30 April 2010

belenggu irama

1 mei adalah tarikh keramat bagi pekerja2 seluruh malaysia. ia adalah hari cuti untuk memperingati pekerja yang sudah lama atau yang baru berkhidmat tanpa mengira penat lelah untuk memajukan malaysia.

ia juga adalah tarikh cuti untuk semua rakyat di malaysia tak kira kelas pekerja atasan atau bawahan, pekerja kolar putih atau biru, dan juga murid sekolah.

ya, aku juga berpuas hati kerana dapat cuti walau satu hari ini. masakan tidak, hari cuti adalah sangat best. lagi best sebab cuti gaji jalan. betul kan.

pada tarikh 1 mei ini juga adanya konsert double trouble iaitu besok. wah tak sabar rasanya untuk pegi ke bukit kiara tu.

dan, konsert ini clash dengan konsert ungu kat bukit jalil. kata kawan ku, " sape dalam hati ade taman pasti pegi la konsert ungu tu. wahaha "

anda bagaimana?

27 April 2010

bujang senang


sudah lama aku tidak mengambil tahu tentang kehidupan orang2 kaya di dunia. maklumlah, aku ni hanya mampu berangan. kehidupan aku jika nak di bandingkan dengan orang2 kaya itu, bagai kan siput dengan burung helang. sungguh jauh beza nya.

dulu aku suka menonton rancangan2 di channel 712 kat astro. anda tahu channel apa kan. selalu mendebatkan tentang siapa yang paling kaya, siapa yang pandai berbisnes, siapa yang pandai berbelanja, siapa yang boros, workaholic, fashionista, model, handsome, cantik dan sebagai nya.

tapi sekarang tidak lagi. kerana aku terlalu cemburu pada mereka. aku selalu membandingkan diri aku dengan mereka. kenapa aku tidak dilahirkan kaya? kenapa aku tidak dilahirkan kacak? kenapa aku tidak dilahirkan berbakat dalam nyanyian, lakonan, dan sebagai nya. tapi aku cepat2 beristighfar. tidak elok begitu. kenapa? kau pegi tanya ustaz.

aku lebih suka tengok pasal orang2 kaya tu. jeles dowh. kau tak jeles ke? ada jugak orang cakap tak suka tengok benda2 macam tu. konon nya tu semua duniawi la, poyo la, tak menjamin masa depan la. tapi kalau kau pikir2 balik benda tu bagus jugak. bila da tengok kemewahan tu, mesti la akan berangan. dari berangan tu, akan timbul niat. dari niat tu, akan timbul impian. dari impian tu, akan timbul keazaman. dari keazaman tu, akan timbul semangat. dari semangat tu, akan timbul usaha. selepas kau usaha, baru kau tawakal. lepas kau tawakal, baru la kau akan dapat hasil.

jadi aku tanya kau, tak bagus ke rancangan tu? terpulang lah kat kau. yang penting aku suka.

akhir kata, Bill Gates bukan lah orang terkaya di Britain dan di dunia lagi. orang terkaya kat dunia ialah Carlos Slim Helu dan orang terkaya di Britain ialah orang india iaitu Lakshmi Mittal. sila google jika tak tahu. hmm. orang terkaya kat britain orang india pulak kan. lucu. seperti juga di Malaysia.

22 April 2010

bara

hoh! baru abes meng edit blog ini. tak berapa lawa pon. biasa2 je. lagipon lawa tak lawa tu tak penting. yang penting content blog tu sendiri kan. dan di situlah kita boleh lihat kredibiliti seseorang blogger itu bukan.

baik lah. nak pegi makan.

selesai meng update untuk hari ini.

21 April 2010

satelit puaka

bangsat babi haram jadah! aku mencarut di dalam hati. ini kerana aku tak dapat nak mengawal nafsu amarah. celaka babi punya rempit. ni kalau bukan mat rempit mesti mat dadah ni. memang menyusahkan orang lain. mak bapak kau tak penah ajar jadi orang ke? kenapa kau nak jadi binatang jugak??

minggu lepas mak aku kena ragut depan rumah. si bangsat tu acu parang kat leher mak aku. masa tu mak baru nak keluar pegi kedai. kau bayang kan la kalau da kena acu parang kat leher, memang lemah la satu badan. nak2 lagi orang tua. mak aku memang tak boleh nak jerit ke apa ke. lantas si bangsat tu ragut rantai leher mak aku lepas tu blah dengan muka puas.

Alhamdulillah si bangsat tu tak tetak mak aku kat situ. kalau tidak, nauzubillah! sampai sekarang mak trauma tak mau keluar rumah.

kepada mat rempit dan mat dadah dan mat ragut, tolong lah kau pegi bunuh diri. hidup kau dah takde makna kat dalam dunia ni lagi. kau tu sampah! sampah masyarakat! tahi anjing lagi mulia dari golongan macam korang ni.

beruk yang naik motor ni lebih mulia dari manusia bersifat binatang bernama mat rempit peragut!

sekian~~

the new beginning


setelah lama bermastautin di karangan darjah dua, aku membuat keputusan untuk melanjutkan blog ini. blog ni hanya aku seorang sebagai penulis. tiada penulis lain yang terlibat. jadi jatuh bangun blog ini hanyalah di bahu aku seorang.

jangan bimbang. aku tetap akan menulis di blog karangan darjah dua seperti biasa. itu pun jika aku mempunyai kesempatan.

sekian terima kasih.

adios amigos.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...