30 April 2013

#2 let me be your shoulder to lean on

masihkah kau ingat hari itu? hari aku sanggup pergi ke rumah kau? semata-mata nak lepak dengan kau. aku katakan aku just pass by kat situ. padahal aku memang sengaja nak datang jumpa kau. takkan aku nak kata aku rindu? segan lah aku. haha. kita lepak kat iceroom. kat situ kita cerita macam-macam. sebenarnya niat nak berbual kosong je. nak lepaskan rindu. last-last aku tanya kau. jom kita kahwin. aku ingat lagi muka kau terkejut gila. besar bulat mata kau pandang aku. macam nak telan aku je. aku pulak buat muka selamba. lepas tu aku terus tanya kali kedua sambil buat muka serius. aku serius ni. jom kita kahwin. aku tahu kita dah buat pinky promise. kalau kau tak jadi kahwin dengan dengan dia, kau kahwin dengan aku. tapi aku nak tahu dulu apa condition dan syarat yang kau letak untuk kahwini kau. aku nak kena standby awal la. terus kau capai pensil dengan kertas untuk ambil order kat atas meja. aku ingat kau nak order air lagi. rupanya kau terus tulis SYARAT UNTUK KAHWIN dengan huruf besar. berpeluh dingin gak aku masa tu nervous punya pasal. tapi untuk control macho, aku sedut air cream mocha dengan muka cool. padahal lutut dah gigil.

aku baca satu persatu yang kau tulis tu. aku rasa beruk pun bole terkejut tengok aku terkejut lagi beruk dari terkejut beruk tu. aku rasakan sangat tak masuk akal apa yang kau minta tu dengan krisis ekonomi yang melanda malaysia sejak kenaikan harga minyak lepas amerika menyerang iraq untuk menguasai pasaran minyak global yang menyaksikan bangsa yahudi memegang takhta organisasi gelap freemason yang antara ahlinya ialah barack obama. tanpa segan silu aku tersenyum sumbing sambil mengesat airmata aku. serius aku menangis bilamana aku tahu dengan keadaan aku yang tak stabil dan terumbang ambing di tengah-tengah ombak kehidupan dunia, aku tahu aku tak mampu menyediakan dan memberi seperti apa yang kau minta. aku rasa daif dan sangat kerdil. serta merta aku rasa down yang amat. sebab aku tahu, dengan aku yang sekarang, lagi 5 tahun pun belum tentu aku mampu untuk itu. aku cuba merayu untuk belas kasihan. tapi kau berkeras jugak dengan keputusan kau. kau kata ini untuk berlaku adil. dengan boyfriend kau pun kau letakkan syarat yang sama. okay its fair enough. 

dari hari itu, fikiran aku langsung tak menentu. bercelaru. berkecamuk. perhubungan kita masih seperti biasa. bergurau mengutuk seperti hari-hari biasa. tapi aku tak pernah sedetik pun tak terfikirkan syarat untuk kahwin kau tu. ia terlalu besar untuk aku. setiap hari ada kala rasa nak lempang laju-laju je pipi mulus gebu kau tu. ada ke patut mintak macam tu. tak pasal-pasal kepala aku makin serabut dengan hal ni. tapi kalau aku lempang kau, confirm kau tumbuk sepak aku. kau tu dah la ganas. pernah sekali kau cerita kau sepak kawan kau macam bola sebab dia buat taik kat kau. teringat benda tu, terus tak jadi nak lempang kau. takut gak. haha. 

kau ingat aku ni macam naga tu ke? boleh main mintak-mintak macam tu?

