12 Ogos 2010

selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak


bulan ramadhan adalah bulan yang mulia. ia adalah bulan untuk seluruh umat islam wajib berpuasa. pada bulan ini juga segala amalan dan pahala akan diperolehi berganda2. semua orang berebut2 untuk melakukan ibadah mengikut apa yang termampu oleh seseorang individu itu.

semua setan dan iblis lahanat sudah di kurung dan di rantai. tanda bahawa yang tinggal untuk ramadhan ini adalah keberkatan dan kemuliaan dalam menjalani ibadah.

tapi kita sebagai manusia, memang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dan dosa. kerana walau sekecil mana pon, tetap ada seketul daging yang berwarna hitam dalam diri kita. itulah lambang kepada sifat manusia. walau pon ketiadaan setan dan iblis untuk memujuk kita melakukan dosa, kita tetap tidak boleh mengekang sifat natural di dalam diri kita tidak kira walau sekecil mana sekalipon.

lumrah alam. benda yang di suruh buat memang susah untuk kita lakukan. dan keinginan untuk melakukan sesuatu yang di larang memang kuat.

tapi agak2 la kan......

bulan ramadhan yang lepas, aku pegi lepak kat bukit ampang. konon nya nak tengok view yang indah di waktu malam. tapi bila da sampai kat sana, view yang cantik itu dah seperti melihat timbunan sampah sarap. di satu sudut betul2 di depan pandangan orang ramai, ada 2 orang mamat agak2 baya aku dan berbangsa melayu dengan tidak mempunyai perasaan malu dan segan, meneguk beer berjenama Guinness Stout dengan muka tanpa perasaan bersalah dan rilex je. seperti sudah terlalu biasa meneguk arak di khalayak ramai. seperti meneguk teh o ais di mamak.

agak2 la kan. kalau ye pon nak buat jahat, cube2 la try hormat sikit kat bulan ramadhan ni. setan da kene lokap. atau kau yang setan sebenar nya? haih~

dan dengan kesempatan ini, aku nak mengucapkan selamat berpuasa pada seluruh umat islam dan selamat menjalani ibadah di dalam bulan ramadhan al-mubarak ini.

sekian.

4 ulasan:

Afzainizam berkata...

♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•' ´¯)♥
♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸**¸.•'´¯)¸.•'´ ¯)♥♥
----==--Ramadan Mubarak---==----
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥♥♥*`'•.¸_)`'• .¸_)
♥(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•. ¸_)♥
Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.
Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..

eeemmm ramadan kareem penuh rahmat penuh barakah... bulan seribu bulan... turunnya keberkatan... Moga Allah sempurnakan ibadah ku ini

yang pasti aku suka lagu blog ko ni... best gilerrrrr

Fit berkata...

hehe kalo best donlod la dgr ari2 hehe...maaf juga dipinta sbb agak lama juga tidak menziarah ke blog anda =)

Afzainizam berkata...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°
رمضان مبار… رمضان كريم… رمضان مبار…
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°

Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.
tak apa bro... aku juga minta maaf jarang sangat ziarah ko... al maklum agak sibuk sangat lahhh

Fit berkata...

haha biasa lah tu..membanting tulang mencari rezeki..nak2 lagi bulan pose ni kan..makin besar dugaan nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...