30 Ogos 2010

selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53


sekarang da pukul 10. lagi dua jam untuk kita menyambut kemerdekaan yang ke 53. tahniah malaysia.

aku sebenar nya benci untuk menulis pasal kemerdekaan ini. bukan kerana aku seorang rakyat yang tidak patrioik. tapi kerana aku bosan. aku bosan dengan pelbagai masalah yang melanda negara malaysia. aku bukan seorang negarawan. juga bukan seorang ahli sejarah. tapi aku tahu sedikit sebanyak tentang apa yang terjadi di malaysia dan peristiwa2 yang berlaku sejak malaysia ditubuhkan sehingga sekarang tahun 2010.

baiklah. tutup tentang sejarah. aku lebih suka cakap tentang sekarang.

indonesia.

seperti mana yang semua da tahu. minggu lepas, rakyat indonesia bakar, meludah, membaling tahi kat bendera malaysia. ia adalah satu tindakan provokasi yang sangat menghina kedaulatan malaysia dan mencabar serta mengugut untuk menghalau rakyat malaysia yang berada di sana.

wah! ni da melampau da ni. agak2 la weyh. orang kau kat malaysia ni lagi ramai kot. 2 juta org. da la datang sini cara haram. pastu merompak, menyamun, rogol, dll. pastu buat perangai macam kat tempat sendiri. tolak tepi la kalo ada yang baik2 tu. tapi mesti la ada yang dark side punye. yang buat taik kat sini tu yang dark side tak sedar diri la tu.

pastu 2,3 ari lepas, 2 orang rakyat malaysia kene tangkap sebab bakar bendera indonesia. mungkin mereka tak dapat menahan marah. ye la kan. time ni la nak rasa jadi orang patriotik. tapi.......kene tangkap. errr, jika nak pikir secara rasional, memang kita sebagai rakyat malaysia sangat bertamadun. jadi kita jangan merendahkan martabat kita untuk buat perkara yang sama seperti apa yang dorang buat kat kita.

ermm. jadi persetankan dengan apa yang dorang nak buat. diam tak semestinya kalah. dorang menyalak tak semestinya kuat.

perkauman.

ni lagi aku benci nak cerita. masalah ni tak sudah2 dari dulu lagi. sampai aku pon naik bosan. tapi aku tetap nak cerita jugak. sebab aku baru jumpa page yang bertajuk "melayu babi" kat fb. dan admin nye aku tak tau sama ada orang cina atau bukan. tapi macam banyak je orang cina yang like kat situ. sila lihat sini

sudah2 la tu. kata 1malaysia. ni tak abes2 gado pasal perkauman. melayu, cina, india, kaum2 lain, semua sama je. buat rilex suda derr. korang betol nak perang ke? nak jadi 13 mei? apa dapat? lepas perang, semua tengah lemah, kejap lagi tetiba indon datang serang. tak pon singapore serang dulu. nak lagi best, amerika pulak datang serang. pastu kene jajah. hah ape yang best pulak kan. time tu, baru padan ngan muka semua orang. dah kene makan ubi kayu balik.

budaya.

ade orang cakap, kita belom merdeka dari segi pemikiran dan budaya. ada betol nye jugak fakta tu. contoh nya, kita orang timur terlalu ikut budaya barat. banyak contoh di depan mata.

sekarang cara cakap pon da lain. kita orang timur, cakap sopan santun budi bahasa gitu. sekarang, cakap pon nak slang melayu campur2 omputih. tak pon cakap melayu ade pelat2 omputih cakap melayu. konon hot la kau terer speaking. kulit coklat perasan duduk kat amerika. pastu, cakap nak masuk fucking2 bagai. konon eminem. blah la wei.

perangai pon da omputih. seks bebas, tonggang arak, clubbing, disco, shuffle, skinhead, hiphop, grunge, indie, beach party, private party, dan macam2 lagi. banyak budaya yang bercampur aduk kat malaysia ni. hah poco2 pon indon cakap kita amek budaya dorang. entah lah. pening kepala aku.

lagi best, merdeka di sambut dengan pelbagai cara. sambil pegang botol arak, jerit merdeka ramai2 lepas countdown. atau, lepas jerit merdeka, pasangan kekasih comolot. atau, jerit merdeka sama2 masa tengah buat seks kat bilik hotel. ye la kan. esok cuti. jadi peluang macam ni sukar nak dilepas kan. apa? bulan ramadhan? dorang kesah ke?


inilah malaysia zaman sekarang.

jadi, di sini aku nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53.

3 ulasan:

iamwhoiam berkata...

apa erti kemerdekaan pada fit pula? kebanyakan kita lahir setelah merdeka, jadi perjuangan tu kita tak tau apa rasanya... bila negara kita dirampas dan diperintah, kita cuma ikut telunjuk mereka...
generasi kita ni pun sebenarnya tak sedar dah dijajah oleh pendatang2 sebab kalau takde orang2 Indon, Nepal, Bangla, Myanmar, ntah apa2 bangsa lagi tu, rasanya ada ke orang2 yang nak "serve" kita? orang malaysia kan memandang rendah pada kerja2 yang pendatang2 ni buat... kitakan bangsa yang "superior"...

Fit berkata...

yess..aku setuju dgn pendapat and..bangsa kita sekarang terlalu ego untuk buat keje2 yg dorang buat..contoh nya cleaner, pakgad, dan buruh..sbb itulah kita kene start dari akar umbi..muhasabah diri dan betulkan mentaliti org kita skrg..

ramai yg xsuke akan kehadiran dorg kt sini..tapi mereka sedar jika tanpa dorg2 ni, sape nk keje jd cleaner? jd buruh? tapi persoalan skrg, mereka2 yg buat taik kt sini..yg msk malaysia semata2 untuk jd perompak dan perogol..

aku pon br dpt tau, ade membe kepada membe aku ada kwn dia kene rogol ramai2 ngan org myanmar kt bangi..hah ape cite tu? dorg dtg sini buat taik..

bagi aku, aku cuma pandang merdeka ni dari sudut aku seorang rakyat malaysia dan ini adalah hari merdeka..dan aku sedar kita semakin di jajah..bukan melalui perang, tapi dengan ekonomi dan diplomatik serta pemikiran kita beransur2 dijajah tanpa kita sedari..

tapi nak buat camne..aku hanya ibarat seekor serangga di tengah2 badai yang membuas..

Enn Ess berkata...

atas nama je merdeka. hakikatnyaa.. hurm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...