walaupun kau dah ceramah kat aku tentang sebab-sebab kau letakkan syarat macam tu untuk kahwin, dan aku juga setuju dan rasa logik juga walaupun pada mulanya aku ingat kau ni dah hilang akal ke apa sampai mintak macam tu, tapi dalam hati hanya tuhan je yang tahu. betapa hati ni hancur berderai. sebab aku tahu. aku tahu aku tak mampu berikan seperti apa yang kau minta. aku tahu kemampuan aku sampai di takat mana. semakin hari benda tu membebankan otak aku. sampaikan aku hampir putus asa untuk mendapatkan kau. aku rasakan mustahil untuk aku memenuhi syarat kau itu. yang pertama nya aku masih tak stabil lagi. kedua, kau tetap dengan permintaan kau itu. ketiga, boyfriend kau akan meminang kau lepas adik kau habis spm. yang mana lagi beberapa bulan je lagi. keempat, kau takkan tunggu aku sebab kau akan beri first priority kat boyfriend kau dulu. disebabkan perjanjian kita, jadi aku hanya rela dalam paksa.

disebabkan atas faktor-faktor itu, aku mula cuba menjarakkan diri kita. syukurlah pada ketika itu perasaan aku hanya suka. belum terbit perasaan sayang lagi. dan memang aku jujur pada kau yang aku hanya suka pada kau. dan aku cuba menjauhkan diri sebab aku tak mahu perasaan sayang tu timbul. lagi parah aku nanti. aku cuba kurangkan waktu bersama. cuba kurangkan whatsapp dan mesej. mula-mula dulu hari-hari kita whatsapp. dalam satu hari beratus kita bole chat. lepas tu dah kurang. lepas tu selang dua hari. selang tiga hari. aku tahu aku tak patut buat macam tu. tapi aku mengalah. lebih baik aku mengalah sebelum aku lebih derita untuk meletakkan keadaan aku dalam keadaan pasrah dan merana kerana kasih tidak kesampaian. kerana itu aku keraskan juga hati ni. 

dalam tempoh itu, muncul seseorang dalam hidup aku. aku dan dia berkenalan melalui kawan. pada mulanya perhubungan aku dengan dia okay. tiada masalah. masih dalam proses mengenali hati budi msing-masing. lama sikit kenal, siap dah boleh mesej manja-manja gitu. mula-mula rasa geli, sebab tak biasa. tapi aku layankan jugak. sebab dia yang nak mesej manja dengan aku. kalau aku tak layan, takut kecik hati pulak. mungkin itu cara dia. mungkin dia dah biasa mesej macam tu. mungkin dia dah rasa selesa dengan aku. tapi sampai satu masa, aku mula rasa bersalah pada dia. hati aku berbelah bahagi. apakah aku menganggap dia sebagai teman tapi mesra? apakah aku menganggap dia sebagai pengganti? hanya untuk melupakan kau? menepikan kau dan mengambil dia sebagai pengganti dalam hati ini? hati aku memberontak. tetapi tidak adil juga untuk dia jika tiap kali aku keluar dengan dia, wajah kau yang akan muncul dalam kotak fikiran ku. sampai satu masa, aku buntu. aku keliru. apakah yang telah aku lakukan ini? benarkah perbuatan aku? adilkah aku? ah persetankan dengan semua andaian dan halusinasi tu. peduli apa aku. just go with the flow. 

sehinggalah pada hari itu...........................


23 April 2013

#1 somebody that i used to know

berat rasanya menempuh hari hari mendatang. dengan kau masih berada di sisi. tanpa dapat melihatmu seperti mana dahulu. tanpa dapat menyentuhmu seperti mana dahulu. sebelum kau pergi meninggalkan aku. i mean it is not literally u are leaving me. but you are married right? aku dah tak boleh ada perasaan pada kau lagi. kau dah sah menjadi milik dia. milik suami kau. orang yang kau lebih cintai dari aku yang kerdil ini. aku tahu sangat sukar untuk kau membuat keputusan itu. aku tahu betapa hancurnya hati kau tatkala mengetahui yang aku ada menyimpan perasaan terhadap kau. kerana perhubungan kita sebagai kawan sangat baik. tiada masalah pun selama ni. kita dah macam adik beradik. macam bff. best friend forever. sampaikan orang sekeliling yang memandang kita berkepit hari hari dah boleh bergosip pasal kita. katakan kita ni couple. sepasang kekasih yang bahagia. bergelak ketawa sama-sama. makan sama-sama. aku hantar kau balik rumah. kau hantarkan aku balik rumah. bertepuk tampar gurau cubit semua cukup. aku ingat lagi kau cubit aku sampai lebam sebab kau tak puas hati aku gelakkan kau masa kau salah cakap omputih. masa tu muka kau da merah menahan malu. heh kelakar gak masa tu. hasilnya tangan aku biru-biru kena cubit. seminggu jugak kesan nya tu.



