30 September 2011

entri suka-suka : p.ramlee membawa pengaruh besar ke dalam budaya sekarang



dulu, budak-budak kecil sering di sajikan dengan cerita-cerita p.ramlee. dan setelah tengok cerita pendekar bujang lapok, gelagat samseng penambang yang menghisap rokok menimbulkan satu fakta kepada budak kecil bahawa " ingin menjadi samseng mesti hisap rokok dan berlagak kuat ".

oleh sebab zaman itu zaman tv hitam putih, jadi ramai yang tidak perasan. baju yang di pakai oleh samseng serupa dengan baju 3 line. mungkin kalau di-kaler-kan cerita ini, adakah baju itu berwarna hijau, kuning, merah? dan agak serupa dengan perangai dan sifat ke-samseng-an budak-budak 3line sekarang. adakah ia kebetulan?

27 September 2011

detik "kegemilangan" KLIUC di mata ibubapa

" keadaan menjadi kecoh dan gamit. kedengaran suara pekikan dan kata-kata cacian keluar dari mulut sekelompok pelawat yang datang berkumpul di situ. "

tahu apakah itu? itu adalah bayangan gambaran bagi keadaan yang berlaku masa majlis konvokesyen yang berlangsung di kolej aku tempoh hari.

di bawah adalah detail bagi keadaan ketika itu. (>_<)v

tempat kejadian : Kuala Lumpur Infrastructure University College
masa kejadian : 9.00 am
tarikh kejadian : 24/9/2011

mula-mula kita nyanyi lagu KLIUC dulu hahaha!!


aku sampai di kolej dalam pukul 7.30. ketika aku sampai di depan dewan MultiPurpose Hall, aku melihat sudah ramai yang berkumpul di situ. di bawah khemah pun sudah penuh. saiz khemah yang aku anggarkan cuma besar sedikit dari khemah untuk jamuan kecil-kecilan meraikan orang berkhatan.

sesampai aku di situ, aku terkejut kerana tiada langsung makanan dan minuman hatta seteguk air sirap untuk dijamukan kepada golongan ibu-bapa yang hadir. ini menimbulkan pelbagai persoalan di kepala. kenapa tidak ibu-bapa dijamukan dengan sedikit sarapan pagi? kenapa pihak lecturer dan ahli senate saja yang dijamu? untuk makluman, pihak lecturer dan ahli senate di jamu di tingkat satu bangunan admin iaitu di tempat yang sukar dilihat bagi orang yang pertama kali datang ke kolej. mengapa begitu?

ah! barulah aku teringat yang sebelum ini, pihak kolej ada menghantar surat jemputan untuk konvo. di dalam surat itu ada tertera yang ibu-bapa dinasihatkan untuk makan dahulu sebelum datang ke majlis itu.

kalau ada ibu-bapa yang tak sempat nak breakfast macam mana? kalau ibu bapa datang dari jauh dan tak sempat nak breakfast semata-mata nak kejar masa sebab dalam time table student kena berkumpul pukul 7.30 am. kate nye laaa kannn.

tapi disebabkan kelewatan pihak management untuk menguruskan hal-hal seperti menyusun kerusi, menyusun pelajar, menyusun kertas dan sebagainya, perjalanan program menjadi sedikit terencat. ibubapa dah beratur lama kat depan pintu dewan tu, baru laa pihak management terhegeh-hegeh nak susun kerusi bagai. mengapa tak prepare benda tu semua awal-awal?



yang lebih menyakitkan hati, ada berpuluh ibubapa tak dapat masuk ke dewan kerana kekurangan tempat dan kerusi. alasan nya dewan sempit dan tiada ruang untuk menempatkan semua yang hadir sehinggakan pihak management terpaksa memberi kerusi dan tempat yang sepatutnya di-reserved-kan untuk lecturer dan student yang konvo kepada ibubapa.

sudah nya, lecturer tidak ada tempat dan tak boleh masuk masa konvo tu. dan perkara paling bangsat ialah ada student tak dapat duduk dalam dewan dan terpaksa beratur diluar dewan sehingga nama dipanggil untuk naik ke pentas.

alasan bodoh yang di beri adalah " Maaf encik. dewan penuh dan tak cukup nak menampung bilangan yang hadir. kami akan cuba buat yang lebih baik tahun depan. "

kepada encik/cik management. meh sini aku nak cakap sikit. kalau majlis konvo kau baru buat sekali dua, boleh laa bagi alasan macam tu. tapi ni dah 9 kali tahu!!!!!

