12 Disember 2011

sikap bodoh semakin menular - part 1


apabila bercakap tentang orang yang bodoh, kau semua mesti terbayangkan seorang yang tak tahu mengeja, membaca, mengira, dan mungkin tidak tahu bagaimana untuk berjalan dengan menggunakan kaki sendiri walaupun dianugerahkan sepasang kaki yang normal.

jadi bagaimana pula dengan situasi yang begini :

ahmad(bukan nama sebenar) sedang berak di dalam jamban. selepas berak, baru dia perasan tandas tu tiada air apatah lagi kertas tisu. jadi beliau terpaksa pakai seluar dengan keadaan tidak cebok walaupun dia baru cirit sebab makan mangga banyak sangat pada malam sebelum nya.

esok nya, akibat makan dadih yang terbiar selama seminggu kerana sikap pelahap nya, beliau tercirit sekali lagi. ironi nya, beliau masuk ke dalam tandas yang sama dan tanpa periksa terlebih dahulu. jadi sekali lagi beliau terpaksa keluar tanpa cebok kerana air masih tiada.

manusia buat kesilapan dan kesalahan ialah perkara yang normal. mana ada manusia yang sempurna. tapi manusia yang tidak belajar dari kesilapan dan masih buat kesilapan yang sama berulang kali adalah manusia bodoh.

lebih teruk bila dah buat kesilapan, masih tak nak mengaku dan tak nak terima nasihat dan tak mahu memperbetulkan kesilapan itu. itu bodoh sombong. serupa ungka tahu?

terus terang cakap aku bukan lah penyabar orang nya. dalam hal kerja aku boleh bersikap profesional. tapi jika kau terus-terusan menguji kesabaran aku, mungkin kau akan menyesal. oh bukan aku seorang. dah ramai yang tak tahan dengan sikap bodoh sombong kau ni.

terus terang cakap, kalau kau jantan, memang dah makan carutan aku berbakul-bakul. nasib baik kau tu pompuan. haihhh mungkin aku ni terlalu berlembut dengan pompuan kot. ishh~!!

25 November 2011

life fun facts #5

walau segagah mana pun kau
walau sekuat mana pun kau
walau segangster mana pun kau
walau sekebal mana pun kau
walau sekaya mana pun kau
walau se-hero mana pun kau
walau seangkuh mana pun kau

apabila tiba saat kematian kau
nama ibu juga yang kau panggil
nama ibu juga yang kau ingati


*** kita hanya akan menghargai sesuatu apabila ia telah tiada ***


22 November 2011

peluh dingin di bibir

hujan lebat tak berhenti sekitar pukul 10 malam begitu membuatkan tubuh ku sejuk dengan kedinginan malam. aku masih di sini. di ofis yang 'tercinta' ini. hanya menunggu hujan berhenti. tanpa daya. tanpa jemu.

oh maaf. ter emosi pulak hujan-hujan ni. aku baru je selesai menyiapkan tugasan yang diberikan. tugasan aku ni memang tak kira masa. tak kiralah berpanas berhujan, mesti kena pada deadline jugak. biasalah kerja macai macam aku ni memang tak boleh nak berkira sangat. bos dah suruh terpaksalah buat. yang best nye, bos aku pon skali berpanas berhujan. padan muka beliau.

arghh!! aku nak tulis banyak lagi. tapi aku dah sangat lapar sekarang ni. aku terpaksa menulis lain kali. bila ada masa yang terluang. aku terlampau sibuk untuk menulis di blog ini setiap hari. maaf di pinta.

akhit kata, hujan pon da berhenti. perut pon da lapar. aku nak balik dulu.

chow~!!

15 November 2011

usus berbelit menandakan buasir


aku bukak cerita aku hari ni dengan ucapan bismillahirrahmanirrahim.

pasti kau semua tertanya-tanya mana perginya cerita-cerita hot pasal sikap dan sifat manusia yang selalu aku ceritakan di dalam entri yang lepas-lepas. kenapa sekarang aku dah jarang nak menulis. sekarang semua entri pendek je. ada pulak just letak gambar je.

jangan bimbang. aku bukan malas. walaupun kau boleh nampak di ruangan 'hasil peluh di jari' kat sebelah kiri tu purata entri dalam satu bulan ada lebih kurang 3 entri je. tapi sebenarnya aku bukan malas. hahaha

aku sekarang bizi dengan kerja. ok semua orang bizi dengan kerja. boleh je nak update entri kan. ye la aku tau. kiranya sekarang ni masalah aku adalah internet. di rumah sewa takde internet. di opis pun takde internet. jadi aku kekurangan masa dan kemampuan untuk mengupdate entri baru.

ni aku update entri pun sebab aku stay lambat sikit kat opis dan meminjam komputer opismate yang dah balik rumah ke pangkuan bini masing-masing. aku? heh! korang jangan tanya la. aku mana ada bini. kalau aku nak pegi dangdut pun takde sape nak marah. cuma masalah duit je la. hahaha

kau semua jangan bimbang. sebenarnya aku ada banyak cerita dalm kelambu yang nak berkongsi dengan korang. sekarang ni tengah draft lagi. aku kena pikir ayat-ayat yang sesuai untuk menjadi santapan korang. takut nanti ada yang terasa pulak. sebab benda-benda tu ada di sekeliling kita. cuma kita je antara sedar atau tidak.

selain tu, aku jugak nak berkongsi cerita pasal kerja aku, hobi aku, dan ape tah semua lagi tu. sebab bila aku review balik blog aku ni, takde satu pun yang aku ceritakan pasal diri aku. ada orang pernah gak tanya aku. tu blog kau tapi takde cerita pun pasal kau. ermm aku pun pelik gak. ok lah. lepas ni aku cerita sikit-sikit pasal aku. kau semua jangan termuntah hijau pulak bila baca nanti.

baik lah. sampai sini je entri aku kali ni.

salam.


14 November 2011

life fun facts #4

for many urbanites in countries where there is an entrenhed drinking culture,
no party is complete without alcohol.

== including our country MALAYSIA ==


05 November 2011

eat your own brain

hujan renyai-renyai membasahi bumi. ah! fikiran ku tersentap di kala lamunan. kalau macam ni memang stim bole layan perasaan tambah pula dingin-dingin sayu ni. aku mengambil sebatang rokok lalu di nyalakan pantas. dengan perlahan dan khusyuk aku menghembus asap berkepul-kepul pekat beransur-ansur hilang di tiup angin.

pelbagai peristiwa berlaku dengan pantas di sekeliling aku. banyak benda dan maklumat yang perlu otak aku analisis dan mencari penyelesaian. kehidupan yang memerlukan maklumat yang banyak dan permainan wayang dengan rakan sekerja sangat memenatkan tahu?

itulah asam garam dalam kehidupan. kau takkan boleh lari dengan masalah. apa yang perlu kau buat adalah menyelesaikan masalah. jangan takut untuk berdepan dengan masalah. lambat laun kau akan belajar bagaimana caranya untuk menghadapi semua itu.

in the end of the day, kau akan belajar sesuatu yang kau tak pernah tahu selain kau mencuba dahulu.



selamat hari raya aidil adha untuk semua umat islam di seluruh dunia!!

