24 Mac 2011

those were the days

semalam budak2 amek result spm. tahniah sape yang dapat 10A1 tu. kepada sesapa yang dapat 10D7 tu, padan muka kau. wahahaha.

teringat aku mase amek result spm dulu. ya dulu. ade la dalam 20 tahun lepas. sehari sebelum amek result tu, aku semayang hajat bagai. doa nangis2 bagai. pastu malam tu aku memang tak bole tido. cuak punye pasal, malam tu aku try jugak tido di selang-selikan dengan aktiviti berak dan kencing berganti-ganti. bile da takde bende nak buang dari dalam perut ni, aku pon try tido. tapi tetap tak boleh jugak. puas aku golek arah barat, goleh arah utara, golek kiri, golek kanan, berlari anak, lompat itik, tetap tak bole tido jugak.

tepat pukul 6 pagi, aku pegi mandi wajib lalu semayang subuh sambil nangis2. mak aku pon bangun awal jugak. nak buat sarapan untuk aku katanya. lepas aku da siap hensem2, aku pon pegi dapur untuk sarapan. mak aku punye la bersungguh bagi kata2 semangat kat aku. bapak aku pulak, sambil baca suratkhabar dan bermuka ketat, cuma ucap sepatah je kat aku. "goodluck!". "tanx daddy", jawabku dengan muka ketat jugak.

bapak aku memang macam tu. muke ketat je memanjang. tapi aku tau, die yang paling cuak. mak aku cite bapak aku tu da doa panjang2 lepas semayang untuk aku. pastu selalu cite kat mak aku, "lepas ni, anak kite tu nak jadi ape?". mak aku pulak yang pening nak menjawab kalo da hari2 tanye bende yang same.

berbekalkan berkat dari ibubapa, aku gagahkan jua pegi ke sekolah. sampai kat sekolah, memang da ramai gile kawan2 kat situ. yang nangis ade, yang tengah menjerit ade, yang tengah ketawa ade, yang tengah pumping ngan angkat dumbbell pon ade. kate nye, kalo die tengah cuak, memang die akan pumping. pelik kan care die nak mengatasi perasaan cuak tu. aku? kalo aku cuak, aku akan berenang gaya bebas. tapi kat sekolah aku takde swimming pool. jadi, aku pon terus pegi ke ofis sekolah dengan perasaan cuak dan takut yang amat.

kat tepi ofis tu, ade la beberapa student yang dok jumpe ngan bekas2 cikgu dorang. ade yang ucapkan terima kasih sambil nangis2 kat cikgu. ade yang peluk cium kaki cikgu tu. pastu ade pulak yang tengah maki hamun cikgu. eh?

banyak betol drama2 melayu standard tipikal time2 macam ni kan. di pendekkan cerita, lepas aku amek result, aku pon berpakat dengan kawan2 nak pegi mall. lame tak jumpe la katekan. time ni la nak bermesra2 dengan kawan2 yang da 3-4 bulan tak jumpe. then, aku pon pegi la ke mall. makan2, main bowling, karok, snooker, dan banyak lagi.

bile jam da pukul 6, baru aku tergerak hati nak pulang ke rumah. sesampai je kat umah, sekeping kaki tanpa segan silu terus hinggap kat pipi ku yang gebu ni.

daddy : kau pegi mane setan?? apsal tak reti nak call??

aku yang kesakitan : lepas amek result, chubby pegi mall dengan my besties. takot nak balik umah. takut kene marah sebab result tak brape nak best.

daddy : kau tau tak aku kat umah ni da menggigil risau dengan result kau. brape kali aku pegi toilet hari ni. mak kau tu da nangis2 risau takut jadi ape2 kat kau! entahkan excident ke, ape ke, nape kau tak reti nak call?

aku yang da bergenang airmata : tu la. chubby takut kene marah dengan daddy sebab result tak best. tu yang tak call tu. pastu takut nak balik umah. tu yang pegi enjoy ngan kawan2 dulu. tapi da balik umah pon kene kaki jugak.

daddy : result kau ok ke, tak ok ke, bagus ke, tak bagus ke, teruk ke, kau kene bagitau kat makbapak kau ni dulu. balik umah dulu. after that kalo kau nak keluar pegi mane2 pon, kau keluar la. jangan buat daddy risau kat kau.

aku yang da nangis : chubby mintak maaf daddy. chubby tak tau pulak bende bole jadi macam ni. lepas ni chubby tak buat macam ni lagi.

daddy : dah, jangan nak jadi gedik kat situ. pegi jumpe mak kau pastu pegi makan.

aku yang masih nangis : ok daddy.





pengajaran nye, walau seteruk mana pon kite, walau seburuk mane pon kite, ibubapa still akan terima kite jugak. ade lagi pengajaran nye. tapi korang kene pikir sendiri. aku malas nak bagitau.




nota lemak : errr, cerita ni hanya rekaan je. aku........aku tak macam tu. percaya lah. cerita ni bukan pasal aku. sekian terima kasih.

