berfikir sendiri, adakah tanggungjawab ibu bapa sudah selesai? tidak sama sekali. ibu bapa tetap ada tanggung jawab dalam membetulkan hidup seorang anak. cuma dosa pahala saja yang tidak lagi ditanggung oleh ibubapa. dan itu pun bergantung pada cara penyampaian dan penerimaan dan komunikasi antara anak dan ibu bapa. sampai satu tahap, ibu bapa dan anak mempunyai ego yang tersendiri. pasal ego itu akan aku bincangkan di entri yang lain.

ibu bapa merupakan idola dan role model bagi anak-anak. sebagai idola, ibu bapa harus menjadi contoh yang baik. perangai dan sikap anak kuat dipengaruhi oleh ibubapa. dan akan timbul satu idea " bapak aku pun perompak, bapak aku pun tak kesah kalau aku merompak, jadi aku tak rasa perbuatan aku ini salah". walaupun dia tahu bahawa merompak itu salah di sisi undang-undang dan agama, tapi dia tetap tak rasa bersalah sebab role model nya begitu.

" bapak borek anak rintik " dan " cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari "

tak semestinya begitu. sebuah keluarga yang porak peranda boleh melahirkan seorang pemimpin yang hebat. sebuah keluarga yang bahagia boleh melahirkan seorang penyangak. itu semua bergantung pada individu itu sendiri. yang pasal menyalahkan ibubapa jika tak berjaya itu, itu semua bergantung pada cara dia dibesarkan, cara pembelajaran dan faktor nilai murni yang diterapkan dalam keperibadian anak-anak.

jika dia dilahirkan dalam sebuah keluarga bahagia tetapi menjadi penyangak, kita tengok pada faktor sekeliling tempat tinggal dan juga faktor rakan sebaya. semua itu adalah subjektif. dan memang akan berfikir " hidup kau sendiri, kau dah besar, kau boleh fikir sendiri ". dan jangan disebabkan kau dilahirkan dari sebuah keluarga penyamun, kau nak salahkan ibubapa dan dengan sendiri kau menjadi penyamun. disinilah faktor rakan sebaya memainkan peranan. jika ibu bapa gagal mendidik, rakan-rakan di sekeliling yang akan membantu membetulkan pemikiran yang telah dicemari dengan nilai mazmumah.

semua itu adalah subjektif. yang pasti nya, kadar peratusan untuk seorang anak menjadi penyangak dan tidak berjaya dalam hidup datang dari sebuah keluarga yang porak peranda adalah sangat tinggi. dan yang penting, jangan dibebani oleh masa lalu dan berusaha untuk menjadi seorang yang terbaik untuk ibubapa, anak-anak dan masyarakat.


akhir kata, selamat hari jadi pada ibu ku dan selamat hari ibu pada semua ibu di dunia ini.

09 Mei 2011

sedetik lebih


apabila dua insan bercinta
membawa seribu erti dan makna
pertalian yang utuh terbina
di atas nama keabadian cinta

segala susah senang di hadapi
bagai sinar mentari menyinari
jangan di hasut perasaan benci
kelak nanti memusnah diri

dengan nama kalimah Yang Satu
doa dan syukur di sebut bertalu
meraikan cinta agung bersatu
sehingga izrail menulis nama mu

nasihat yang perlu kau INGKARI
jagalah waktu kerjamu sehingga terabai tanggungjawab sebagai suami
keluarlah dari rumah mu tanpa mendapat keizinan dari suami
jika kau ingkari kedua nasihat ku ini
nescaya masjid mu itu akan kekal abadi


Wan & Jun
Selamat Pengantin Baru
1 Mei 2011

02 Mei 2011

sayap-sayap meniti kejora malam


bertempat di istana budaya, sejarah baru telah dilakar.

kumpulan rock pertama yang mendapat penghargaan membuat konsert di istana budaya dan bakal menyambut ulang tahun ke 25 tahun depan.

itu lah WINGS!! sebut sekali lagi, itulah WINGS!!

superfriends yang bersama dengan Wings pada hari itu adalah Mus May, Jojet, Mel, dan Sham.

lagu-lagu yang di iringi dengan orkestra memang sangat terbaik!!


memang tak rugi la kalau pegi. memang terbaeekk dowh!!

yang aku tak puas hati nya, audience sangat tak supportive. ye la kan. memang la kat istana budaya. memang la tak boleh nak melompat-lompat ke, head banging ke apa ke.

tapi at least kau sporting la sikit. semangat la sikit. nyanyi la lagu sekali dengan awie. jerit-jerit la sikit kan. ni tak. kau duduk senyap je. nyanyi sekali pon taknak. inikan pulak nak jerit-jerit. kau ingat ni konsert anuar zain ke bai?? ni Wings bai! WINGS!! kalau nak dok senyap je, baik kau tengok francisca peter.

takkan la satu lagu pon kau tak tau bai. even mak aku pon hafal lagu Sejati. ni kau datang bajet-bajet smart abes, buat muka brader-brader kau, tapi lagu Wings pon tak tau. kau ingat kalau datang istana budaya, kena jadi bangsawan la. kena buat bajet-bajet kau golongan bangsawan pastu usha sinis pandangan low-class kat orang yang nyanyi lagu rock. baik kau tak payah datang bodoh!

P.E.A.CE.~!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...