22 Oktober 2011

07 Oktober 2011

entri suka-suka : p.ramlee membawa pengaruh besar ke dalam budaya sekarang - part 2



tok bomoh, atau nama lain nya ialah tok dukun, tok pawang, tok nujum, dan tok batin. eh bukan. tok batin bukan bomoh. beliau ketua dalam rumah panjang orang asli.

masyarakat kita sudah tidak asing lagi dengan kegiatan bomoh-bomoh ni. sebenarnya aktiviti ini sudah lama berlaku dalam masyarakat kita.

ini yang cuba pramlee ketengahkan. masyarakat kita khususnya melayu sangat gemar meminta tolong dari bomoh. dalam apa jua masalah, mereka lebih utamakan bomoh. konon nya tradisional lebih hebat dari cara moden.


apabila masyarakat kita terlalu bergantung pada bomoh, jadi golongan bomoh ini mula mengambil kesempatan (tak semua ye!!)

beliau tahu tentang penipuan yang berlaku dalam aktiviti perbomohan. dan ini yang beliau cuba sampaikan kepada masyarakat kita.

dan berita terbaru, tok bomoh di tangkap kerana cuba menghilangkan penyakit kanser payudara dengan menghisap puting mangsa.

ape tak best plak jadi bomoh kannnnnnn.

05 Oktober 2011

life fun facts #2

apabila keperluan dan nafsu mengatasi tahap kemampuan kau,

welcome to the real world!!

tiu tiu ten tent tenet teng teng


03 Oktober 2011

life fun facts #1


aku rasa geli dan kelakar bila tengok bebudak sekolah shuffle kat bus stop dan sembang pasal clubbing.

adik, korang boleh masuk ke?

hahahahahahahahaha



30 September 2011

entri suka-suka : p.ramlee membawa pengaruh besar ke dalam budaya sekarang



dulu, budak-budak kecil sering di sajikan dengan cerita-cerita p.ramlee. dan setelah tengok cerita pendekar bujang lapok, gelagat samseng penambang yang menghisap rokok menimbulkan satu fakta kepada budak kecil bahawa " ingin menjadi samseng mesti hisap rokok dan berlagak kuat ".

oleh sebab zaman itu zaman tv hitam putih, jadi ramai yang tidak perasan. baju yang di pakai oleh samseng serupa dengan baju 3 line. mungkin kalau di-kaler-kan cerita ini, adakah baju itu berwarna hijau, kuning, merah? dan agak serupa dengan perangai dan sifat ke-samseng-an budak-budak 3line sekarang. adakah ia kebetulan?

27 September 2011

detik "kegemilangan" KLIUC di mata ibubapa

" keadaan menjadi kecoh dan gamit. kedengaran suara pekikan dan kata-kata cacian keluar dari mulut sekelompok pelawat yang datang berkumpul di situ. "

tahu apakah itu? itu adalah bayangan gambaran bagi keadaan yang berlaku masa majlis konvokesyen yang berlangsung di kolej aku tempoh hari.

di bawah adalah detail bagi keadaan ketika itu. (>_<)v

tempat kejadian : Kuala Lumpur Infrastructure University College
masa kejadian : 9.00 am
tarikh kejadian : 24/9/2011

mula-mula kita nyanyi lagu KLIUC dulu hahaha!!


aku sampai di kolej dalam pukul 7.30. ketika aku sampai di depan dewan MultiPurpose Hall, aku melihat sudah ramai yang berkumpul di situ. di bawah khemah pun sudah penuh. saiz khemah yang aku anggarkan cuma besar sedikit dari khemah untuk jamuan kecil-kecilan meraikan orang berkhatan.

sesampai aku di situ, aku terkejut kerana tiada langsung makanan dan minuman hatta seteguk air sirap untuk dijamukan kepada golongan ibu-bapa yang hadir. ini menimbulkan pelbagai persoalan di kepala. kenapa tidak ibu-bapa dijamukan dengan sedikit sarapan pagi? kenapa pihak lecturer dan ahli senate saja yang dijamu? untuk makluman, pihak lecturer dan ahli senate di jamu di tingkat satu bangunan admin iaitu di tempat yang sukar dilihat bagi orang yang pertama kali datang ke kolej. mengapa begitu?

ah! barulah aku teringat yang sebelum ini, pihak kolej ada menghantar surat jemputan untuk konvo. di dalam surat itu ada tertera yang ibu-bapa dinasihatkan untuk makan dahulu sebelum datang ke majlis itu.

kalau ada ibu-bapa yang tak sempat nak breakfast macam mana? kalau ibu bapa datang dari jauh dan tak sempat nak breakfast semata-mata nak kejar masa sebab dalam time table student kena berkumpul pukul 7.30 am. kate nye laaa kannn.

tapi disebabkan kelewatan pihak management untuk menguruskan hal-hal seperti menyusun kerusi, menyusun pelajar, menyusun kertas dan sebagainya, perjalanan program menjadi sedikit terencat. ibubapa dah beratur lama kat depan pintu dewan tu, baru laa pihak management terhegeh-hegeh nak susun kerusi bagai. mengapa tak prepare benda tu semua awal-awal?



yang lebih menyakitkan hati, ada berpuluh ibubapa tak dapat masuk ke dewan kerana kekurangan tempat dan kerusi. alasan nya dewan sempit dan tiada ruang untuk menempatkan semua yang hadir sehinggakan pihak management terpaksa memberi kerusi dan tempat yang sepatutnya di-reserved-kan untuk lecturer dan student yang konvo kepada ibubapa.

sudah nya, lecturer tidak ada tempat dan tak boleh masuk masa konvo tu. dan perkara paling bangsat ialah ada student tak dapat duduk dalam dewan dan terpaksa beratur diluar dewan sehingga nama dipanggil untuk naik ke pentas.

alasan bodoh yang di beri adalah " Maaf encik. dewan penuh dan tak cukup nak menampung bilangan yang hadir. kami akan cuba buat yang lebih baik tahun depan. "

kepada encik/cik management. meh sini aku nak cakap sikit. kalau majlis konvo kau baru buat sekali dua, boleh laa bagi alasan macam tu. tapi ni dah 9 kali tahu!!!!!

mari aku ajarkan kau matematik mudah. jumlah student sesi pagi (bachelor) = 400, jumlah student sesi petang (diploma) = 300, jumlah ibu bapa sesi pagi = 800, jumlah ibu bapa sesi petang = 600, jumlah lecturer = 50, jumlah senate = 20 (eh, dorang ni duduk atas pentas je).

sesi pagi = 400+800+50 = 1250 , sesi petang = 300+600+50 = 950

aku rasa dewan kliuc tu yang lebih kurang besar macam dewan komuniti Kg. Gajah kat kampung opah aku tu memang tak muat 1250 orang sekali masuk. tu baru kira ibubapa je masuk. belum kira nak masuk pakcikmakcik, adik beradik semua lagi. tu baru sesi pagi. kalau sesi petang macam mane?

encik management, kalau dah tahu jumlah semuanya sampai seribu lebih, kenapa tak buat kat dewan yang lebih besar? kat picc ke, kat hotel ke? kenapa nak tunggu kena maki hamun baru nak kelam-kabut? kalau buat kat dewan yang besar, boleh la buat bachelor diploma sekali jalan. kan senang gitu.

tak ada budget? sorang student kena bayar rm250 untuk konvo ni. rm 250 x 700 = rm 175,000. tak cukup lagi ke? ok, satu semester 18 credit hour, 1 credit hour = rm 350. 18 x rm 350 = rm 6300 + 400 (insurans berak, lab fees jubo, library fees lancau) = rm6700 satu semester. tak cukup lagi ke kau makan duit student? mane pegi duit tu? beli mercedes slk300 untuk president dan bmw x6 untuk canselor kan? kan? kan?

dengan standard dan formaliti yang patut ada dalam sesebuah majlis konvokesyen, perkara seumpama ini tidak harus berlaku. alasan " kami akan cuba lagi tahun depan " sangatlah tidak profesional dan matang.

perkara ini melibatkan imej dan nama baik kolej. seraya ia melibatkan pihak ibubapa yang telah menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran.

bayangkan jika mereka datang dari jauh. contohnya sabah, sarawak, johor, penang kelantan. bila dah sampai kolej, tak dapat masuk pulak sebab dewan dah penuh.