18 Mac 2011

beruang kutub

ah~ akhirnya selesai juga report tesis aku tu. macam nak pecah kepala aku buat report tu. buat, jumpa lecturer, tukar balik, buat lagi, jumpe lecturer balik, then tukar lagi. damn! rase marah makin memuncak. tapi aku layan kan jugak. aku pikirkan lecturer tu yang bagi markah kat aku. kalau tak memang aku buat tak reti je. sekarang sumenye suda settle. alhamdulillah.

aku dengar cite man menang raja lawak. aku tak dpat tengok final semalam. sebab nak buat report tu la. pastu aku tido. memang aku tak larat nak tahan mate aku ni. da 3 hari tak tido nak buat report tu. cis!!



jadi sesape yang kene buat report tesis selepas ini, aku ucapkan gudluck!! dan kepada kawan-kawan yang masih belum habes blaja kat kliuc, aku ucapkan gudluck juga. dan kepada sesapa yang tengah final exam tu, dan yang sedang study, gudluck untuk korang gak.

aku tak kan rindukan kliuc. percayalah!! aku da bosan dengan kliuc. da 7 tahun aku kat situ since diploma. aku da taknak ambik peduli lagi dengan kliuc. aku nak carik kerja lepas ni. doakan aku supaya aku dapat kerja yang best. dapat duit banyak. bile duit da banyak, baru aku bole blanje kawan-kawan. murni kan?

15 Mac 2011

the last breath in deserted archipelago

kadang-kadang kita berada di atas. kadang-kadang kita berada di bawah. kadang-kadang kita berasa terhina dan loser. kadang-kadang kita rasa cool, best, hot, gagah, superior dan hensem.

itu semua roda-roda kehidupan. dalam mengenali dan mencari diri dalam hidup kau, pelbagai rintangan terpaksa kau tempuhi. ada masanya kau akan berputus asa. ada masanya kau akan rasa seperti tiada harapan lagi. ada masanya kau rasa kau orang yang paling beruntung sekali di muka bumi ini.

kita selalu di sajikan dengan peluang yang banyak. itu bergantung pada kau sendiri untuk mengambil peluang itu atau menunggu peluang lain yang kau rasakan ia lebih best dari peluang yang sebelum itu. yang penting, kau kene bijak dalam memilih. jangan nanti kau menyesal di kemudian hari kerana sifat manusia ialah tidak mudah berpuas hati pada satu-satu benda dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik.

apabila kau dah berusaha untuk mendapatkan peluang itu, apabila kau dah berusaha untuk mengekalkan peluang itu, dan apabila kau tersedar usaha kau itu cuma sia-sia, bangkitlah dari mimpi-mimpi yang kau rasa sempurna pada awalnya itu. itu bukan salah kau. itu bukan kehendak kau. dan jangan sesekali menyalahkan takdir. kerana takdir itu ada hikmah disebalik nya.

biar masa yang menentukan segalanya. biar ia berlalu tanpa kau sedari. kerana ia hadir pun tanpa kau pinta. tawakal dan redha adalah jalan terbaik supaya kau tidak tersesat dalam menentukan haluan hidup kau.

beri peluang pada diri kau untuk menghayati hidup ini sebaik mungkin. kerana hidup ini hanya sekali. tempuhi perjalan ini dengan sabar dan tekun. nescaya kau akan mendapat hasil yang kau harapkan.







nota lemak : akhirnya setelah 7 tahun, aku berjaya menghabiskan degree aku. yeah~~!! lepas ni aku akan menempuhi alam pekerjaan. selamat datang~!


