31 Januari 2011

anata ni shiawasena tanjō-bi

31/01/2011

happy birthday to you

selamat hari jadi

selamat hari ulang tahun

semoga di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki

semoga mendapat kebahagiaan di dalam hidup

semoga mendapat apa yang di hajati

aku doakan kau bahagia

dan sentiasa yakin bahawa

pilihan berada ditangan anda.


Spero che a fare la scelta giusta. Non ho il diritto di impedire.Spero che tu sia felice con il vostro partner. Sono addolorato perquello che è successo. non pensate così anche

29 Januari 2011

fenomena

dalam seminggu ni, aku banyak menghabiskan masa aku dengan membaca blog. sesuatu yang aku tak pernah lakukan sebelum ni walaupun aku da menceburkan diri di alam blogging ni dekat 2 tahun. paling lama aku baca blog secara berterusan pun dalam 2 hari. ni seminggu bai. gile tak gile la kann.

rase nye tak perlu la aku mention blog-blog yang aku bace tu. tu tak termasuk yang link blog yang korang tinggalkan lepas datang ke blog aku. sape-sape yang singgah kat blog aku, dan tinggalkan link, lambat atau cepat, aku pasti akan pegi ke blog korang gak. dan aku pasti akan bgtau aku da melawat ke blog korang balik. paling bangsat pon aku akan tulis "hye" kat chatbox korang. kalo blog korang takde chatbox, aku akan komen kat entri.

yang aku maksudkan ni ialah blog-blog yang menjadikan aku berstatus silent reader. bukan nye aku taknak komen atau dalam bahase mudah difahami, tinggalkan jejak. bukan nye aku sombong. bukan nye aku terlalu ego untuk klik button "follow" tu.

tapi aku memang memilih untuk jadi silent reader. aku pon tak tau kenapa. tapi kan, haa ade tapi lagi. believe it or not, blog yang aku suka bace tu aku siap buat bookmark lagi tu. nanti senang aku nak bace lagi blog dorang. sekarang ni, ade 15 blog yang berjaya menambat hati aku untuk aku mem-bookmark-kan mereka. mungkin bilangan tu akan bertambah lepas ni. sekali lagi, tak perlu laa aku mention name blog tu.

kesimpulan yang aku dapat lepas bace blog dalam seminggu ni, aku betol-betol kagum ngan korang. serious shit!! aku kagum gile ngan korang. banyak yang aku belajar dari blog korang ni.

1. berani luah pendapat

ofkoz la memang itu tujuan utama kita ber-blog-ging. kite nak luahkan pendapat yang terbuku di dada dengan perspektif pemikiran masing-masing. ini pendapat aku, itu pendapat kau. lebih kurang macam tu la. kadang-kadang, pendapat yang masih menjadi taboo dalam pemikiran orang kita ni pon, korang berani luahkan. kau berani ambik risiko untuk terima segala pujian atau tohmahan dari pembaca. sape tak suke orang puji kan. dan sape pulak yang suke orang kutuk kan. tapi itu atas pendapat masing-masing la. dan cara kau menangani situasi macam tu. baru la kau ni nampak profesional atau hingusan.

tapi itu tak bermakna aku tak berani nak luahkan pendapat aku. cuma isu-isu sensitif saje yang aku tak nak post kan kat blog ni. contoh nye, isu tudung, aurat, solat, perkauman, politik, dll. aku mempunyai pendapat aku sendiri. aku lagi suke berdebat pasal bende ni face to face. lagipon, kalau nak berdebat pasal isu-isu tu, sampai kiamat pon tak abes. sume bende kat dunia ni ade pro and cons. aku tak kate aku betul, aku tak kate kau salah. sume orang ade pendapat sendiri.

cume aku tak suke bincangkan bende ni dalam bentuk penulisan. aku malas nak berdebat kat ruangan komen-komen. dan aku tak setuju dengan ayat "elehh ckp kat blog berani la ko. kutuk blkg2. cube ckp dpn2 tgk. ade bran xde bran. ntah2 dpn2 penakot cam hanjeng."

aku memang nak ckp FUCK YOU kat orang yang tulis macam tu. sebab bagi aku, sape yang tulis isu-isu sensitif ni kat blog, die seorang yang berani. sebab, kalau kau cakap, penyampaian kau terhad. tak paham? ok maksud nye, terhad pada orang yang mendengar saje. kalau kau bercakap, brape orang je yang bole dengar bende tu dalam satu mase? kalau kau buat ceramah, tu lain cerita. tapi kalau kau menulis, sape-sape je bole bace. beratus, beribu even berjuta orang pon bole bace. jadi, die berani berdebat dengan orang yang menyokong dan membantah.