SUCCESSFUL EVENT MY ASS!!!


ini adalah perkara paling memalukan yang tak patut berlaku dalam majlis seformal itu. apa yang aku tahu, untuk majlis konvokesyen, pihak institut pengajian tinggi ada meletakkan syarat dan standard tertentu sebelum melangsungkan majlis. tapi, bila sudah berlaku benda macam ni, aku pun tak tau apa reaksi pihak yang berkenaan. mungkin aku akan panjangkan perkara ini kepada pihak tertentu supaya ia dapat memberi pengajaran kepada kliuc dan kolej-kolej yang lain.

akhir kata, tahniah kepada semua student yang konvo dan good luck and congrats in advance untuk rakan-rakan yang masih gigih berjuang. jangan berputus asa dan aku yakin kamu semua pun boleh konvo juga.


26 September 2011

konvokesyen


24/9/2011.

alhamdulillah segala kesyukuran ku panjatkan pada Yang Maha Esa.

akhirnya selesai sudah proses pembelajaran ku di kolej secara rasminya.

dan secara rasminya, aku pemegang ijazah Bachelor of Civil Engineering (Hons).

terima kasih kepada semua pihak yang membantu aku dalam proses dan perjalanan yang aku lalui sepanjang 4 tahun ini untuk menjadi pemilik kepada sekeping ijazah.

itu termasuklah kedua ibubapa aku, adik-beradik, saudara mara, kawan-kawan, awek-awek, skandal-skandal, dan juga musuh-musuh aku.

kamu semua pemangkin kejayaan aku.

hanya Allah saja yang dapat membalas jasa-jasa kamu semua.

aminn.


16 September 2011

Konsert Fenomena Search 2011



arrghhhhh!!!!!!!!

ini lah berita gembira yang aku tunggu-tunggu.

tak sabar nak tunggu bulan 11 kang. tapi venue tak tau lagi..harap-harap area kl je.

nanti aku akan update lagi kalo ade keluar latest news.

******************************************************************

ok ni aku baru update.

para peminat setia Search area kl, jom datang beramai-ramai kita kasi gegar!!!

******************************************************************

latest update,

pulau pinang RM59, johor bahru RM59, kuala lumpur RM69.

aku pun tak paham kenapa kat kl mahal rm10. sewa tempat mahal kot.

03 September 2011

fight for your right


selamat hari raya yang ke-5 untuk semua. harap semua dapat beraya dengan hati yang suci dan bahagia di samping mengumpul duit raya. mana yang dah tua bangka tu jangan nak buat muka sweet-sweet konon nak dapat duit raya ye. sedar diri sikit umur tu da makin menganjak senja.

baiklah. entri kali ini aku nak ceritakan perihal yang agak serius sikit. semoga kau semua di luar sana yang sudi membaca entri ini dapat mengambil iktibar dan pengajaran okay.


situasi 1 - aku baru habis sekolah ni. nak masuk mana ek nak sambung study? jap, biar aku search internet dulu. wahh ada course yang ngam ngan aku la. aku minat course ni. ni kalau tengok dia punya carta aliran ni, cerah masa depan gak blaja course ni. bole pegi jauh ni. nanti mesti bole dapat kerja yang best-best punye. tapi sayang nya, ....................

situasi 2 - aku baru habis study ni. study da sampai degree. aku da nampak masa depan aku. aku nak kerja macam ni. kerja setahun dua, naik pangkat, pastu kerja lagi 5 tahun, bodek bos sikit, dapat naik executive. memang mencanak-canak gaji aku nanti. aku da tau macam mana flow dia. just go with the flow je. tapi sayang nya, ........................

situasi 3 - aku ada jumpa sorang awek ni. memang masuk kepala ngan aku. orang kata memang bole get along together-gether la kan. muka manis sedap mata memandang, perangai ok-ok je, aku memang suka sangat dengan beliau. tapi sayang nya, ....................


tapi sayang nya, desakan keluarga yang menjadikan pilihan kau terbantut. perjalanan hidup kau jadi tempang dan tak menjadi disebabkan oleh pilihan keluarga yang terlalu memilih tanpa mempedulikan pendapat kau sendiri.

mereka rasa mereka betul. mereka rasa mereka hebat. mereka rasa mereka dewa. mereka rasa mereka mempunyai hak mutlak dalam menentukan apa yang terbaik untuk kau.

jika kau setuju dengan pendapat mereka, itu tiada masalah. jika kau rasa pendapat mereka itu betul, dan wajar untuk kau menuruti kehendak mereka, itu tiada masalah. tapi, jika kau tahu mereka salah, jika kau tahu mereka menginginkan satu standard yang tak mungkin dicapai oleh kau, jika kau tahu kau tidak patut bersetuju dengan mereka, tetapi kau terpaksa lakukan juga.

dan apabila kau mengalah, apabila kau tidak mahu di cop derhaka, apabila kau tidak mahu perbalahan berlarutan sehingga meretakkan hubungan kekeluargaan, apabila kau mengikut kehendak mereka walaupun di dalam hati meronta memberontak, di saat itu jangan menyesal atas apa yang terjadi.

zaman sekarang sudah berubah. hidup bukan ditentukan oleh keluarga. tidak kira sama ada belajar, kerja mahupun perkahwinan. jangan sesekali ada orang lain yang membuat keputusan untuk kau. hidup ini kau yang tentukan. bukan mereka. walaupun keluarga kau sendiri! meminta pendapat atau pandangan itu perlu. tetapi bukan mereka yang membuat keputusan.

hidup ini adalah satu cabaran. jika kau berjaya menempuh cabaran itu dengan usaha dan pilihan kau sendiri, saat itu hidup kau akan lebih bermakna.


nota lemak : solat istikharah dulu sebelum membuat suatu keputusan. insyaAllah dapat petunjuk dari-Nya.

02 September 2011

100


yahuuuuuuuuuuu

ini adalah entri ke-100 untuk blog kekeliruan maya ini. bangganya aku. tak sangka aku yang pemalas nak update pon bole mencecah angka ke 100. tahniah tahniah.

tak lupa juga aku nak ucapkan terima kasih kepada viewers, readers, and followers yang selama ini banyak support aku untuk menjayakan blog ini. oh terharu nya~

untuk menyampaikan rasa terharu dan berterima kasih itu, aku ada buat satu video dan video itu bukan lah ucapan penyimpan mohor besar raja-raja melayu seperti yang kau harapkan. ia adalah satu ucapan ikhlas dari hati untuk semua rakan -rakan yang mengenali dan menyayangi aku.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


err, tak dapat nak upload la. internet slow. da banyak kali aku cuba. mungkin bukan rezeki korang untuk tengok video tu. lain kali la aku post ek. hehehehehe


salam ikhlas dari mohd fitri bin alias.

