29 Februari 2012

21 Februari 2012

kerang berbulu bakar

ini adalah hidupan berspesis kerang. tiada maksud tersirat.


salam kepada semua rakyat malaysia dan kepada pengunjung yang sudi datang ke blog ku yang usang dan membaca hasil nukilan seorang picisan.


ini adalah entri lanjutan dari entri seks dan pavilion.

seperti yang tertulis, aku membantah sekeras-keras nya budaya seks bebas dalam masyarakat kita zaman sekarang.

tapi bukan itu yang aku nak ceritakan sekarang. aku nak ceritakan tentang apa yang terjadi selepas itu.

selepas kau berjimak tanpa protection yang memberikan kau kepuasan maksima, secara otomatik kau di anugerahkan dengan anak luar nikah. nak buang sakit, nak lahirkan takut. saat itu secara OTOMATIK kau akan ingat Tuhan, ingat makbapak, ingat orang kampong, ingat ayat kursi, ingat jalan pegi klinik, dan segala macam ingat lagi.

bagi yang memberanikan diri dan redha, dia akan nekad untuk melahirkan bayi itu. tapi kau jangan terkejut penerimaan masyarakat terhadap bayi keturunan kau tu. dia akan di cemuh, di hina, di caci dan di aibkan sepanjang hidup nya.

ibu bapa yang tidak dapat menerima perbuatan anak sendiri jika mereka dah terlanjur sangatlah tidak boleh di terima pakai. alasan itu adalah anak haram atau anak luar nikah dan tidak melambangkan budaya timur sangat tidak patut dalam situasi ini.

atas sebab itu lah kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. okey korang cuba bukakan minda dan sila fikir dalam-dalam dan cuba buang mentaliti itu.

apa yang hina nya anak luar nikah? apa salah dia? dia tak bersalah pun. perlu ke kau mencaci dan menghina dia? atas sebab apa? sebab dia anak haram? so what?? dia mintak jadi macam tu ke? kau boleh mintak nak lahir kat dalam keluarga kaya? boleh main mintak-mintak nak jadi anak raja?

fine! mak bapak dia yang salah. kau hina, kau maki lah mak bapak dia. tapi, kau kene ingat. kalau dia pegi buang bayi tu, maksudnya dah jatuh hukum membunuh. kau tak hina dia? kau tak maki dia? tetap jugak kau hina kann. jadi dari dia buang bayi tu, baik dia bela budak tu.

mentaliti masyarakat sekarang ni yang perlu di ubah. kau harus bersyukur kerana dia sanggup melahirkan dan membela anak luar nikah tu. bukan nya menghukum dengan kata-kata nista.

jadi, bagi kanak-kanak pra-matang yang kebanyakan berumur 15-24 tu, yang tak reti nak pikir masa depan, yang tak tau beza mana kulit kerang mana daging mentah, bawak-bawak la berubah okeh.

sekian.


16 Februari 2012

kehangatan tubuh jelas dirasai

aku seorang yang gagah perkasa

semua orang takut kan aku

apabila aku lapar

kau kena beri aku makanan

aku tak perlu bersusah payah mencari makanan sendiri

itu membuktikan kehebatan aku

semua orang hormat kan aku

tapi jangan ingat aku pemalas

sekarang aku sedang bekerja

oh pekerjaan ku ini sangat senang

tak susah untuk aku apply kerja

resume pun tak perlu hantar

mereka yang tawarkan aku pekerjaan ini

kerja aku cuma aktiviti harian aku seperti kawan-kawan yang lain

apabila cukup sampai masa

mereka akan memberi aku upah makan

ini membuktikan aku lakukan pekerjaan aku dengan baik

ini adalah gambar kenang-kenangan aku semasa sedang bekerja


sila klik untuk menikmati ke-hensem-an aku


errmm abaikan parut kat kepala tu

tu parut jatuh basikal masa darjah dua


sekian terima kasih.


nota lemak : siapa yang mengharapkan tajuk di atas sama dengan jalan cerita, mohon maaf ye kahkahkah

13 Februari 2012

aktiviti harian seorang petualang mengemis keredhaan dari Yang Maha Esa












ok! kesimpulan nya, aku dah makin hitam. dah HITAM!!

jadi korang jangan nak banyak tanya sebab apa aku hitam ok.