kalau si stallone ni, sumpah aku pon cuak nak kutok die depan-depan. hahaha

alaa tak payah nak sembang laa kau tu terer berdebat. contoh kau tengah berdebat/kene bahan dengan membe kau, kalau one by one maybe ade can lagi nak menang. kalau seratus orang yang bahan kau, disertakan dengan point-point yang gempak-gempak, kau rase bole menang? last-last kau terdiam gak kan. majoriti juga memainkan peranan. inilah maksud aku.

2. mencarut dan lucah

aku rase ramai yang menulis dengan ayat-ayat carutan dan lucah. tak kesah la melampaui batas atau tak. yang penting kau tau kat mane limit kan. syabas aku ucapkan. tak kire la lelaki atau pompuan. mungkin dunia blogging ni da semakin bersikap open minded. aku kagum ngan korang. sebab aku tak boleh buat macam korang. walaupun kat ruangan pengenalan diri aku tu aku tulis mencarut, tapi yang aku maksudkan ialah "menulis".

sekadar gambar hiasan. korang jgn nk kondem aku plak. aku sekeh kang.

jangan salah paham. aku bukan lah sebaik yang korang sangka. jangan korang sangka aku tidak mencarut dan berbahasa skema sepanjang masa. sesiapa yang kenal aku, akan tau camne mulut aku ni bila berbual. cuma, aku tak pandai nak aplikasikan ke dalam bentuk penulisan. serious shit!! aku bukan hipokrit. tapi aku betul-betul tak reti nak menulis seperti mana aku bercakap. ini telah diakui oleh beberapa kawan ku yang secara tak sengaja terbaca blog aku. "weh, pesal kau tulis blog tu pakai ayat skema. padahal kau berborak macam setan." dan aku akan menjawab ringkas "entah. aku pon tak tau dowh."

sebab tu aku kagum ngan korang yang mencarut dan melucah dalam blog. menunjukkan sejujurnya diri kau. tapi sayang, aku tak reti. sekali lagi, aku bukan hipokrit. sebab tu aku buat entri ni. percaye la dowh.

3. gaya dan bentuk penulisan.

arie shabtu3w aque nGan tWan2 pegiey bEach taww..bez gilew tiMe niey..d0wunk rendam Un aque cmpy air mc0k idung lerh..sak8 cangAtt taww..bUt i lovE it! t itew g ag ea..itew aj4x rmai2 bwu g3Mpax! hAHah4Ha..k0wgx cmey2 tuew nAnan jEles taww aquew tlysS mCam niew..aquew niE bod0w taHap kHinziR hu3tanN hihihi btw, aque shayunx kowunx n tuCk eRn lup3w ern k0wUnx..byEe muuUuW4ahhHhHhhh..

budak umur 8 tahun menulis. same tak?

sEroussHiiT aQu3w nak.....eh terikut plak. serious shit aku nak cakap kat menatang yang tulis macam tuh, pegi mati je la wehh. bongok merosak kan bahase. kalau ejaan pasar yang standard macam saye, kite, pegi, ok laa jugak. tak perlu la nak bertulisan ayat baku. cukup untuk manusia normal macam aku ni paham. ni aku nak bace pon naik juling mate aku. haram jadah!

kau nak cakap kalu aku tak suke, tak payah bace? ok fine by me. tapi, kebencian tu still ade lagi kat hati aku ni. ape kau ingat ni zaman-zaman myspace lagi ke? kau ingat kau cool tulis macam tu? kamon la. grow up la derr. jangan la nak tunjuk sangat kau tu budak baru nak up.


ok aku rase takat ni je la aku nak mencarut. ni pun da panjang berjela da. lagipon, aku carut panjang-panjang macam ni, bukan nye ade orang nak bace pon.