29 Ogos 2011

combo celebration


sekali lagi aku rasakan blog aku ni da semakin suram dan sunyi. ia berpunca dari sikap malas aku. eh bukan! bukan aku yang malas. rumah aku sekarang da tiada internet. tu sebab aku jarang online. kalo aku online pon kat henpon je tu pon pakai wifi mamak. dan malangnya, henpon aku ni takleh bukak blog. aku pon tak tau kenapa. mungkin aku kena pakai iphone4 je lepas ni.

oh aku lupa nak tulis yang aku da bekerja sekarang. tu yang semakin bz hingga takde masa nak pegi cc update blog. eh jangan bimbang. gaji aku sikit je. secara jujur, gaji bangla lagi tinggi dari aku. mula-mula aku agak down pasal tu. tapi lepas mendapat nasihat dari pelbagai pihak, aku gagahkan jua mental aku untuk menerima hakikat yang gaji bangla memang lagi tinggi dari aku. damn!!

untuk memanjang kan lagi kronologi ini, aku nak bagitau yang aku mengalami demam selama 2 minggu dan alhamdulillah baru hari ni demam aku kebah. aku bersyukur kerana tak payah sambut raya kat dalam hospital.

baik lah. untuk mengenangkan hari yang baik di bulan mulia ini, aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN kepada semua rakyat malaysia yang mana mengenali dan menyayangi diriku ini.


::lots of love::

28 Julai 2011

setahun sudah berlalu

hampir setahun kejadian itu berlaku. setakat ini aku berpuas hati dan berbangga dengan kerjasama pihak polis di raja malaysia dalam menjalankan tugas mereka.



kes pembunuhan sosilawati dan 3 rakan termasuk sepupuku iaitu Allahyarham Ahmad kamil abdul karim sudah terjawab dan hampir selesai. sekarang cuma tinggal prosiding dari mahkamah untuk menjatukan hukuman. dulu aku ada menulis tentang kes ini sila klik!


syabas kepada hakim mahkamah tinggi shah alam iaitu Datuk Akhtar Tahir yang menjatuhkan hukuman setimpal kepada pembunuh itu dan barisan pendakwaan yang terdiri daripada peguam Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani dalam membuktikan kepada masyarakat yang mereka itu bersalah.


mereka selayaknya aku gelarkan sebagai BINATANG dan 6 JAHANAM! mereka ialah N.Pathmanabhan, T.Thilaiyalagan, R.Matan, R.Khatavarayan dan yang menjadi tukang bakar ialah U.Suresh dan K.Sarawanan dengan keduanya ini telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun di atas kesalahan melupuskan bukti.


di bawah ini ialah pendapat peribadi aku.


melihat kepada perjalanan kes ini, aku teringat akan cerita The Exorcism of Emily Rose. seorang paderi menjalani prosiding mahkamah kerana telah didakwa menyebabkan kematian seorang pesakit yang bernama emily rose.

memandangkan paderi itu adalah hero dalam cerita itu, jadi kita menganggap paderi itu tidak bersalah dengan dimasukkan lagi elemen-elemen dirasuk syaitan dan penentangan serta perjuangan paderi kristian itu untuk menentang syaitan.


akhirnya, paderi itu dianggap tidak bersalah dengan kehebatan peguambela yang membela paderi itu dengan keadaan mental beliau yang sejak dari mula tidak mempercayai alam ghaib kepada percaya akan kewujudan hantu dan syaitan termasuk beberapa gangguan yang dialami beliau termasuk bangun pada pukul 3 pagi setiap hari.


di sini, aku bukan lah nak menjadi pengkritik filem. cuma aku pelik akan prosiding yang berlaku terhadap kes sosilawati ini. kita masyarakat malaysia pasti sudah sedia maklum tentang kes ini. tentang siapa yang membunuh, bersalah atau tidak, dan tentulah kita akan kata mereka bersalah dengan diperkuatkan lagi dengan pengakuan bersalah mereka dan bahan bukti yang cukup terhadap kes ini.


antara sedar atau tidak, mereka telah menyentuh sensitiviti perkauman dengan membakar mangsa seperti pengkebumian hindu di bulan ramadhan!

bagi aku, kesemua 6 Jahanam ini harus dihukum mati dengan secepat mungkin tanpa melalui proses mahkamah yang sangat lama.


tapi aku sebagai rakyat biasa, memang tidak layak untuk mempertikaikan undang-undang malaysia. aku cuma berharap agar kesemua mereka dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan jenayah kejam yang telah mereka lakukan.

24 Jun 2011

puisi buruk - part 4

hari-hari semakin berlalu
membuat aku semakin terseksa
hidup kosong dan semakin kelam
menghitung detik masa berpusing
cuma mampu berharap
bukan aku tidak yakin
cuma tidak mahu pilu meratah jiwa
melihat orang lain hampir memasuki fasa sempurna
aku hanya di situ tidak berganjak
termangu-mangu melihat putaran masa bergerak pantas
ah!
persetankan dengan mereka semua
aku adalah aku
aku tidak peduli tentang pandangan mereka
tidak mahu hidup aku di bayangi mereka
aku tidak perlu dikasihani
sedikit pun tidak meminta simpati
aku percaya Tuhan sudah menulis takdir ku
bila dan di mana itu tidak aku ketahui
kau semua pun tidak tahu
tak sesiapa pun yang tahu
tidak perlu kau cuba menjadi tuhan
rezeki dan takdir aku hanya Dia yang tahu
kalau aku sudah berusaha
kalau aku sudah bersedia
kalau aku sudah berperang
sudah tertulis itu bukan takdir dan rezeki ku
mana mungkin aku hendak melawan takdir
aku cuma mampu berdoa
semoga dilanjutkan usia ini
menikmati setiap detik-detik kehidupan
walau tidak sehebat mana
tapi mampu memberi aku secebis kebahagiaan
dalam mengharungi kekejaman dunia fana
terima kasih Tuhan.


nota lemak : lama betul aku tak update entri. sekarang aku tengah sibuk cari kerja. jadi tiada masa dengan dunia blog ni. hehe

nota lemak-lemak : tahniah kepada encik bok aizad yang berjaya mendapat pengganti dalam hati beliau. jangan lupa membe macam sesetengah orang tau. haha!

03 Jun 2011

seks & pavilion


salam semua.

anda jangan terkejut dengan tajuk di atas. aku bukan nak menjadi pencerita kamasutra di sini. kenapa aku memilih tajuk ini? sebab entri kali ini adalah berkenaan gejala seks zaman sekarang yang semakin bebas dan liar. kenapa pavilion? bawa bertenang. ia bukan kerana pavilion itu adalah tempat melakukan seks. jauh sekali untuk katakan budak-budak yang lepak di pavilion suka melakukan seks bebas.

cuma pavilion tu adalah tempat pengumpulan budak-budak baru nak up dan hot dan cool. jika sebelum ini, timesquare yang menjadi pujaan. sebelum timesquare, midvalley, sunway pyramid dan the curve. sebelum tu lagi, tempat hot ialah klcc dowh. sebelum tu lagi, sungei wang menjadi pilihan hati. sebelum sungei wang pulak, tempat lepak yang hot ialah sogo dan pertama complex.

okey satu intro yang panjang. aku sebenarnya dah jelek, menyampah dan menjengkelkan dengan cerita-cerita seks bebas ni. baca paper, cerita seks. tengok tv, cerita pasal seks la, pembuangan bayi la, gro la, brickfield la, bapak rogol anak tiri la, cikgu rogol pelajar la, apa-apa la. tu belom baca metro lagi. isu seks menjadi tajuk utama dan perdana menteri merasmikan rumah anak yatim di mukasurat ke-4.

aku tau benda ni memang takkan hilang. dari dulu lagi sampai la sekarang. tapi sekarang ni makin teruk! aku taknak sentuh pasal agama. sebab kalau kau tahu, mengenali serta mendalami agama ni, kau takkan buat benda-benda macam tu. lagipun kalau aku cerita pasal agama, kau bukan bole faham pun. dengan umur yang masih mentah, dan pemikiran yang belum matang, mesti soal agama ni kau tolak tepi.

