25 November 2011

life fun facts #5

walau segagah mana pun kau
walau sekuat mana pun kau
walau segangster mana pun kau
walau sekebal mana pun kau
walau sekaya mana pun kau
walau se-hero mana pun kau
walau seangkuh mana pun kau

apabila tiba saat kematian kau
nama ibu juga yang kau panggil
nama ibu juga yang kau ingati


*** kita hanya akan menghargai sesuatu apabila ia telah tiada ***


22 November 2011

peluh dingin di bibir

hujan lebat tak berhenti sekitar pukul 10 malam begitu membuatkan tubuh ku sejuk dengan kedinginan malam. aku masih di sini. di ofis yang 'tercinta' ini. hanya menunggu hujan berhenti. tanpa daya. tanpa jemu.

oh maaf. ter emosi pulak hujan-hujan ni. aku baru je selesai menyiapkan tugasan yang diberikan. tugasan aku ni memang tak kira masa. tak kiralah berpanas berhujan, mesti kena pada deadline jugak. biasalah kerja macai macam aku ni memang tak boleh nak berkira sangat. bos dah suruh terpaksalah buat. yang best nye, bos aku pon skali berpanas berhujan. padan muka beliau.

arghh!! aku nak tulis banyak lagi. tapi aku dah sangat lapar sekarang ni. aku terpaksa menulis lain kali. bila ada masa yang terluang. aku terlampau sibuk untuk menulis di blog ini setiap hari. maaf di pinta.

akhit kata, hujan pon da berhenti. perut pon da lapar. aku nak balik dulu.

chow~!!

15 November 2011

usus berbelit menandakan buasir


aku bukak cerita aku hari ni dengan ucapan bismillahirrahmanirrahim.

pasti kau semua tertanya-tanya mana perginya cerita-cerita hot pasal sikap dan sifat manusia yang selalu aku ceritakan di dalam entri yang lepas-lepas. kenapa sekarang aku dah jarang nak menulis. sekarang semua entri pendek je. ada pulak just letak gambar je.

jangan bimbang. aku bukan malas. walaupun kau boleh nampak di ruangan 'hasil peluh di jari' kat sebelah kiri tu purata entri dalam satu bulan ada lebih kurang 3 entri je. tapi sebenarnya aku bukan malas. hahaha

aku sekarang bizi dengan kerja. ok semua orang bizi dengan kerja. boleh je nak update entri kan. ye la aku tau. kiranya sekarang ni masalah aku adalah internet. di rumah sewa takde internet. di opis pun takde internet. jadi aku kekurangan masa dan kemampuan untuk mengupdate entri baru.

ni aku update entri pun sebab aku stay lambat sikit kat opis dan meminjam komputer opismate yang dah balik rumah ke pangkuan bini masing-masing. aku? heh! korang jangan tanya la. aku mana ada bini. kalau aku nak pegi dangdut pun takde sape nak marah. cuma masalah duit je la. hahaha

kau semua jangan bimbang. sebenarnya aku ada banyak cerita dalm kelambu yang nak berkongsi dengan korang. sekarang ni tengah draft lagi. aku kena pikir ayat-ayat yang sesuai untuk menjadi santapan korang. takut nanti ada yang terasa pulak. sebab benda-benda tu ada di sekeliling kita. cuma kita je antara sedar atau tidak.

selain tu, aku jugak nak berkongsi cerita pasal kerja aku, hobi aku, dan ape tah semua lagi tu. sebab bila aku review balik blog aku ni, takde satu pun yang aku ceritakan pasal diri aku. ada orang pernah gak tanya aku. tu blog kau tapi takde cerita pun pasal kau. ermm aku pun pelik gak. ok lah. lepas ni aku cerita sikit-sikit pasal aku. kau semua jangan termuntah hijau pulak bila baca nanti.

baik lah. sampai sini je entri aku kali ni.

salam.


14 November 2011

life fun facts #4

for many urbanites in countries where there is an entrenhed drinking culture,
no party is complete without alcohol.

== including our country MALAYSIA ==


05 November 2011

eat your own brain

hujan renyai-renyai membasahi bumi. ah! fikiran ku tersentap di kala lamunan. kalau macam ni memang stim bole layan perasaan tambah pula dingin-dingin sayu ni. aku mengambil sebatang rokok lalu di nyalakan pantas. dengan perlahan dan khusyuk aku menghembus asap berkepul-kepul pekat beransur-ansur hilang di tiup angin.

pelbagai peristiwa berlaku dengan pantas di sekeliling aku. banyak benda dan maklumat yang perlu otak aku analisis dan mencari penyelesaian. kehidupan yang memerlukan maklumat yang banyak dan permainan wayang dengan rakan sekerja sangat memenatkan tahu?

itulah asam garam dalam kehidupan. kau takkan boleh lari dengan masalah. apa yang perlu kau buat adalah menyelesaikan masalah. jangan takut untuk berdepan dengan masalah. lambat laun kau akan belajar bagaimana caranya untuk menghadapi semua itu.

in the end of the day, kau akan belajar sesuatu yang kau tak pernah tahu selain kau mencuba dahulu.



selamat hari raya aidil adha untuk semua umat islam di seluruh dunia!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...