mari aku ajarkan kau matematik mudah. jumlah student sesi pagi (bachelor) = 400, jumlah student sesi petang (diploma) = 300, jumlah ibu bapa sesi pagi = 800, jumlah ibu bapa sesi petang = 600, jumlah lecturer = 50, jumlah senate = 20 (eh, dorang ni duduk atas pentas je).

sesi pagi = 400+800+50 = 1250 , sesi petang = 300+600+50 = 950

aku rasa dewan kliuc tu yang lebih kurang besar macam dewan komuniti Kg. Gajah kat kampung opah aku tu memang tak muat 1250 orang sekali masuk. tu baru kira ibubapa je masuk. belum kira nak masuk pakcikmakcik, adik beradik semua lagi. tu baru sesi pagi. kalau sesi petang macam mane?

encik management, kalau dah tahu jumlah semuanya sampai seribu lebih, kenapa tak buat kat dewan yang lebih besar? kat picc ke, kat hotel ke? kenapa nak tunggu kena maki hamun baru nak kelam-kabut? kalau buat kat dewan yang besar, boleh la buat bachelor diploma sekali jalan. kan senang gitu.

tak ada budget? sorang student kena bayar rm250 untuk konvo ni. rm 250 x 700 = rm 175,000. tak cukup lagi ke? ok, satu semester 18 credit hour, 1 credit hour = rm 350. 18 x rm 350 = rm 6300 + 400 (insurans berak, lab fees jubo, library fees lancau) = rm6700 satu semester. tak cukup lagi ke kau makan duit student? mane pegi duit tu? beli mercedes slk300 untuk president dan bmw x6 untuk canselor kan? kan? kan?

dengan standard dan formaliti yang patut ada dalam sesebuah majlis konvokesyen, perkara seumpama ini tidak harus berlaku. alasan " kami akan cuba lagi tahun depan " sangatlah tidak profesional dan matang.

perkara ini melibatkan imej dan nama baik kolej. seraya ia melibatkan pihak ibubapa yang telah menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran.

bayangkan jika mereka datang dari jauh. contohnya sabah, sarawak, johor, penang kelantan. bila dah sampai kolej, tak dapat masuk pulak sebab dewan dah penuh.


SUCCESSFUL EVENT MY ASS!!!


ini adalah perkara paling memalukan yang tak patut berlaku dalam majlis seformal itu. apa yang aku tahu, untuk majlis konvokesyen, pihak institut pengajian tinggi ada meletakkan syarat dan standard tertentu sebelum melangsungkan majlis. tapi, bila sudah berlaku benda macam ni, aku pun tak tau apa reaksi pihak yang berkenaan. mungkin aku akan panjangkan perkara ini kepada pihak tertentu supaya ia dapat memberi pengajaran kepada kliuc dan kolej-kolej yang lain.

akhir kata, tahniah kepada semua student yang konvo dan good luck and congrats in advance untuk rakan-rakan yang masih gigih berjuang. jangan berputus asa dan aku yakin kamu semua pun boleh konvo juga.


26 September 2011

konvokesyen


24/9/2011.

alhamdulillah segala kesyukuran ku panjatkan pada Yang Maha Esa.

akhirnya selesai sudah proses pembelajaran ku di kolej secara rasminya.

dan secara rasminya, aku pemegang ijazah Bachelor of Civil Engineering (Hons).

terima kasih kepada semua pihak yang membantu aku dalam proses dan perjalanan yang aku lalui sepanjang 4 tahun ini untuk menjadi pemilik kepada sekeping ijazah.

itu termasuklah kedua ibubapa aku, adik-beradik, saudara mara, kawan-kawan, awek-awek, skandal-skandal, dan juga musuh-musuh aku.

kamu semua pemangkin kejayaan aku.

hanya Allah saja yang dapat membalas jasa-jasa kamu semua.

aminn.


16 September 2011

Konsert Fenomena Search 2011



arrghhhhh!!!!!!!!

ini lah berita gembira yang aku tunggu-tunggu.

tak sabar nak tunggu bulan 11 kang. tapi venue tak tau lagi..harap-harap area kl je.

nanti aku akan update lagi kalo ade keluar latest news.

******************************************************************

ok ni aku baru update.

para peminat setia Search area kl, jom datang beramai-ramai kita kasi gegar!!!

******************************************************************

latest update,

pulau pinang RM59, johor bahru RM59, kuala lumpur RM69.

aku pun tak paham kenapa kat kl mahal rm10. sewa tempat mahal kot.