semua itu adalah nafsu. semua orang ada nafsu. cuma kau kena pandai mengawal nya. tapi tak semua orang mampu mengawal nafsu setan ni. zaman sekarang ni, cabaran mengawal nafsu semakin hebat. porn boleh didapati dengan senang dari pelbagai medium. sesiapa yang da tengok porn, dianggap normal. dan sesiapa yang dah buat seks pon dianggap normal. jadi aku tidak terkejut dengan kes budak pompuan berumur 14 tahun mengaku dengan bangganya yang beliau pernah buat seks.

aku tak melarang kau buat seks. itu hak kau. aku dah cakap, aku tak nak cerita pasal agama. cuma aku nak kau berfikir jauh sedikit. berfikir secara matang. berfikir tentang baik buruk nya dan apa kesan nya pada kau dan family kau pada masa depan.

nasihat aku untuk jantan-jantan yang dah sangap sangat tu :

1) jangan pergi hotel bajet yang murah tu. sekarang ni majlis agama banyak buat operasi kat hotel-hotel yang murah. sila pergi ke hotel-hotel yang mahal sikit. biasanya, hotel mahal jarang di serbu. aku pun tak tau kenapa.

2) kau da sangap sangat? sila pancut luar. belajar cara-cara nak tahan lama untuk mengelak ejakulasi awal.

3) kau ejakulasi awal? tak tahan? lemah? sila pakai kondom. murah je. kat 7e pon ade.

4) tak nak pakai kondom? takde nikmat? sila fikir jauh dan kemungkinan awek kau tu termengandung. pandai-pandai la kau sediakan duit untuk bawak dia gugurkan anak kat klinik-klinik haram dan belikan dia pil perancang. jangan tau nak sedap je bai. guna otak sikit.

5) dah bole fikir benda tu menyusahkan? tak sanggup nak buat semua tu? hah tembak dinding je la.


nasihat aku untuk awek-awek yang diragui status kegadisannya di luar sana :

1) kau kene fikir. kalau kau buang anak, confirm kau kena tangkap. kau tak boleh lari. sebab polis akan cari guna DNA kau. jangan jadi bodoh. kalau nak buang anak jugak, jangan buang anak kat tong sampah atau di dalam sungai. sila buang di depan pintu rumah anak-anak yatim berdekatan atau di depan hospital.

2) tak nak kena tangkap? jangan tunggu sampai kau da beranak. gugurkan di klinik haram berhampiran.

3) gugur sakit dowh. boleh koyak vagina kau. kalau salah buat, kemungkinan kau tak dapat beranak lagi. operate untuk gugur ni mahal. RM500 paling murah tapi sakit la. tu aku tak tau kalau ada yang lagi murah. kalau tak nak sakit, lebih kurang RM700-RM800.

4) tak nak sakit? takde duit? suruh jantan kau bayar. dia pon takde duit? suruh dia pancut luar atau pakai kondom.

5) dia tak nak pakai kondom? nak sedap gak? kau yakin ke dia boleh bertanggung jawab? dia kata sebab cinta? sebab sayang? tu semua BULLSHIT. 80% kes macam ni, jantan tu akan lari dan tak nak mengaku serta tak nak bertanggungjawab. dan selalu nya dia akan cakap "dah berapa jantan kau main sebelum aku?"

6) tetap nak main gak? ajak jantan tu kahwin. selalunya dia akan cakap "kita main dulu, pastu nanti kita kahwin la.". kau percaya? kau BODOH!

7) kau yang nak sangat? kau yang dah tak tahan? sila pergi beli dildo. malu nak beli? pakai la timun.


zaman sekarang ni memang penuh dengan dugaan. bergantung kepada tahap kepandaian dan kematangan kau untuk mengelak dari perkara-perkara macam tu.

virginity? apa tu? heh

27 Mei 2011

only time will tell



okay. aku rasa nk update entri. tapi malang nya, aku tak tau nak tulis pasal apa. aku kosong. buntu. tiada apa yang sedang bermain di fikiran aku. atau, harus aku katakan, macam-macam yang terlintas kat dalam kepala aku ni.

tak faham? bermakna aku berfikir tentang banyak benda, bukan aku yang nak berfikir pasal benda tu. tapi dengan tak sengaja atau secara automatik ia datang bermain di benak fikiran aku ni. dan apabila ia datang, aku akan berfikir tentang nya. tapi hanya untuk sementara waktu. hanya mengambil masa yang sekejap untuk ia terlintas di kepala ku.

mungkin aku yang tidak mahu memikirkan nya. dan ia merangsang sel-sel dalam otak ku supaya menolak benda tu pergi jauh dan hilang entah ke mana.

ada satu masa, aku inginkan hidup aku sempurna dan tiada masalah.

ada satu masa, aku ingin menjadi watak hero dalam komik atau manga yang tidak perlu memikirkan masalah atau perkara kronik yang sedang dialami di dunia ini. hanya inginkan kebebasan dan keamanan sendiri tanpa perlu memikirkan tentang orang lain.

ada satu masa, aku ingin menjadi hero dalam cerita-cerita filem hollywood. dengan berbekalkan ke-kacak-an dan ke-gentleman-an yang beliau miliki, boleh mencairkan hati semua wanita di dunia ini. oh betapa aku kagum dan pada masa yang sama begitu cemburu pada beliau.

ada satu masa, aku inginkan kejayaan dalam kerjaya yakni aku berjaya mencapai cita-cita aku dan tunjukkan pada semua orang yang memandang rendah pada ku bahawa aku bukan lah seperti apa yang mereka sangka.

ada satu masa, aku inginkan kekayaan dan kehormatan yang dapat membuat kan semua orang mengkagumi ku. ah tidak perlulah sekaya Qarun, atau sekaya Donald Trump dan Bill Gates. cukup ia sekadar memberi keselesaan dalam hidup ku tanpa ada apa-apa yang kekurangan.

ada satu masa, aku inginkan bakat untuk bermain alat muzik dan membuat lagu untuk memikat dan mencairkan hati para gadis memandangkan sekarang ini gadis-gadis sudah mula demand untuk mendapatkan seorang jejaka atau boyfriend yang pandai bermain alat muzik atau secara tepatnya, pandai bermain gitar dan boleh menyanyikan pada gadis itu lagu-lagu yang syahdu tatkala sedang dating di tepi pantai.

ada satu masa, aku inginkan seorang teman yang dapat aku curahkan perasaan dan dapat bersama aku di waktu susah senang ku.

ada satu masa, aku inginkan segala-galanya berjalan dengan sempurna tanpa ada cacat cela.



apakan daya, semua itu hanya angan-angan dan mimpi yang tak mungkin dapat aku kecapi. sebab itu aku menolak semua itu pergi jauh dari fikiran ku. kerana ia hanya boleh didapati di dalam komik dan filem hollywood.

" Just go with the flow "

aku sebagai seorang manusia biasa memang banyak kekurangan dan tidak sempurna.

kini, aku hanya hidup seperti biasa dan cuba berusaha untuk menempuh hari-hari mendatang selagi kudrat ku termampu sehingga saat nyawaku kembali kepada-Nya.


" Think you are in heaven, but you living in hell "


25 Mei 2011

endless rain


aku sentiasa menunggu deringan telefon bimbit ku

bunyi message masuk " sony ericsson message alert "

sentiasa menunggu orang kesayangan ku menghantar message

sentiasa dan sentiasa menunggu

pada suatu hari

telefon bimbit ku berbunyi menandakan message masuk

lantas aku terus mencapai telefon bimbit ku dengan rakus

dan membaca message yang berbunyi

" RM0. Sunyi? Kenapa perlu anda keseorangan? Terima chat PERCUMA dari teman-teman di MyCupid dan hilangkan kesunyian anda. Hantar ON MYCUPID ke 28887 sekarang! "











macam mana dia tau aku takde awek ni??