28 Januari 2012

engineer wannabe


aku bukan nak cakap besar. jauh sekali nak berlagak. memang sifat aku suka merendah diri.


aku cukup marah kalau ada orang yang berlagak dengan title Engineer. sedangkan kau belum habis belajar lagi. nak-nak pulak kalau kau tu setakat taraf diploma je.

helloooo~~!! orang yang ade degree or master pun tak berlagak okeeyy!!

dah lah berlagak, pastu pulak kau nak merendah-rendahkan orang yang bukan dari course engineering. kau boleh cakap course engineering ni susah. course lain semua senang. course lain semua tak penting. kau nak mendewa-dewakan sangat dengan engineering kau tu. ptuuiihhh!!

hello brader. lu tau tak engineering ni ade berapa cabang? okeh let me explain a little bit about engineering.

course engineering ni ada Civil Eng, Mechanical Eng, Electrical Eng. itu adalah dalam bentuk pure study. di bawahnya ada cabang-cabang seperti Safety Course, Building Structure Course, Oil&Gas, Construction Management, bla bla bla ...................... siot banyak nye nak cerita!

kau ingat kalau setakat kau dah amek course engineering, kau boleh tau semua benda? adik, banyak lagi yang kau kena belajar tahu? dari studies sampai lah kerja. dalam bidang construction, orang yang dah berpengalaman 20 tahun pun tak berani cakap yang dia terer pasal construction. 20 tahun bai!! kau belajar pun tak habis lagi kau dah nak cerita pasal engineering? ptuuiihhh!!

"tapi course lain mane ade belajar formula bagai tu". owwhh dont give me that bullshit la thambi. kalau diorang tak belajar formula-formula pun, kau ingat diorang tak power ke? kau bole buat keje akauntan? bole keje jadi mekanik? bole jadi i.t designer? ade pulak yang jadi artis lagi. kau bole buat semua tu? kau ni jin ke ape?

setiap orang ade specialist masing-masing. ikut diorang la nak belajar ape pun. ade orang dah belajar course pure science tapi kerja jadi pemberita. belajar mechanical tapi kerja web designer. hah ape cite tu?? kau tu aku tak tau la lepas habis belajar jadi ape. kau ingat senang ke nak dapat kerja?? ptuuiihh!!

kalau kau pakai kabel makbapak tok ayah kau lain cerita la. kalau tok wan kau kaya, lain cerita la. cuba kau berdiri di atas kaki kau sendiri. bina platform kerjaya kau sendiri. baru kau tau susah senang hidup kat dunia ni.



ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi. nescaya hidup berkat dunia akhirat. amiinnn.

27 Januari 2012

kisah hidup seorang perawan - part 2

Sejak dari bangku sekolah lagi, Fareed Ramzi telah membantu ayahnya dalam segala urusan perniagaan. Sebelum bersara, ayahnya berjinak-jinak dalam perniagaan kedai runcit yang pertama kali dibuka di HUKM Cheras. Itu juga adalah kedai runcit terakhir dalam perjalanan bisnes bapanya.

Dengan umur yang masih mentah, Fareed membantu bapanya menjaga kedai. Pagi lagi sebelum bapanya pergi bekerja, Fareed dihantar untuk menjaga kedai kerana ketiadaan staf. Tengah hari barulah bapanya mengambil Fareed untuk dihantar ke sekolah memandangkan pada masa itu Form 1 & 2 bersekolah sesi petang.