masa berlalu, hari-hari kita spend time together. aku dapat rasakan something yang lain. perasaan yang lebih dari seorang kawan. mungkin kau tak perasan waktu tu. sebab aku tau kau ni lembab jugak kadang-kadang. ketawa kecil. aku tahu kau dah ada boyfriend. dah 4 tahun perhubungan kau dengan dia. aku tahu kau pun taknak terjadi apa-apa masalah dalam perhubungan dengan dia. kau pulak selalu cerita hal kau dengan dia. mula-mula aku layankan aje. tapi lama-lama remuk juga hati aku ni. aku pun tahu aku tak sepatutnya ada perasaan tu pada kau. i dont wanna ruin our relationship. aku takut kau pergi jauh dari aku. tapi kalau dah hari-hari kita ber whatsapp ber sms sampai sebelum tido pun siap ucap goodnite to each other. sampaikan kau cakap aku ni ubat tido kau. sebelum kau tido mesti kau whatsapp aku dulu. lepas tu baru kau bole tido.


jadi aku pun memberanikan diri untuk jujur dengan kau tentang perasaan aku ni. dan syukurlah. kau tidak menjauhkan diri dari aku. kau cuma terkejut. dan tanya kau dengan muka comel kau tu. apa yang aku suka pada kau. aku pun jawab dengan muka selamba. semua yang ada pada kau semua aku suka. kau pun buat muka comel lagi. aku pulak balas dengan muka menyampah. nak cover cool. padahal dalam hati tengah menari ballet. but since u still in relationship and have a boyfriend, kau tak bole beri aku apa-apa jawapan. kau tak bole beri aku harapan. kau tak nak sakitkan hati aku. kau tak nak hancurkan hati aku. dan kau juga taknak hancurkan hati dia. kau kata, dia tak buat salah apa pun. jadi tak adil untuk kau hancurkan hati dia setelah kau memilih aku. aku pun dengan muka cool, aku cakap kau boleh membuat pilihan. kau berhak untuk menentukan siapa untuk kau cintai. aku tak akan memaksa. aku cuma akan membuat yang terbaik untuk membuktikan akulah yang terbaik untuk berada di sisi kau.

aku sabar dan terus menunggu kau. aku cuba lakukan apa yang termampu. hanya untuk memenangi hati kau. aku layankan kerenah kau. aku layankan mood kau kalau kau tengah marah-marah. tengah period. aku layankan sifat manja kau. kau tak boleh drive manual kan. jadi kalau kau terpaksa untuk pergi ke tempat yang pakai kereta manual, aku yang akan jadi driver kau. satu hari suntuk jadi driver kau pun aku tak kisah. asalkan aku dapat meluangkan masa bersama kau. padahal kerja kat ofis berlambak menunggu aku. dan aku juga tak kisah kalau kena balik lambat semata-mata untuk menemani kau buat kerja sampai lewat malam. sebab aku pun risaukan keselamatan kau kalau kau kerja sorang sampai malam. jadi aku pun dengan rela hati temankan kau. lepas tu kita pegi makan sama-sama. temankan kau sampai depan rumah sewa. sebab kawasan rumah kau gelap dan bahaya. aku sangat-sangat risaukan keselamatan kau.

pendek kata kita ni langsung tiada masalah. boleh bercerita macam-macam. kongsi pengalaman suka duka. saling kutuk mengutuk. kau marah aku senyap. aku marah kau senyap. semuanya satu kepala. daripada pemilihan selipar sampailah ke ideologi dan pandangan untuk masa depan. sampaikan aku rasa kau lah the one dan soulmate untuk aku. sampaikan aku rasa we are meant to be together. 

everything went well until...........................


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...