28 Januari 2011

jangan nak lebeyh laa kann



aku rase da menyampah gile. bukan sebab aku makan sampah. itu budak-budak punk yang kekurangan kasih sayang. bajet rambut pacak-pacak pastu pakai spike-spike bagai pastu buat muke ganas pastu gado nak tunjuk kuat kat belakang timesquare pastu balik umah mintak duit kat mak nak beli choki-choki dengan muka riang. ape ka?? fak la weii. eh aku ter emo plak.

aku menyampah dengan hidup yang tak abes-abes dengan masalah. i hate it yaww~ ok aku ter hiphop plak tetibe. masalah ni tak kire la masalah belajar ke, masalah hati dan perasaan ke, masalah duit yang tak penah cukup ke, masalah jerawat yang tak penah kenal erti putus asa nak bertapak kat muka aku ni ke, aku da menyampah dengan sume tu.

bile aku da menyampah, aku akan amek langkah drastik untuk menanganinya. aku akan buat tak reti je. buat tak tau je. buat bodo je. err bukan maksud aku ni bodo atau erti kata lain stupid tahap ungka liar. tapi buat bodo ngan sume masalah tu.

aku da malas nak amek tau. sekali lagi, aku bukan nye pemalas. seperti sangkaan kebanyakan orang yang mengenali aku. mereka sume tu silap. ade ke patot, aku tido 16jam sehari dorang kate aku pemalas. tak patot kan. tak baik betol dorang tuh. walhal aku bukan nye tido seperti tuduhan mereka. aku bertafakur. sila percaya. aku bertafakur dalam keadaan baring dan memeluk bantal. bukan memeluk maria ozawa. ehh sape maria ozawa tuh? heh lupakan beliau. aku pon tak tau sape entiti tersebut.

aku da tak tahan. bukan nye aku nak klimaks. sila jangan salah paham. aku da letih dengan bende-bende tu sume. buat otak aku penat. badan aku letih. jiwa aku parah. aku da tak nak pikir da. tapi kan, kalo tak pikir, camne nak settle? jadi, aku terpakse menyeksa otak aku yang tak brape nak maju dan kaYy-elL sangat nih untuk berpikir. wahh ejaan kl bagi bebudak myspace yang baru nak up sehh.

walaupon aku ni memang asal kaYy-elL, tapi aku tetap tak reti atau suka dengan sosialisme kat kaYy-elL. tak seperti bebudak pendang, kuala pilah, kodiang dan yang sehulu dengannya berbual dan berborak "eww u r not so howt yaww~ i lyke to go clubbin' n meet some howt guyzz u noe~ ehh u'ols ni taw apew. i ni kan dak-dak kaYy-elL." walaupon sebenarnye aku tau yang makbapak ko kait sawit ngan jual baju kat pasar malam dan ko enjoy pakai duit ptptn yang aku tak tau ko mampu ke nak bayar balik loan ptptn tu.

ok sambung balik. bile da berpikir, mesti la akan jumpe jalan penyelesaian kan. kalo tak jumpe, ko kene pegi jumpe psychiatrist untuk cek balik otak ko tuh. kalo tak pon, ko pegi carik kat kaunter pertanyaan alamanda. ok, it's a lame joke! sambung balik. bile da dapat jalan penyelesaian, tup tup, dtg masalah lain plak. ko tak rase cam nak bagi penyepak kat kuda laut ke kalo camtu jadi kat ko? btol dowh. da brape banyak kuda laut yang jadi mangsa penyepak aku. kesian gak kadang2 kat kuda laut tu. nak buat report kat jabatan perhilitan, dorang tak pandai cakap bahasa manusia. dorang cuma tau cakap bahasa kaYy-elL je.

jadi, di kesempatan ini, di ruangan 'mari mencarot beramai-ramai tanpa segan silu' ini, aku nak menyeru kat masalah-masalah yang melanda otak aku ni, supaya behave urself. jangan nak buat kepala aku serabut sangat laa kan. agak-agak laa kan.

chow~!

27 Januari 2011

metamorfosis

aku marah! kali ni aku betul-betul marah! aku tak dapat nak mengawal nafsu amarah ku.

aku nak pijak semut sampai mati. aku nak picit jerawat sampai pecah. aku nak shave janggut sampai licin. aku nak berkawan dengan nyamuk. aku nak lumba berenang dengan ikan emas. aku nak makan telinga kala jengking. aku nak jadi kawan Barney dan kawan-kawan.

hah! ganas kan aku? kalau aku marah, bende ganas-ganas aku bole buat.

sebab??













bilangan selulit kat perot aku bertambah lagi hari ni. babi!!!