12 Mac 2011

celaka!

korang tau tak sehina-hina makhluk kat atas muka bumi ni adalah orang yang mengambil kesempatan ke atas orang lain. orang yang tidak boleh melihat kebahagiaan orang lain. dan orang yang bergembira di atas kesusahan dan keperitan orang lain.

orang yang macam ni memang jahannam lah tempat nya. aku pon tak tau kenapa orang macam ni masih hidup di bumi Allah ni.

mereka memang berakal pendek, oh bukan. mereka langsung takde akal dan fikiran. di dalam kategori bodoh, bangang, unta, dan tahi anjing. cari jalan mudah untuk mendapatkan duit dengan menyusahkan orang lain. kan bodoh namanya tu. tidak layak hatta bergelar manusia sekalipun. anjing mungkin sesuai.

kepada orang yang begini, jangan lah kau melakukan perkara-perkara terkutuk lagi. kembali lah ke pangkal jalan. aku cukup tak suka dan aku hina korang dengan sehina-hina nya. kalau lah aku jumpa orang begini depan mata, aku tidak akan segan silu untuk menggunakan kudrat aku sedaya nya untuk memberi pengajaran pada korang. insyaAllah!





nota lemak : semalam rumah family aku kat taman melati kene rompak. nasib baik takde orang kat umah masa kejadian tu. barang-barang yang hilang tu aku tak kesah. nyawa family aku tu yang aku kesah.

11 Mac 2011

awan nano


huh!! bangsat!

haa tuu diaa pembukaan yang ekstrem dan menghinakan. aku tengah marah ni bai. baru nak baik dari sembelit, last2 kene buasir terus. sakit dowh. kau tau tak?

ok ni aku nak cite la ni. korang kan tau aku baru je abes presentation dan lepas dari azab nak kene buat report haram jadah sume tu. aku baru je nak relax2 layan drama korea bagai, tup2 senin depan nak kene hadap final exam.

sape tak bengang dowh. aku ni da la last sem. pastu pulak amek 2 subjek je. satu subjek tesis tu la. satu lagi numerical method. haaa numec ni la yang kene hadap paper final tuh. ptuuiihhh~!

memang laa best kan dapat abes awal. tapi agak2 laa bai kene 1st day. pagi plak tuh. mane tak datang balik penyakit buasir aku nih. bongok betol la. da la killer subjek menatang haram jadah tuh. pastu plak tinggal lagi 2 hari je nak stadi. cirit hijau bai.

jadi terpakse la aku tinggalkan super junior ngan snsd tu dulu. aku nak stadi. argghh maafkan aku song he kyo. maafkan aku horikita maki. maafkan aku justin bieber (eh??!). aku akan melihat kalian pada minggu depan ok.


" get into study mode " >>> Enter

08 Mac 2011

sesudah sembelit

yeah~~!

presentation suda setel. lepas ni hanya tinggal report je. setelah 3 hari tak tido dan bersengkang mate buat slide untuk presentation, kini aku kembali ke kehidupan yang dulu. makan tido makan tido dan makan tido.








tahniah~~!

04 Mac 2011

selamat bulan tiga


salam kepada bloggers semua.

aku ingin membuka tirai march dengan beberapa perkara.

pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada yang support aku tatkala aku tengah di alam fantasi dengan keadaan mental yang down. aku sangat menghargai nya. walaupon kita berkenalan di dalam alam maya ini, tetapi perasaan concern for others tu buatkan aku sungguh terharu.

life must go on. whenever you feel depressed, just remember that there is someone out there for you. if you spend all your time pining away for someone who doesn't want you, you may never find them.

ok now just stop talking about this shit. this freaking feeling just makes me sick!

aku sekarang ni tengah bizi gile dengan tesis. sangat-sangat sakit otak dan hati disebabkan tesis ni. dah la tak siap lagi, pastu kene present pulak minggu depan. adoii pening kepala aku. da 2minggu tak cukup tidur pasal bende ni. tu la sape suruh buat keje last minit. padan muka aku sendiri kann.

erm tak lupe juga nak ucapkan selamat hari lahir kepada abang aku yang sambut besdey die yang ke 29. heh da tua rupenya abang aku ni. nasib baik aku masih sweet 16. aww~~

daaaannnnnn semalam aku dapat berite yang sangat gembira yang hampir membuatkan aku ter ejakulasi tanpa sedar. tapi aku tak boleh nak bagitau sekarang. sebab perkara ni masih perlu dirahsiakan. mungkin seminggu dua lagi aku akan buat entri pasal bende tu. yeahhh~!

ok da cukup aku mencarut pepagi bute ni. kejap lagi nak jumpe lecturer untuk settlekan pasal tesis ni. haih azab sungguh.


nota lemak : tesis ni berjaya buatkan berat aku turun sebanyak 2kg. tahniah~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...