Nak dijadikan cerita, kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh Fareed. Dari salah mengira stok sampai lah salah mengira duit untuk dipulang baki. Kalau dah nama nya manusia, duit terkurang dia komplen. kalau duit terlebih dia buat senyap je. Akibatnya, banyak jugak lah tamparan dan lempangan yang hinggap di pipi gebu si Fareed ni.

Memandangkan student kat dalam HUKM merupakan anak-anak orang kaya, jadi diorang tak berapa nak pergi ke kedai runcit Fareed ni. Mungkin diorang lebih suka pergi kedai luar dari kampus atau layanan yang tak seberapa mesra dengan cara yang tak bijak oleh seorang budak mentah menghapuskan niat mereka untuk berkunjung ke situ.

Disebabkan sambutan dingin yang diterima, jadi bapa Fareed ni membuat keputusan untuk menutup saja kedai runcit itu. Ye lah kan. Buat apa penat-penat menghantar mengambil Fareed dok ulang alik dari rumah ke Cheras untuk pulangan yang tak seberapa. Akibatnya banyak lah kerugian yang di tanggung oleh mereka.

Malang bertimpa, krisis di tempat kerja telah menyukarkan lagi perniagaan bapanya. Kau kan tahu, staff kerajaan tidak dibenarkan memiliki perniagaan sendiri atau mendaftarkan nama di dalam syarikat swasta.

Oleh kerana bapa Fareed terlalu percaya dengan rakan sekerjanya, jadi hal beliau memiliki perniagaan sendiri telah diketahui oleh bos. Kecewa dengan perbuatan khianat si lahabau itu, bapa Fareed membuat keputusan untuk bersara awal dari jawatan Ketua Pegawai Kesihatan di UKM. Satu kerjaya yang telah memberi nafkah kepada mereka 7 beranak bertahun lamanya.

Rahmat dari Tuhan, bapa Fareed melihat kejadian itu sebagai satu pintu ke jalan kejayaan dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Beliau meneruskan bisnesnya dengan menceburi bidang kontraktor pencucian.

Eh kejap! Mungkin ada yang blurr kalau sebut kontraktor pencucian. Okeh korang biasa tak nampak makcik-makcik cleaner kat kolej korang ke, tempat kerja korang ke, kat baju uniform yang diorang pakai tu kan ade nama syarikat. Haaa tu lah di namakan sebagai kontraktor pencucian.

Back to the story, pelbagai dugaan yang dilalui oleh bapa Fareed ni sepanjang bergelar kontraktor pencucian. Misi utama beliau ialah untuk memberi kesenangan kepada keluarganya.





errmmm macam panjang sangat je entri ni. aku stop kat sini dulu la. nanti korang boring pulak baca panjang-panjang. orang malaysia memang macam tu kan. bukan nye boleh bace ayat berjela. aku tau la sebab aku orang malaysia hehe

26 Januari 2012

erti seorang teman

kau tau aku tak suka kau buat macam tu
tapi kenapa kau buat jugak

kau tau aku benci jadi macam ni
tapi kenapa kau nak jugak

kau tau kenapa aku buat benda tu
tapi kenapa kau tak paham jugak

kau tau aku bukan suka-suka nak biarkan kau
tapi kenapa kau buat-buat tak paham

kau nak aku terangkan semua kat kau
tapi kenapa kau tak nak dengar

aku dah nasihatkan kau dulu
tapi kau yang tak nak dengar

bukan aku seorang yang buat macam ni kat kau
tapi dah lapan orang aku rasa

kau okey je dengan diorang semua lepas jadi benda ni
tapi kenapa bila aku buat macam tu kau tak boleh terima

dulu kau kutuk diorang macam-macam
dulu kau maki, benci dan sakit hati dengan semua orang tu

tapi sekarang kau elok pulak dengan diorang
tapi sekarang kau layan diorang macam tak pernah berlaku apa-apa

apa dah jadi dengan kau?
mana kata-kata cacian yang kau lemparkan kat diorang dulu?