25 Januari 2011

mentari merah di ufuk timur - part 1

" wait nana. pliz "

" why are u following me? "

" i nak jumpe u. sekejap je. pliz syg. "

" kan i da ckp, nanti bile da sampai mase i akan citekan kat u. "

" i know that. but i da tak tahan sangat nak jumpe u. i miss u syg. da sebulan i call u but u not answer. i text u tak reply. nape u senyap macam ni? "

" i tau. but pliz bagi i mase. nanti i'll explain everything to u. i promise. "

" tapi bile? kot ye pon, bile i text or call, at least reply la. ni tak. teros senyap. naik gile i tau tak?? "

" nanti u tetap akan tau jugak. bile da sampai mase. but for now, i'm not in da mood. i penat baru balik keje. serabut kat tempat keje lagi. serabut pasal bende ni lagi. nanti i bagitau u ok. sabar ye syg. pliz i tak nak gaduh pasal bende ni. "

Farid tetap tak berpuas hati. lantas dia menarik tangan Nana dan cuba memujuknya lagi. " pliz jangan buat i macam ni. "

Nana memandang tepat ke arah mata Farid yang redup itu. terasa ada seribu penyesalan di hati nya. dia tau dia tak sepatutnya buat begitu pada kekasihnya itu.

jari jemari Farid mengusap lembut rambut Nana. kelihatan garis hitam di bawah mata Nana dan kesan sembab pada wajah nya. dia tau yang Nana tak cukup tidur. memang menjadi kebiasaan jika Nana mengalami masalah, dia tak akan tidur dan sentiasa berfikir untuk menyelesaikan nya.

Farid juga sedar yang dia tak dapat memaksa Nana menceritakan apa yang telah berlaku pada diri nya. mungkin itu adalah masalah peribadi yang tak ingin di ketahui orang. sebelum ini juga sama. paling lama pun dua minggu Nana tidak menjawab call dari Farid. mase tu Farid da seperti orang gile. tapi ini lagi gila. da sebulan!

Farid menarik nafas nya dalam-dalam. " i tau u sorang yang independent. u suke selesaikan probs u sendiri. tak suke orang lain tolong. "

Nana hanya mengangguk.diam seribu bahasa. sekali sekala kedengaran Nana mengeluh panjang.

Farid akur. dia tau sikap Nana. perkenalan antara mereka selama setahun cukup untuk Farid mendalami perwatakan Nana. dan itulah yang dia suka terhadap kekasih nya itu. seorang yang independent dan tak perlu bergantung pada orang lain untuk menyelesaikan masalah.

Nana sebagai anak sulung dalam 7 beradik memang telah dididik oleh ayah nya untuk menjadi seorang pemimpin. supaya dia dapat membantu adik-adiknya dalam apa jua sekalipun.

Nana bukan seperti gadis-gadis lain yang pernah Farid kenal sebelum ni. sampaikan kene gigit dengan semut pun nak menangis. nak beli gula pun di suruhnya Farid. walau pun jarak kedai tu selangkah dua. alasan tak nak kena panas. nanti kulit melecur. mengada-ngada!! bentak Farid sendirian.

" b, i nak balik dulu. i penat laa. " rayuan Nana dengan suara nya yang lembut itu mematikan lamunan Farid.

" ok ok. balik kang u mandi, rehat n jangan pikir pape lagi ok. i nak u tido malam ni. nanti u sakit, i jugak yang susah hati. "

" ok syg "

" and one more thing, walau pape pun, walau ape situation pun, i akan tetap ade di sisi u. sentiase akan sokong u. u ingat tu ok. " lantas Farid mengucup dahi Nana dengan penuh lembut dan kasih sayang.

" ok tanx syg. nanti u drive carefully balik umah tau. bye! " sambil melambaikan tangan pada Farid yang ingin berlalu pergi menaiki Honda Civic nya itu.

selepas kereta Farid hilang ditelan bayang malam, mata Nana berkaca. dia begitu terharu dengan kasih sayang yang Farid berikan padanya. hampir saja Nana menangis di situ memikirkan Farid. dia tau, betapa berdosanya dia pada Farid.

" maafkan aku sayang. aku tak sanggup nak bagitau kau. " ucap Nana dengan suara yang tersekat-sekat dan menahan genangan air di matanya.


-bersambung-

24 Januari 2011

sejenak di cafeteria

tiba-tiba aku didatangi oleh seorang jejaka berkulit pan-asian lalu bertanya pada ku,

1. kenapa kau buat blog nih?

saje suka-suka. saje nak abeskan mase lapang aku. ehh pesal kau tibe-tibe tanye nih?

