29 Ogos 2011

combo celebration


sekali lagi aku rasakan blog aku ni da semakin suram dan sunyi. ia berpunca dari sikap malas aku. eh bukan! bukan aku yang malas. rumah aku sekarang da tiada internet. tu sebab aku jarang online. kalo aku online pon kat henpon je tu pon pakai wifi mamak. dan malangnya, henpon aku ni takleh bukak blog. aku pon tak tau kenapa. mungkin aku kena pakai iphone4 je lepas ni.

oh aku lupa nak tulis yang aku da bekerja sekarang. tu yang semakin bz hingga takde masa nak pegi cc update blog. eh jangan bimbang. gaji aku sikit je. secara jujur, gaji bangla lagi tinggi dari aku. mula-mula aku agak down pasal tu. tapi lepas mendapat nasihat dari pelbagai pihak, aku gagahkan jua mental aku untuk menerima hakikat yang gaji bangla memang lagi tinggi dari aku. damn!!

untuk memanjang kan lagi kronologi ini, aku nak bagitau yang aku mengalami demam selama 2 minggu dan alhamdulillah baru hari ni demam aku kebah. aku bersyukur kerana tak payah sambut raya kat dalam hospital.

baik lah. untuk mengenangkan hari yang baik di bulan mulia ini, aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN kepada semua rakyat malaysia yang mana mengenali dan menyayangi diriku ini.


::lots of love::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...