sedangkan aku pun buat benda yang sama dengan diorang
tapi cuma aku je yang kau tak dapat terima

kenapa sekarang ni kau boleh berbaik dengan diorang?
kau dah telan ludah kau balik?

oh aku lupa
kau hanya berkawan dengan orang yang memberi keuntungan pada kau

jadi kau anggap diorang tu memberi keuntungan pada kau?
sehinggakan kau sanggup jilat ludah kau balik?

jadi aku ni tak penting dalam hidup kau?
aku hanya secebis memori yang ada tarikh luputnya?

bermaksud kau lupa siapa yang tolong kau saat kau susah
kau lupa siapa yang berada di sisi kau saat kau memerlukan seorang kawan

usia perkenalan kita bukan sehari dua tahu?

aku kenal sifat kau
kau pun kenal sifat aku

aku boleh faham kau
kau pun boleh faham aku

tapi kenapa pasal benda ni je yang kau tak boleh faham aku?
kau nak aku cakap berapa kali benda ni?

nak kata kau tak reti bahasa
umur kau dah tua lanjut

yang sudah tu sudah la
kita bukak buku baru

tapi kalau kau dah takde hati
aku pun tak terhegeh-hegeh la

cuma aku terkilan kat satu benda je
apakah persahabatan kita selama ini tiada erti bagi kau?

20 Januari 2012

when the sun goes down


aku terkedu dan terdiam seketika. rayuan seorang nenek tua itu betul-betul menggetar hati kecil ku.

"cu, nak beli kerepek?" soal nya mengharapkan simpati.



melihatkan orang tua itu, terdetik di fikiran ku, di manakah suami beliau? mungkin dah tiada. di manakah anak-anak beliau? mungkin dah tiada. di manakah saudara mara nya? mungkin dah tiada juga? eh mana mungkin!! tak kan lah nenek tua itu tinggal sebatang kara? boleh jadi juga.

adakah ia didalangi oleh sindiket? mengambil kesempatan ke atas kedaifan nenek ini dan memaksa kudrat lemah ini menjual kerepek dengan berjalan kaki beratus meter. juga telah mengambil kesempatan ke atas kebaikan dan ke-murahhati-an rakyat malaysia khas nya melayu.

kalau anak beliau masih hidup, di manakah mereka? kenapa mereka tidak menjaga orang tua ini? seorang nenek tua yang sepatutnya duduk di rumah mendekatkan diri dengan Allah dan tidak perlu lagi bersusah payah bekerja untuk menyara hidup.


aku yakin, dengan umur sebegitu, beliau sudah puas menjalankan kewajipan sebagai seorang suri, ibu dan nenek kepada keluarganya. jadi dimanakah mereka yang sepatutnya membalas jasa orang tua ini?

"takpe lah nek. terima kasih ya." sahut ku lembut.

orang tua tu pun berlalu pergi ke meja yang lain sehingga habis satu kedai di tawaf nya. dari meja ke meja, dari satu kedai ke kedai yang lain. lantas mata ku berkaca melihat tubuh kecil itu berjalan sehingga hilang di telan kelam malam.

17 Januari 2012

kisah hidup seorang perawan

Mohd Fareed Ramzi datang dari keluarga yang sederhana. Bapanya seorang penjawat kerajaan yang telah bersara dan memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Ibunya juga telah bersara awal bagi membantu perniagaan ayah nya yang semakin berkembang maju.

Bukan lah background family si Fareed ni yang aku nak ceritakan. Ia tentang social life yang dilalui oleh beliau sepanjang 26 tahun ini.

Terus terang kata, hidup di Kuala Lumpur ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Bergantung kepada tahap kematangan pemikiran dan perbuatan supaya kau tidak tersesat ke lembah kegelapan.

Fareed bukanlah seorang yang alim. jauh sekali dikatakan bakal imam masjid negara. Alhamdulillah ibubapa beliau telah bekalkan dengan ilmu agama dari kecil lagi supaya tidak tersilap langkah dalam menilai kehidupan.