2. saje je nak tau. tak boleh ke? ape bende yang kau selalu post kat blog nih ek?

tak kesah. tanye je la. errmm macam-macam la. dari kisah hidup aku, impian dan juge angan-angan termasuk isu-isu semasa yang dibahaskan kat parlimen. hahaha. sebab kalu aku tak tulis, nanti aku mesti lupe nyerr

3. ok, aku da bace blog kau ni. tapi nape aku tgk cam tak menarik je. dah la satu post panjang2, pastu takde gamba ke, bling-bling ke ape ke. widget yang comel-comel ke? even surat kaba pon ade gamba la siall. pebende ko nih??

lain orang lain cara bai. aku bukan nye tak nak letak gamba. tapi aku rase bende tu tak perlu dengan isu yang aku ceritakan. lagi pon, bling-bling? ape tu? err widget yang comel? kau rase aku ni comel ke? kalau aku letak widget yang comel-comel, kau rase ade berape ramai penduduk bumi ni yang nak siku tengkok aku? tu tak termasuk dengan cacian dan ludahan kahak hijau dari dorang lagi. huh!!

4. ok ok.. kau jangan la nak emo sgt. aku simbah dengan cuka getah kang. aku admit entri-entri kau ni mmg ade isi dan pengajaran.. tapi kan, kau tak rase bende tu terlalu serius ke? kau kate dulu nak buat entri yang merepek dan tak berat sangat.

ermm ok aku cool down jap. kang jadi remy ishak muke aku kang. hensem ke remy ishak?? ok la mmg dulu aku ade cakap macam tu. aku nak buat entri yang merepek tapi dalam masa yang sama, aku akan cube selitkan moral ngan pengajaran kat dalam cerita tu. kire nye macam double meaning gak la. cume lately aku agak tak berape nak betol tahap mental aku ni. jadi aku teros ke kesimpulan dan tahap merepek aku makin lupus. aku akan cube buat entri yang lagi kebaboomm lepas ni.

5. nama blog kau ni, kenapa "kekeliruan maya"?? nape tak letak name yang hot-hot sikit. macam "julianaevan indahouse" ke, "akubudak-kl-" ke, "coolnhotismymiddlename" ke, ape ke. satu lagi, header kau tuh pesal camtu?

ehh kau ni banyak tanye plak. penampor nak?? ok laa aku citekan sikit-sikit pasal bende tuh. kekeliruan maya adalah tentang kisah-kisah atau isu-isu yang aku keliru akan kebenaran dan soal kewujudannya termasuk kenapa, mengapa, bagaimana, sebab, motif dan jawapan dari perspektif aku sendiri dan aku abadikan di ruang maya ini. header tu pulak, sebelah hujan, sebelah matahari. macam perkara yang berlawanan macam siang dan malam, baik dan jahat, terang dan gelap, yin dan yang.

6. wow! agak iluminati dan al-arqam jugak maksudnye tuh. tapi kan, blog kau nih tak berape nak femes sangat pon kalau nak di bandingkan dengan blog orang lain yang da beribu followers tuh.

perghh tacing gile bai kau tanye macam tuh. ok soalan kau nih aku nak jawab dengan nada yang serius dan muka yang yang garang. *tarik nafas dalam-dalam*. ade pelbagai cara untuk menambahkan followers. melalui pemerhatian aku, one of the most effective way ialah sistem barter, if u know what i mean. kata-kata yang pernah di sebut oleh kawan ku "setiap saat yang pembaca luangkan untuk membaca tulisan ku adalah hutang bagiku. jadi aku perlu melangsaikan hutang itu dengan membaca tulisan mereka jika tidak mahu dituntut di akhirat". aku ni bukan nye banyak mase terluang. so, aku tak pasti aku boleh pergi ke semua blog yang pernah melawat ku dan membaca hasil tulisan dorang. jadi cukup lah sikit-sikit je. lagi pon, followers yang beribu tu, belom tentu akan membaca dan menghargai setiap tulisan di dalam blog kau kan?

7. ermm betol jugak tuh. abes tuh kau tak nak guna nuffnang? aku dengar cite nuffnang tuh bole buat kau jadi kaya. berjuta income. followers kau pon bole jadi ramai.

maaf aku tak berminat. bukan nye aku tak nak duit. betol ni bai. tapi kalau kau ade nuffnang yang ade ads sume tu, kau akan jadi terlalu taksub untuk meramaikan followers. macam MLM pulak aku rase. mungkin salah pendapat aku. tapi itu yang aku rase. aku nak orang baca penulisan aku. jadi followers kerana penulisan aku. bukan untuk menambah followers sendiri dan main click2 untuk jadi kaye.