03 September 2011

fight for your right


selamat hari raya yang ke-5 untuk semua. harap semua dapat beraya dengan hati yang suci dan bahagia di samping mengumpul duit raya. mana yang dah tua bangka tu jangan nak buat muka sweet-sweet konon nak dapat duit raya ye. sedar diri sikit umur tu da makin menganjak senja.

baiklah. entri kali ini aku nak ceritakan perihal yang agak serius sikit. semoga kau semua di luar sana yang sudi membaca entri ini dapat mengambil iktibar dan pengajaran okay.


situasi 1 - aku baru habis sekolah ni. nak masuk mana ek nak sambung study? jap, biar aku search internet dulu. wahh ada course yang ngam ngan aku la. aku minat course ni. ni kalau tengok dia punya carta aliran ni, cerah masa depan gak blaja course ni. bole pegi jauh ni. nanti mesti bole dapat kerja yang best-best punye. tapi sayang nya, ....................

situasi 2 - aku baru habis study ni. study da sampai degree. aku da nampak masa depan aku. aku nak kerja macam ni. kerja setahun dua, naik pangkat, pastu kerja lagi 5 tahun, bodek bos sikit, dapat naik executive. memang mencanak-canak gaji aku nanti. aku da tau macam mana flow dia. just go with the flow je. tapi sayang nya, ........................

situasi 3 - aku ada jumpa sorang awek ni. memang masuk kepala ngan aku. orang kata memang bole get along together-gether la kan. muka manis sedap mata memandang, perangai ok-ok je, aku memang suka sangat dengan beliau. tapi sayang nya, ....................


tapi sayang nya, desakan keluarga yang menjadikan pilihan kau terbantut. perjalanan hidup kau jadi tempang dan tak menjadi disebabkan oleh pilihan keluarga yang terlalu memilih tanpa mempedulikan pendapat kau sendiri.

mereka rasa mereka betul. mereka rasa mereka hebat. mereka rasa mereka dewa. mereka rasa mereka mempunyai hak mutlak dalam menentukan apa yang terbaik untuk kau.

jika kau setuju dengan pendapat mereka, itu tiada masalah. jika kau rasa pendapat mereka itu betul, dan wajar untuk kau menuruti kehendak mereka, itu tiada masalah. tapi, jika kau tahu mereka salah, jika kau tahu mereka menginginkan satu standard yang tak mungkin dicapai oleh kau, jika kau tahu kau tidak patut bersetuju dengan mereka, tetapi kau terpaksa lakukan juga.

dan apabila kau mengalah, apabila kau tidak mahu di cop derhaka, apabila kau tidak mahu perbalahan berlarutan sehingga meretakkan hubungan kekeluargaan, apabila kau mengikut kehendak mereka walaupun di dalam hati meronta memberontak, di saat itu jangan menyesal atas apa yang terjadi.

zaman sekarang sudah berubah. hidup bukan ditentukan oleh keluarga. tidak kira sama ada belajar, kerja mahupun perkahwinan. jangan sesekali ada orang lain yang membuat keputusan untuk kau. hidup ini kau yang tentukan. bukan mereka. walaupun keluarga kau sendiri! meminta pendapat atau pandangan itu perlu. tetapi bukan mereka yang membuat keputusan.

hidup ini adalah satu cabaran. jika kau berjaya menempuh cabaran itu dengan usaha dan pilihan kau sendiri, saat itu hidup kau akan lebih bermakna.


nota lemak : solat istikharah dulu sebelum membuat suatu keputusan. insyaAllah dapat petunjuk dari-Nya.

02 September 2011

100


yahuuuuuuuuuuu

ini adalah entri ke-100 untuk blog kekeliruan maya ini. bangganya aku. tak sangka aku yang pemalas nak update pon bole mencecah angka ke 100. tahniah tahniah.

tak lupa juga aku nak ucapkan terima kasih kepada viewers, readers, and followers yang selama ini banyak support aku untuk menjayakan blog ini. oh terharu nya~

untuk menyampaikan rasa terharu dan berterima kasih itu, aku ada buat satu video dan video itu bukan lah ucapan penyimpan mohor besar raja-raja melayu seperti yang kau harapkan. ia adalah satu ucapan ikhlas dari hati untuk semua rakan -rakan yang mengenali dan menyayangi aku.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


err, tak dapat nak upload la. internet slow. da banyak kali aku cuba. mungkin bukan rezeki korang untuk tengok video tu. lain kali la aku post ek. hehehehehe


salam ikhlas dari mohd fitri bin alias.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...