Dari kecil lagi, Fareed tidak di manjakan dengan kekayaan. apatah lagi bersikap boros. Fareed tahu, duit bukan mudah untuk di cari. Bersusah payah ibubapa mencari duit hasil dari titik peluh penat lelah mereka, mana mungkin beliau akan memboroskan duit dengan sia-sia.

Fareed tahu, beliau masih lagi di tanggung makan minum oleh parents memandangkan beliau masih belajar. kau pun tahu, duit ptptn memang tak cukup untuk menyara kehidupan sehari-hari.

Fareed tidak pernah mempunyai awek. bukan kerana beliau tak kacak atau tiada jodoh dengan awek.

Sebabnya mudah. Fareed ingin hidup bebas. bebas tidak dikongkong dengan gelaran boyfriend kepada girlfriend nya. dan juga beliau sedar, makan pakai masih lagi di tanggung oleh mak ayah. mana mungkin beliau nak belanja makan mahupun shopping beli hadiah macam-macam sebab nak pujuk kalau awek merajuk atau bawak pergi jalan-jalan dating. sedangkan duit itu datang dari penat lelah mak ayah yang penat bekerja.

semua itu memerlukan duit tahu?

jadi, Fareed berniat di dalam hati, apabila beliau sudah betul-betul berkemampuan dan strong dalam kerjaya, baru akan terlintas di hati beliau untuk mempunyai girlfriend.

tapi itu semua hanya rancangan beliau. masa depan memangtidak di duga. jodoh pertemuan itu atas ketentuan Tuhan bukan?

10 Januari 2012

sistem perundangan di malaysia : ini bukan kes anwar


cuba korang dok perati dan fahami gamba-gamba di bawah.


aku rasa sistem perundangan dalam mengenakan hukuman kat malaysia ni ada sedikit pelik la.

atau aku saje yang rasa lain macam?

09 Januari 2012

mungkin orang bodoh


aku tak paham dengan orang yang suka main sms mms kat astro channel 109 tu. aku tengok dorang sembang benda bodoh je pun.


kau tengok kat tv tu. caj sms rm1/sms. gile ape!!! bapak mahal wehh!!! orang dok sibuk cari nak pakai line yang paling murah rate. orang yang kat tv tu rilek je mesej seringgit.bukan nye bende penting pun. sembang bende bodoh gak.


daftar nickname 50sen. tukar nickname sampai rm2. woowwww!!!!!

aku tak paham apa yang dorang dapat bermesej-mesej kat situ?? dah kaya sangat ke sampai rilek je buang duit kat benda tu??


06 Januari 2012

new year smile

aku kat opis. ditemani lagu pramlee"tunggu sekejap". time-time kepala dah tingtong ni memang aku dengar macam "kau tunggu la sekejap celaka! aku sebat kau kang!"

kat luar tu tidak hujan seperti biasa. mungkin hujan pun dah bosan turun hari-hari. kesian kat aku yang naik motor ni. oh tu motor company. da habis berlumut bertanah body motor tu aku kejekan masuk site hari-hari. memang aku tak reti sayang harta company ni. cina tu da kaya da. buat apa nak sayang lagi harta dia.

okey sekarang aku tengah layan lagu osman bakar elah. eh bukan. osman jailani pemain seksafon. meremang gak bulu tengkuk ni. pukul dobelas lak tuh.

kat luar opis tuh bebudak tengah dok main dengan konkrit. biaq lantak pi depa la. aku dok opis layan ekon dgn tenet je. aku kan engineer. hahahaha (ada bunyik berlagak tak? sila lempang aku sedas dua!)

okey aku malas nak taip lagi. aku dah ngantok ni.

nota lemak : SELAMAT TAHUN BARU 2012 walaupun da agak lambat untuk di ucapkan hahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...