FUCK!!!

11 Mei 2011

entri sempena hari ibu


salam semua.

aku pernah membincangkan perkara ini dengan seorang sahabat ku iaitu encik azli. jadi terdetik di fikiran aku untuk menulis entri ini.

encik azli menyatakan bahawa :

" jangan salahkan orang lain atas kegagalan diri sendiri. ramai anak yang suka salahkan ibu bapa dan faktor sekeliling bila tidak berjaya. bila fikir betul-betul, hidup ini adalah kepunyaan kita sendiri. Allah s.w.t dah kurniakan kita akal fikiran. dah bole bezakan sendiri baik dan buruk. jadi wajarkah kita menyalahkan orang lain? adakah wajar merosakkan hidup sendiri sebab kesilapan orang lain? nobody is perfect! " dan,

" bapak nabi Ibrahim pun merupakan penyembah berhala. kalau tengok sejarah pun ramai orang-orang hebat tapi bapak dia penyamun. pepatah melayu pun kata yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan. yang baik tak nak ikut, dok ikut yang buruk je buat ape. "

untuk menjawab pernyataan di atas, aku sangat menyokong akan pandangan beliau. aku mengambil contoh Durrah binti Abu Lahab. Abu Lahab ialah bapa saudara nabi Muhammad dan juga musuh utama Islam. Arwa binti Harb iaitu isteri pada Abu Lahab juga merupakan musuh Islam. tapi Durrah merupakan antara wanita terawal yang masuk syurga.

harus aku tegaskan disini. itu adalah pada zaman nabi dan permulaan perkembangan Islam. yakni mendapat tentangan hebat dari musuh Islam dan juga iman dan akidah orang Islam pada masa itu sangatlah hebat.

kita tengok pula pada zaman sekarang. manusia akhir zaman yang hampir goyah keislaman nya, dugaan yang hebat dari pelbagai segi, dan juga kurangnya tanggungjawab individu dalam institusi kekeluargaan.

aku tak nak menceritakan dan membahas mengikut hadis dan sunnah. ilmu aku tidak cukup untuk itu. untuk masalah ini, kita cuma perlu berfikir secara logik.

anak adalah ibarat kain putih yang akan mengikut saja apa yang di coret oleh ibubapa nya. ibu bapa bertanggungjawab penuh dalam penjagaan anak dari segi ilmu agama, ilmu dunia, pembentukan keperibadian dan emosi. proses pembentukan dan pembelajaran adalah bermula dari rumah dan bukan di sekolah.

jika kita tengok dari segi "dorang da boleh pikir sendiri. dah matang." ok pada umur berapa yang menentukan anak-anak ni dah matang? 7? 12? 15? 23? atau selepas mimpi basah dan mendapat suara ramli sarip? jadi sebelum umur tempoh matang itu, apakah peranan ibu bapa? di situlah tugas besar sebagai ibubapa dilaksana. memberitahu beza baik dan buruk, betul dan salah, mengajar ilmu agama, dan sebagainya.

selepas anak sudah boleh berfikir sendiri, adakah tanggungjawab ibu bapa sudah selesai? tidak sama sekali. ibu bapa tetap ada tanggung jawab dalam membetulkan hidup seorang anak. cuma dosa pahala saja yang tidak lagi ditanggung oleh ibubapa. dan itu pun bergantung pada cara penyampaian dan penerimaan dan komunikasi antara anak dan ibu bapa. sampai satu tahap, ibu bapa dan anak mempunyai ego yang tersendiri. pasal ego itu akan aku bincangkan di entri yang lain.

ibu bapa merupakan idola dan role model bagi anak-anak. sebagai idola, ibu bapa harus menjadi contoh yang baik. perangai dan sikap anak kuat dipengaruhi oleh ibubapa. dan akan timbul satu idea " bapak aku pun perompak, bapak aku pun tak kesah kalau aku merompak, jadi aku tak rasa perbuatan aku ini salah". walaupun dia tahu bahawa merompak itu salah di sisi undang-undang dan agama, tapi dia tetap tak rasa bersalah sebab role model nya begitu.

" bapak borek anak rintik " dan " cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari "

tak semestinya begitu. sebuah keluarga yang porak peranda boleh melahirkan seorang pemimpin yang hebat. sebuah keluarga yang bahagia boleh melahirkan seorang penyangak. itu semua bergantung pada individu itu sendiri. yang pasal menyalahkan ibubapa jika tak berjaya itu, itu semua bergantung pada cara dia dibesarkan, cara pembelajaran dan faktor nilai murni yang diterapkan dalam keperibadian anak-anak.

jika dia dilahirkan dalam sebuah keluarga bahagia tetapi menjadi penyangak, kita tengok pada faktor sekeliling tempat tinggal dan juga faktor rakan sebaya. semua itu adalah subjektif. dan memang akan berfikir " hidup kau sendiri, kau dah besar, kau boleh fikir sendiri ". dan jangan disebabkan kau dilahirkan dari sebuah keluarga penyamun, kau nak salahkan ibubapa dan dengan sendiri kau menjadi penyamun. disinilah faktor rakan sebaya memainkan peranan. jika ibu bapa gagal mendidik, rakan-rakan di sekeliling yang akan membantu membetulkan pemikiran yang telah dicemari dengan nilai mazmumah.

semua itu adalah subjektif. yang pasti nya, kadar peratusan untuk seorang anak menjadi penyangak dan tidak berjaya dalam hidup datang dari sebuah keluarga yang porak peranda adalah sangat tinggi. dan yang penting, jangan dibebani oleh masa lalu dan berusaha untuk menjadi seorang yang terbaik untuk ibubapa, anak-anak dan masyarakat.


akhir kata, selamat hari jadi pada ibu ku dan selamat hari ibu pada semua ibu di dunia ini.

09 Mei 2011

sedetik lebih


apabila dua insan bercinta
membawa seribu erti dan makna
pertalian yang utuh terbina
di atas nama keabadian cinta

segala susah senang di hadapi
bagai sinar mentari menyinari
jangan di hasut perasaan benci
kelak nanti memusnah diri

dengan nama kalimah Yang Satu
doa dan syukur di sebut bertalu
meraikan cinta agung bersatu
sehingga izrail menulis nama mu

nasihat yang perlu kau INGKARI
jagalah waktu kerjamu sehingga terabai tanggungjawab sebagai suami
keluarlah dari rumah mu tanpa mendapat keizinan dari suami
jika kau ingkari kedua nasihat ku ini
nescaya masjid mu itu akan kekal abadi


Wan & Jun
Selamat Pengantin Baru
1 Mei 2011

02 Mei 2011

sayap-sayap meniti kejora malam


bertempat di istana budaya, sejarah baru telah dilakar.

kumpulan rock pertama yang mendapat penghargaan membuat konsert di istana budaya dan bakal menyambut ulang tahun ke 25 tahun depan.

itu lah WINGS!! sebut sekali lagi, itulah WINGS!!

superfriends yang bersama dengan Wings pada hari itu adalah Mus May, Jojet, Mel, dan Sham.

lagu-lagu yang di iringi dengan orkestra memang sangat terbaik!!


memang tak rugi la kalau pegi. memang terbaeekk dowh!!

yang aku tak puas hati nya, audience sangat tak supportive. ye la kan. memang la kat istana budaya. memang la tak boleh nak melompat-lompat ke, head banging ke apa ke.

tapi at least kau sporting la sikit. semangat la sikit. nyanyi la lagu sekali dengan awie. jerit-jerit la sikit kan. ni tak. kau duduk senyap je. nyanyi sekali pon taknak. inikan pulak nak jerit-jerit. kau ingat ni konsert anuar zain ke bai?? ni Wings bai! WINGS!! kalau nak dok senyap je, baik kau tengok francisca peter.

takkan la satu lagu pon kau tak tau bai. even mak aku pon hafal lagu Sejati. ni kau datang bajet-bajet smart abes, buat muka brader-brader kau, tapi lagu Wings pon tak tau. kau ingat kalau datang istana budaya, kena jadi bangsawan la. kena buat bajet-bajet kau golongan bangsawan pastu usha sinis pandangan low-class kat orang yang nyanyi lagu rock. baik kau tak payah datang bodoh!

