19 Ogos 2010

entri ruang maya - part 5

salam bulan ramadhan kepada semua. bulan ramadhan adalah bulan yang mulia. semua umat islam wajib berpuasa pada bulan ini. dan jika di malaysia, umat islam merujuk kepada melayu dan sebilangan bumiputera. pendek kata, semua bangsa melayu adalah beragama islam.

tadi aku baca paper, seorang profesor dari upm da mencipta satu software untuk mengenali hati budi seorang melayu berdasarkan soal jawab yang diberi. software tu nama dia ialah HB Melayu (Hang Betul Melayu?). pastu pulak siap ada markah. kalau markah kau tinggi, kau betol2 melayu la. kalau markah kau rendah, kau kena check balik salasilah keturunan kau.

persoalan kau ni betol2 melayu ke tidak, adalah sangatttttt subjektif. kau tak boleh cakap orang lain tak melayu. dan kau tak bole cakap kau tu betol2 orang melayu. sekarang pon ada je orang cina pakai baju melayu. ada je orang melayu pakai sari. orang india pakai cheong sam. kita kan 1Malaysia. (heh??)

lagi pon, kalau nak jawab soalan pasal ilmu, nilai, didikan, dan agama, aku rasa semua orang bole jawab. mungkin semua orang bole dapat markah tinggi. tapi kau buat ke? contoh nya nilai murni seperti hormati kedua ibubapa kita. semua orang tau kita kena hormat orang tua. tapi kau buat ke? kalau kita naik bas/lrt, ada makcik mengandung atau orang tua yang berdiri, dalam nilai murni, kita kena kasi tempat duduk pada mereka. tapi dalam realiti, kau buat ke?

seperti yang aku cakap kan tadi. semua orang melayu adalah beragama islam. tapi di zaman sekarang ni, ramai yang hanya melayu pada nama je. yang islam pada nama je.

dan yang paling baru aku dapat tau, ada la sorang budak ni kan. dia hina orang yang berpuasa. yang bodoh nya, dia buat statement tu kat dalam facebook.

bagi aku, budak2 macam ni semuanya nak kan perhatian. mungkin kekurangan kasih sayang dari ahli keluarga. kesian budak ni. sebelom ni pon ade jugak yang macam ni. yang pasal kes dia kutuk arwah din beramboi tu. tu pon pakai facebook jugak. semuanya semata2 nak kan perhatian. tapi bila orang cari dia, dia delete pulak facebook tu. dia delete blog tu.

entah la. aku pon tak paham apa nak jadi dengan budak2 zaman sekarang ni.

inilah penangan zaman teknologi yang serba maju dan canggih ini.

5 ulasan:

Enn Ess berkata...

saya datang bukan nak hasad engki. haha. nak komen komen jep.

hah, sangat tak setuju dengan software yang boleh menentukan siapa kita? aduh! siapa dia? software tu pun manusia yang buat. mestilah ada error. lepastu kita mesti nak percaya ape yang software tu cakap? haiyoo. pelik pelik lah manusia skang nih. yang boleh menilai kita hanya yang ESA tu bukan software. *sigh

Fit berkata...

itulah akibat nya kalo manusia da bergantung sgt kt teknologi ni..bunyik mcm ketinggalan zaman kan? hahaha tapi itulah hakikat nya~

mrberett berkata...

bila manusia mula hilang pegangan...macam tu la jadinyer

Afzainizam berkata...

Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..
♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•' ´¯)♥
♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸**¸.•'´¯)¸.•'´ ¯)♥♥
----==--Ramadan Mubarak---==----
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥♥♥*`'•.¸_)`'• .¸_)
♥(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•. ¸_)♥
Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

adoiiii zaman dah berubah sejauh mana pun kita tetap kejar jangan ketinggalan sangat lah... yup penangan face book membuatkan aku lalai kejap... teknologi ni gunanya membantu kita... tapi jangan disalah gunakan ye.... tapi aku selalu salah gunakan gak tak nafikan salah aku jugakkkk

Fit berkata...

haha skang kan dunia da maju..surat kabo pon makin kecik..hidup di dunia tanpa sempadan ni suatu cabaran buat kita..pandai2 la kita membataskan sempadan tu..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...