8. ok ok soalan last laa. kau rase aku nih hensem tak??

errr hensem kot. nape kau tanye camtuh? kau ni sape sebenarnye??

9. eh kau tak kenal aku? aku la awal ashaari dari Fuhh!

err..................................


selepas habis berbual, dia pon berlalu pergi meninggalkan aku yang terpinga-pinga. dia yang memakai selipar di kaki kiri dan kasut di kanan, dengan rambut yang serabai dan seluar yang da koyak kat bontot, sambil menyanyikan lagu master of puppet dari metallica, menghayun-hayunkan tangan yang memegang berus jamban dengan gaya darth vader. oh riang nye hati dia.

lalu aku bertanya dalam hati, betul ke dia tu awal ashaari? argghh aku keliru!!!

23 Januari 2011

entri ruang maya - part 8

cerita ni sebenarnye takde la lama sangat. cuma aku je yang baru nak menulis pasal bende ni. ni pasal drama sakti delima yang telah dihentikan sementara oleh pihak government. pengarah nya sheila rusly.

cerita ni pasal seutas kalung yang ada kuasa hikmat. hikmat tu bermaksud sesuatu yang ade power atau kuasa luar biasa atau something yang spiritual laa. cuma aku tak tau pulak kalau kalung tu bole buat orang bertukar jadi gaban atau ot-romen.

tu je yang aku tau pasal drama ni. sebenarnye aku pon tak tengok lagi cerita ni. bukan sebab die baru ditayangkan 4 episod. tapi sebab umah aku sekarang takde tv. bukan setakat takde tv, astro pon da kene potong. tv kat umah aku tu da dirembat dengan perasaan kasih sayang oleh budak umah aku yang baru je pindah. terima kasih yee encik kassim baba.

jadi internet lah punca dan sumber ilmiyah aku yang tak berape nak bergune sangat. walaupon internet ni baru di aktifkan balik tak sampai seminggu. ok, sambung balik cerita. tadi aku pegi umah membe aku sebab tak tertahan sangat nak tengok buletin utama tv3 (sila percaya).

dan aku perasan akan sesuatu yang bangang berlaku.

1. sakti delima tu difahamkan meniru serba sedikit cerita panca delima lakonan tan sri jins samsudin yang mana banyak kali ditayangkan di tv3.

2. apa sebab yang munasabah dan logik akal untuk hentikan cerita sakti delima?

3. sakti delima tu adalah produk malaysia dan di bikin oleh anak melayu dan kebanyakan pelakon adalah bertudung dan menutup aurat.

4. aku ingatkan, lepas kes sakti delima ni, takkan ada lagi cerita2 yang berunsurkan syirik dan tahyul.

5. rupanya, banyak lagi cerita2 indon yang lagi bangsat tahap ketahyulan nya ditayangkan kat tv. yang kebanyakan nya pakai gaun dan skirt pendek yang seksi.

6. sebelum sakti delima ni keluar tv, banyak cerita indon yang lagi bangsat tahap ketahyulan nya ditayangkan kat tv.

7. cerita2 indon yang lagi bangsat tahap ketahyulannya ini ditayangkan berulang2 kali tanpa mengira siang dan malam.

8. cerita2 indon yang lagi bangsat tahap ketahyulan nya ini ditayangkan waktu kanak2 tengok tv iaitu antara pukul 2pm - 12am.

9. tak kah cerita2 indon ( aku malas nak tulis "lagi bangsat tahap ketahyulan nya") ini akan lebih merosakkan pemikiran golongan kanak2 yang kurang matang dan belum mimpi basah.

10. malaysia double standard dengan rakyat sendiri?

11. orang2 malaysia di anak-tiri kan oleh negara sendiri?

12. perlu ke letak cerita2 indon banyak2 kat tv?

13. perlu ke letak lagu2 indon banyak2 kat radio?

14. indon buat ke apa yang malaysia buat? dorang tayangkan cerita malaysia kat negara dorang? letak lagu2 malaysia kat radio dorang? kalau ade pon, dorang alih bahasa ke bahasa indon. malaysia ade alih bahasa? contoh, laila isabela yang nasha aziz ngan rosyam nor berlakon tu, ada alih bahasa indon laa syyiaalll.

