29 Februari 2012

21 Februari 2012

kerang berbulu bakar

ini adalah hidupan berspesis kerang. tiada maksud tersirat.


salam kepada semua rakyat malaysia dan kepada pengunjung yang sudi datang ke blog ku yang usang dan membaca hasil nukilan seorang picisan.


ini adalah entri lanjutan dari entri seks dan pavilion.

seperti yang tertulis, aku membantah sekeras-keras nya budaya seks bebas dalam masyarakat kita zaman sekarang.

tapi bukan itu yang aku nak ceritakan sekarang. aku nak ceritakan tentang apa yang terjadi selepas itu.

selepas kau berjimak tanpa protection yang memberikan kau kepuasan maksima, secara otomatik kau di anugerahkan dengan anak luar nikah. nak buang sakit, nak lahirkan takut. saat itu secara OTOMATIK kau akan ingat Tuhan, ingat makbapak, ingat orang kampong, ingat ayat kursi, ingat jalan pegi klinik, dan segala macam ingat lagi.

bagi yang memberanikan diri dan redha, dia akan nekad untuk melahirkan bayi itu. tapi kau jangan terkejut penerimaan masyarakat terhadap bayi keturunan kau tu. dia akan di cemuh, di hina, di caci dan di aibkan sepanjang hidup nya.

ibu bapa yang tidak dapat menerima perbuatan anak sendiri jika mereka dah terlanjur sangatlah tidak boleh di terima pakai. alasan itu adalah anak haram atau anak luar nikah dan tidak melambangkan budaya timur sangat tidak patut dalam situasi ini.

atas sebab itu lah kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. okey korang cuba bukakan minda dan sila fikir dalam-dalam dan cuba buang mentaliti itu.

apa yang hina nya anak luar nikah? apa salah dia? dia tak bersalah pun. perlu ke kau mencaci dan menghina dia? atas sebab apa? sebab dia anak haram? so what?? dia mintak jadi macam tu ke? kau boleh mintak nak lahir kat dalam keluarga kaya? boleh main mintak-mintak nak jadi anak raja?

fine! mak bapak dia yang salah. kau hina, kau maki lah mak bapak dia. tapi, kau kene ingat. kalau dia pegi buang bayi tu, maksudnya dah jatuh hukum membunuh. kau tak hina dia? kau tak maki dia? tetap jugak kau hina kann. jadi dari dia buang bayi tu, baik dia bela budak tu.

mentaliti masyarakat sekarang ni yang perlu di ubah. kau harus bersyukur kerana dia sanggup melahirkan dan membela anak luar nikah tu. bukan nya menghukum dengan kata-kata nista.

jadi, bagi kanak-kanak pra-matang yang kebanyakan berumur 15-24 tu, yang tak reti nak pikir masa depan, yang tak tau beza mana kulit kerang mana daging mentah, bawak-bawak la berubah okeh.

sekian.


16 Februari 2012

kehangatan tubuh jelas dirasai

aku seorang yang gagah perkasa

semua orang takut kan aku

apabila aku lapar

kau kena beri aku makanan

aku tak perlu bersusah payah mencari makanan sendiri

itu membuktikan kehebatan aku

semua orang hormat kan aku

tapi jangan ingat aku pemalas

sekarang aku sedang bekerja

oh pekerjaan ku ini sangat senang

tak susah untuk aku apply kerja

resume pun tak perlu hantar

mereka yang tawarkan aku pekerjaan ini

kerja aku cuma aktiviti harian aku seperti kawan-kawan yang lain

apabila cukup sampai masa

mereka akan memberi aku upah makan

ini membuktikan aku lakukan pekerjaan aku dengan baik

ini adalah gambar kenang-kenangan aku semasa sedang bekerja


sila klik untuk menikmati ke-hensem-an aku


errmm abaikan parut kat kepala tu

tu parut jatuh basikal masa darjah dua


sekian terima kasih.


nota lemak : siapa yang mengharapkan tajuk di atas sama dengan jalan cerita, mohon maaf ye kahkahkah

13 Februari 2012

aktiviti harian seorang petualang mengemis keredhaan dari Yang Maha Esa












ok! kesimpulan nya, aku dah makin hitam. dah HITAM!!

jadi korang jangan nak banyak tanya sebab apa aku hitam ok.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...