P.E.A.CE.~!!

21 April 2011

sejarah tercipta

hari ini, ramai yang akan terpegun

hari ini, ramai yang akan terpesona

hari ini, ramai yang akan menangis

hari ini, ramai yang akan pengsan

hari ini, ramai yang akan ejakulasi dengan serentak

hari ini, jalan-jalan akan penuh dengan manusia

bukan kerana reformasi anwar

tetapi kerana satu fenomena

Baby Baby Baby ohhh

dan hari ini, ramai pakwe-pakwe dan balak-balak akan membuat muka taik sebab terpaksa ikut awek pegi stadium merdeka.

13 April 2011

berak tidak tercerna

hari ni aku rase marah sangat. aku rase bengang sangat. aku rase sedih sangat.

tapi aku tak boleh nak buat ape. dorang da usaha. aku cuma menunggu dan lihat keputusan nya. tapi keputusan nya sangat tidak memuaskan hati aku. sangat berlainan dengan jangkaan aku.

aku marah! aku marah! aku marah!




damn you Man Utd!!!


07 April 2011

entri ruang maya - part 9



sekali lagi aku menulis di dalam ruangan entri ruang maya ni. dan kali ni sekali lagi berkisar tentang facebook yang menjadi medium paling efektif untuk berinteraksi sesama sendiri di dalam arus kemodenan ini.

semalam aku baca paper, ade sorang budak tulis suicide note kat fb. aku kurang pasti beliau orang malaysia atau seorang beragama islam. kerana semasa membaca tu, aku tergelak kecil sambil menggelengkan kepala menyedari bahawa perkhidmatan fb sudah di gunakan sehingga ke tahap itu.

aku memang tak sangka. dan selepas ni, mungkin ramai yang nak bunuh diri seperti seorang awek di KB Mall tu akan mengupdate status kat fb dulu. dan aku nasihatkan, anda mestilah mempunyai BlackBerry atau iPhone. ye la, takkan nak bunuh diri kene cari wi-fi connection dulu pulak.


dan untuk kes buli cyber pulak, aku tak nak komen panjang. kau semua mesti dah tau kan. dan secara sedar atau tidak, kau mungkin pernah terlibat ke arah itu. cuma yang membezakan, sama ada kau serius, atau sekadar niat bergurau dan membahan sesama member.


STALKER - anda tau apa maksud nya? ok sila google. dan kepada yang da tau, kau mesti rasa benci, menyampah, meluat dan sewaktu dengan nya terhadap si stalker tu kan. aku pun sama. dan stalker ni terbahagi kepada 4 iaitu



1. stalker kecil-kecilan


suka tengok gambar awek-awek cun dan sexy dan hot hanya untuk sajian mata dan tidak lebih dari itu. kebanyakan nya adalah lelaki. perempuan juga tidak terkecuali dalam kategori ini.








2. stalker pertengahan


suka baca status kau dan komen-komen antara kau dan kawan-kawan. tapi tidak akan mencampuri urusan peribadi kau kerana ia adalah untuk suka-suka.




3. stalker besar-besaran


dalam kategori ini, si stalker itu suka tengok gamba-gamba dan suka baca status dan komen-komen kau. pada masa yang sama, beliau akan komen pada gamba dan status kau seperti "u're so gorgeous~" atau "cute nye u ni..sapa name u ekk?" atau "hye u ni kawan liyana jasmay ke? patut la macam kenal~" dengan tujuan untuk mendapat perhatian dari kau. jadi, proses mengorat dan seterusnya akan dijalankan.



jika proses mengorat itu tidak berjalan dengan lancar, atau kau memang da rasa beliau ni annoying, si stalker ini tetap jugak meneruskan usaha untuk mengorat/menganggu kau. terpulang pada kau untuk delete beliau dari friendlist.



4. stalker bangsat


dah nama pon bangsat. mesti lah beliau buat kerja-kerja yang bangsat. contohnya adalah add kau kat fb, lebih teruk lagi, beliau menukar identiti jantina. mungkin beliau khunsa. ingin mengetahui semua perkara yang berkaitan dengan kau. termasuk kawan-kawan, dan juga family kau. dan selepas itu, tag gambar kau kat kawan-kawan beliau, atau status kau di ajuk, untuk mengutuk dan memalukan kau.




biasa nya, stalker ini adalah couple kepada ex-bf/ex-gf kau. dan, status hubungan mereka rasa terancam disebabkan kau. aku gelarkan jenis orang ini sebagai loser dan tidak yakin pada diri sendiri sehingga sanggup menyusahkan orang lain semata-mata untuk kebahagiaan diri sendiri.




seperti dalam entri ruang maya yang lepas-lepas, aku nak tegaskan, banyak keburukan yang berlaku dengan kemajuan teknologi yang canggih zaman sekarang berkaitan alam maya ini termasuk facebook.



nota lemak : aku dalam kategori stalker kecil-kecilan. hahaha. kau pulak?


06 April 2011

selamat bulan empat


semalam makcik jiran sebelah umah cakap aku da kurus tau. yeah~!

err bukan ini sebenarnya yang aku nak ceritakan kat sini. walaupun aku agak teruja dengan perkara itu. hehe.

korang masih ingat tak entri aku yang lepas. entri selamat bulan tiga. aku ade cerita pasal aku dapat satu berita yang sangat membuatkan aku gembira sehingga hampir ter ejakulasi tanpa sedar.

21 march yang lepas, fan super junior aka ELF (ever-lasting-friends) atau kelab pencinta gay mesti pegi konsert ni kan.

TAPI AKU BUKAN GAY!


8 april 2011, peminat Rainism mesti pegi konsert ni.

TAPI BUKAN INI YANG MEMBUATKAN AKU HAPPY!



21 april 2011, beliebers (panggilan fan bieber) mesti pergi tengok budak ni.

TAPI AKU BUKAN GOLONGAN MAKCIK YANG PEDOPHILE!



KONSERT WINGS OPERA HIDUP DI ISTANA BUDAYA!!!



ya, inilah perkara yang membuatkan aku gembira. dan perkara yang membuatkan aku hampir ter ejakulasi adalah, seorang kawan ku yang amat baik hati telah belanja aku untuk beli tiket konsert tu.

terima kasih kawan! jasa mu tidak akan ku lupa sampai bila-bila.