15. adakah anak2 lembaga penapisan tu suke cerita indon. maka bapak2 beliau yang bijak pandai ni pon meluluskan cerita indon kat malaysia atas dasar "anak aku suka tengok cerita indon"

16. atau mereka tengah mabok bercinta dengan amah indon dan berusaha untuk mempelajari bahasa indon?

17. atau mereka memang dari keturunan indon yang sangat membanggakan indon?

18. atau mereka ni memang indon yang mana nama mereka sebenarnye ialah bambang pamungkas atau dewi persik?


aku semakin tak paham dan semakin keliru.

18 Januari 2011

puisi buruk - part 3

kepada seseorang
tolonglah bertolak ansur
tolonglah menjadi matang
tolonglah pandai berfikir

kepada seseorang
jangan terlalu degil
jangan terlalu ego
jangan terlalu lalai

kepada seseorang
itu semua hanya duniawi
itu semua hanya sementara
itu semua hanya palsu

kepada seseorang
kau akan menjadi seorang pencinta
kau akan menjadi seorang isteri
kau akan menjadi seorang ibu

kepada seseorang
matanglah dalam berfikir
matanglah dalam tingkah laku
matanglah dalam perbuatan

kepada seseorang
jagalah maruah mu
jagalah maruah kekasihmu
jagalah maruah keluargamu

kepada seseorang
kasihanilah dirimu
kasihanilah kekasihmu
kasihanilah keluargamu

kepada seseorang
dengarlah nasihat ini
dengarlah kata-kata ini
dengarlah rayuan ini

kepada seseorang
kelak kau akan menyesal
kelak kau akan terjatuh
kelak kau akan menanggung rindu

kepada seseorang
berubahlah sekarang
berubahlah ketika masih sempat
berubahlah sebelum semuanya terlambat

dari seorang sahabat yang ingin melihat kau bahagia sehingga ke akhir hayat.


baca juga :


16 Januari 2011

entri ruang maya - part 7

tahun ini tahun 2011. kita sudah mencapai pelbagai kemajuan dalam pelbagai bidang. manusia sudah semakin moden dengan gaya hidup yang tersendiri.

kita mesti bergerak seiring dengan kemajuan yang pantas ini. jika lambat, kita akan ketinggalan. jika laju, kita akan maju. kita mesti berusaha untuk bersaing. jika tidak bersaing, kita akan tergolong dalam kategori orang yang ketinggalan. dan tanpa persaingan juga, kita tidak akan maju hatta selangkah pun.

sama juga di dalam percintaan atau perkahwinan. jika kau lambat, kau akan melepas. jadi kau kena cepat bertindak. siapa cepat, dia dapat. dalam zaman sekarang, persaingan adalah sangat hebat. dan ramai yang akan bersaing dengan kau. untuk merebut orang yang kau cintai.

sekarang bukan zaman tv hitam putih lagi. pada masa itu, persaingan mungkin agak kurang. dan soal jodoh itu ditentukan oleh ibubapa. yang mana kau dengan selamba pergi meminang gadis yang belum pernah kau bertemu, dan jika ibubapa dia setuju, pernikahan boleh dilangsungkan.

sekarang zaman sudah berubah. perkahwinan bukan lagi ditentukan oleh ibubapa. ibubapa hanya merestui saja. soal jodoh, pandai-pandai kau la. jika kau pergi meminang anak gadis tetapi belum pernah bertemu dengan beliau, mungkin kat muka kau akan dihadiahkan cop bata atau asadi. nak lagi up, jenama lacoste beserta cop sirim kat dahi.

lebih merumitkan, kau kena bersedia untuk menghadapi kenyataan yang gadis zaman sekarang mungkin tidak relevan untuk kita gelar sebagai gadis. dan lelaki zaman sekarang juga bukan lagi di gelar teruna. aku tidak katakan semua. tetapi aku menyatakan dengan pandangan yang menyeluruh. harap kau semua faham.

yang paling penting, kau perlu membuat persediaan yang secukup nya. kau perlu ada duit, kerjaya, kereta, harta, dan lain-lain. tanpa itu semua, dan di zaman sekarang, mustahil kau akan dapat memberi kebahagiaan pada seseorang. anda tak percaya? cuba lihat di sekeliling anda.

aku menulis entri ini selepas tengok cerita 'ketika cinta bertasbih'. dan di dalam cerita itu, beliau banyak kali tidak jadi kahwin kerana lambat bertindak. dan seperti yang aku katakan, zaman sekarang ni siapa cepat dia dapat.

kesimpulan nya, kalau jodoh itu, memang tak kan ke mana. ikut mana pun, kau pusing ke mana pun, kalau da jodoh, tetap akan dapat jugak.

