21 Februari 2012

kerang berbulu bakar

ini adalah hidupan berspesis kerang. tiada maksud tersirat.


salam kepada semua rakyat malaysia dan kepada pengunjung yang sudi datang ke blog ku yang usang dan membaca hasil nukilan seorang picisan.


ini adalah entri lanjutan dari entri seks dan pavilion.

seperti yang tertulis, aku membantah sekeras-keras nya budaya seks bebas dalam masyarakat kita zaman sekarang.

tapi bukan itu yang aku nak ceritakan sekarang. aku nak ceritakan tentang apa yang terjadi selepas itu.

selepas kau berjimak tanpa protection yang memberikan kau kepuasan maksima, secara otomatik kau di anugerahkan dengan anak luar nikah. nak buang sakit, nak lahirkan takut. saat itu secara OTOMATIK kau akan ingat Tuhan, ingat makbapak, ingat orang kampong, ingat ayat kursi, ingat jalan pegi klinik, dan segala macam ingat lagi.

bagi yang memberanikan diri dan redha, dia akan nekad untuk melahirkan bayi itu. tapi kau jangan terkejut penerimaan masyarakat terhadap bayi keturunan kau tu. dia akan di cemuh, di hina, di caci dan di aibkan sepanjang hidup nya.

ibu bapa yang tidak dapat menerima perbuatan anak sendiri jika mereka dah terlanjur sangatlah tidak boleh di terima pakai. alasan itu adalah anak haram atau anak luar nikah dan tidak melambangkan budaya timur sangat tidak patut dalam situasi ini.

atas sebab itu lah kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. okey korang cuba bukakan minda dan sila fikir dalam-dalam dan cuba buang mentaliti itu.

apa yang hina nya anak luar nikah? apa salah dia? dia tak bersalah pun. perlu ke kau mencaci dan menghina dia? atas sebab apa? sebab dia anak haram? so what?? dia mintak jadi macam tu ke? kau boleh mintak nak lahir kat dalam keluarga kaya? boleh main mintak-mintak nak jadi anak raja?

fine! mak bapak dia yang salah. kau hina, kau maki lah mak bapak dia. tapi, kau kene ingat. kalau dia pegi buang bayi tu, maksudnya dah jatuh hukum membunuh. kau tak hina dia? kau tak maki dia? tetap jugak kau hina kann. jadi dari dia buang bayi tu, baik dia bela budak tu.

mentaliti masyarakat sekarang ni yang perlu di ubah. kau harus bersyukur kerana dia sanggup melahirkan dan membela anak luar nikah tu. bukan nya menghukum dengan kata-kata nista.

jadi, bagi kanak-kanak pra-matang yang kebanyakan berumur 15-24 tu, yang tak reti nak pikir masa depan, yang tak tau beza mana kulit kerang mana daging mentah, bawak-bawak la berubah okeh.

sekian.


1 ulasan:

iamwhoiam berkata...

ermm... sedap pulak tengok kerang tu! lama tak makan kerang beb...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...