14 Januari 2011

entri ruang maya - part 6

yoosshhaa~~!!

da lama aku tak menulis untuk ruangan entri ruang maya ini. bukan aku tak nak menulis. tetapi agak ketandusan idea dan tiada bahan menarik untuk di ketengah kan.

cerita ini aku masuk kan di bawah tajuk entri ruang maya adalah kerana aku tengok benda ni pon kat youtube. youtube juga adalah salah satu penghubung dalam ruang maya juga kan. dan aku dapat tau pon adalah daripada posting orang kat dalam facebook.

baiklah. kisah ini adalah berkenaan dengan pertandingan raja lawak musim ke 5 yang baru je start. aku tidak berminat dengan raja lawak sekarang. hanya raja lawak 2 iaitu zaman2 nabil je yang berjaya menambat hati aku dan memaksa aku lepak kat umah pukul 9 tiap2 ari jumaat. tapi itu dulu.

sekarang punya lawak memang bole tahan. memang ok. cuma aku tak suka dengan bahan2 lawak yang mereka gunakan iaitu kematian. padahal banyak lagi bahan yang bole dijadikan sumber untuk berlawak selain kematian. yang sedih nya, mereka berlawak dengan menggunakan contoh mak mereka sendiri. seperti " eh, semalam mak aku mati. aku lupa yang mak aku mati ".

lantas aku terkesima. terkedu dan terkunci segala kata-kata. alangkah kurang ajar lawak kau itu. kenapa kau boleh berlawak dalam soal kematian. mak sendiri pulak tu. aku tak tahu samada mak kau masih hidup atau tidak. tapi kalau mak kau masih hidup, apa yang dia rasa jika anak sendiri berlawak tentang soal kematian beliau? sedih bukan.

ironi nya, penonton yang ada di situ pon bole ketawa sekali seolah-olah kematian itu sesuatu yang lucu. aku hairan. bayangkan jika ibubapa tengok raja lawak ni bersama dengan anak-anak mereka. dan anak mereka akan ketawa jika soal kematian ibubapa dijadikan bahan lawak. apa perasaan kau jika kau di tempat ibubapa itu?

aku tahu itu hanya semata-mata tujuan berlawak. tetapi, sedarkah kau yang kita sebagai orang islam dan orang melayu, sangat sensitif tentang perkara ini?

sebab itu aku katakan, yang aku tidak berminat dengan raja lawak sekarang. dan seingat aku, nabil tidak pernah berlawak tentang kematian. kumpulan sepah pulak banyak berlawak dengan double meaning yang lucah. itu juga tidak digemari oleh golongan ibu bapa. kalau ibubapa anda bersikap america, itu lain cerita.

kalau lawak untuk mengutuk orang, aku tak kesah sangat. aku pon bukan nya baik sangat pon. mengutuk orang tu standard la. tapi kena agak-agak la kan. jangan sampai menjatuhkan maruah sudah la.

sekian.

baca juga :


11 Januari 2011

selamat tahun 2011

hari ini sudah 11/1/11. memang aku sengaja memilih tarikh ini untuk update blog. eh bukan, percayalah. aku tidak menipu. lama juga aku tak menulis. aku hanya menunggu masa yang paling sesuai dan tarikh yang cantik untuk di framekan kat dalam blog ini. sekali lagi, tolong lah percaya. ia bukan kerana aku malas.

ok terlupa aku nak beritahu korang yang streamyx di rumah ku sudah kembali aktif dengan jaya nya. terima kasih kepada ptptn. ptuuiiiihhh!

rasa nya tak terlambat untuk aku mengucapkan happy new year pada korang. kalau aku wish new year masa bulan 6, mungkin korang akan meludah skrin monitor masing2.

pukul 7 pagi. apa yang aku buat pagi2 buta ni? damn!! aku tak boleh tido. tak tau kenapa. jadi aku mengambil keputusan untuk merajinkan jari ini menekan keyboard dan maka terhasillah entri ini.

kalau tak tido, badan tak dapat rehat dengan secukupnya. perut pon jadi semakin lapar. bile perot lapar, kena makan. bila asek makan je, perot jadi besar. lalu impian ku untuk diet semakin pudar.

tapi, lantak lah. esok2 la diet. aku lapar sekarang. nak pegi makan.

sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...