24 Mac 2011

those were the days

semalam budak2 amek result spm. tahniah sape yang dapat 10A1 tu. kepada sesapa yang dapat 10D7 tu, padan muka kau. wahahaha.

teringat aku mase amek result spm dulu. ya dulu. ade la dalam 20 tahun lepas. sehari sebelum amek result tu, aku semayang hajat bagai. doa nangis2 bagai. pastu malam tu aku memang tak bole tido. cuak punye pasal, malam tu aku try jugak tido di selang-selikan dengan aktiviti berak dan kencing berganti-ganti. bile da takde bende nak buang dari dalam perut ni, aku pon try tido. tapi tetap tak boleh jugak. puas aku golek arah barat, goleh arah utara, golek kiri, golek kanan, berlari anak, lompat itik, tetap tak bole tido jugak.

tepat pukul 6 pagi, aku pegi mandi wajib lalu semayang subuh sambil nangis2. mak aku pon bangun awal jugak. nak buat sarapan untuk aku katanya. lepas aku da siap hensem2, aku pon pegi dapur untuk sarapan. mak aku punye la bersungguh bagi kata2 semangat kat aku. bapak aku pulak, sambil baca suratkhabar dan bermuka ketat, cuma ucap sepatah je kat aku. "goodluck!". "tanx daddy", jawabku dengan muka ketat jugak.

bapak aku memang macam tu. muke ketat je memanjang. tapi aku tau, die yang paling cuak. mak aku cite bapak aku tu da doa panjang2 lepas semayang untuk aku. pastu selalu cite kat mak aku, "lepas ni, anak kite tu nak jadi ape?". mak aku pulak yang pening nak menjawab kalo da hari2 tanye bende yang same.

berbekalkan berkat dari ibubapa, aku gagahkan jua pegi ke sekolah. sampai kat sekolah, memang da ramai gile kawan2 kat situ. yang nangis ade, yang tengah menjerit ade, yang tengah ketawa ade, yang tengah pumping ngan angkat dumbbell pon ade. kate nye, kalo die tengah cuak, memang die akan pumping. pelik kan care die nak mengatasi perasaan cuak tu. aku? kalo aku cuak, aku akan berenang gaya bebas. tapi kat sekolah aku takde swimming pool. jadi, aku pon terus pegi ke ofis sekolah dengan perasaan cuak dan takut yang amat.

kat tepi ofis tu, ade la beberapa student yang dok jumpe ngan bekas2 cikgu dorang. ade yang ucapkan terima kasih sambil nangis2 kat cikgu. ade yang peluk cium kaki cikgu tu. pastu ade pulak yang tengah maki hamun cikgu. eh?

banyak betol drama2 melayu standard tipikal time2 macam ni kan. di pendekkan cerita, lepas aku amek result, aku pon berpakat dengan kawan2 nak pegi mall. lame tak jumpe la katekan. time ni la nak bermesra2 dengan kawan2 yang da 3-4 bulan tak jumpe. then, aku pon pegi la ke mall. makan2, main bowling, karok, snooker, dan banyak lagi.

bile jam da pukul 6, baru aku tergerak hati nak pulang ke rumah. sesampai je kat umah, sekeping kaki tanpa segan silu terus hinggap kat pipi ku yang gebu ni.

daddy : kau pegi mane setan?? apsal tak reti nak call??

aku yang kesakitan : lepas amek result, chubby pegi mall dengan my besties. takot nak balik umah. takut kene marah sebab result tak brape nak best.

daddy : kau tau tak aku kat umah ni da menggigil risau dengan result kau. brape kali aku pegi toilet hari ni. mak kau tu da nangis2 risau takut jadi ape2 kat kau! entahkan excident ke, ape ke, nape kau tak reti nak call?

aku yang da bergenang airmata : tu la. chubby takut kene marah dengan daddy sebab result tak best. tu yang tak call tu. pastu takut nak balik umah. tu yang pegi enjoy ngan kawan2 dulu. tapi da balik umah pon kene kaki jugak.

daddy : result kau ok ke, tak ok ke, bagus ke, tak bagus ke, teruk ke, kau kene bagitau kat makbapak kau ni dulu. balik umah dulu. after that kalo kau nak keluar pegi mane2 pon, kau keluar la. jangan buat daddy risau kat kau.

aku yang da nangis : chubby mintak maaf daddy. chubby tak tau pulak bende bole jadi macam ni. lepas ni chubby tak buat macam ni lagi.

daddy : dah, jangan nak jadi gedik kat situ. pegi jumpe mak kau pastu pegi makan.

aku yang masih nangis : ok daddy.





pengajaran nye, walau seteruk mana pon kite, walau seburuk mane pon kite, ibubapa still akan terima kite jugak. ade lagi pengajaran nye. tapi korang kene pikir sendiri. aku malas nak bagitau.




nota lemak : errr, cerita ni hanya rekaan je. aku........aku tak macam tu. percaya lah. cerita ni bukan pasal aku. sekian terima kasih.

18 Mac 2011

beruang kutub

ah~ akhirnya selesai juga report tesis aku tu. macam nak pecah kepala aku buat report tu. buat, jumpa lecturer, tukar balik, buat lagi, jumpe lecturer balik, then tukar lagi. damn! rase marah makin memuncak. tapi aku layan kan jugak. aku pikirkan lecturer tu yang bagi markah kat aku. kalau tak memang aku buat tak reti je. sekarang sumenye suda settle. alhamdulillah.

aku dengar cite man menang raja lawak. aku tak dpat tengok final semalam. sebab nak buat report tu la. pastu aku tido. memang aku tak larat nak tahan mate aku ni. da 3 hari tak tido nak buat report tu. cis!!



jadi sesape yang kene buat report tesis selepas ini, aku ucapkan gudluck!! dan kepada kawan-kawan yang masih belum habes blaja kat kliuc, aku ucapkan gudluck juga. dan kepada sesapa yang tengah final exam tu, dan yang sedang study, gudluck untuk korang gak.

aku tak kan rindukan kliuc. percayalah!! aku da bosan dengan kliuc. da 7 tahun aku kat situ since diploma. aku da taknak ambik peduli lagi dengan kliuc. aku nak carik kerja lepas ni. doakan aku supaya aku dapat kerja yang best. dapat duit banyak. bile duit da banyak, baru aku bole blanje kawan-kawan. murni kan?

15 Mac 2011

the last breath in deserted archipelago

kadang-kadang kita berada di atas. kadang-kadang kita berada di bawah. kadang-kadang kita berasa terhina dan loser. kadang-kadang kita rasa cool, best, hot, gagah, superior dan hensem.

itu semua roda-roda kehidupan. dalam mengenali dan mencari diri dalam hidup kau, pelbagai rintangan terpaksa kau tempuhi. ada masanya kau akan berputus asa. ada masanya kau akan rasa seperti tiada harapan lagi. ada masanya kau rasa kau orang yang paling beruntung sekali di muka bumi ini.

kita selalu di sajikan dengan peluang yang banyak. itu bergantung pada kau sendiri untuk mengambil peluang itu atau menunggu peluang lain yang kau rasakan ia lebih best dari peluang yang sebelum itu. yang penting, kau kene bijak dalam memilih. jangan nanti kau menyesal di kemudian hari kerana sifat manusia ialah tidak mudah berpuas hati pada satu-satu benda dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik.

apabila kau dah berusaha untuk mendapatkan peluang itu, apabila kau dah berusaha untuk mengekalkan peluang itu, dan apabila kau tersedar usaha kau itu cuma sia-sia, bangkitlah dari mimpi-mimpi yang kau rasa sempurna pada awalnya itu. itu bukan salah kau. itu bukan kehendak kau. dan jangan sesekali menyalahkan takdir. kerana takdir itu ada hikmah disebalik nya.

biar masa yang menentukan segalanya. biar ia berlalu tanpa kau sedari. kerana ia hadir pun tanpa kau pinta. tawakal dan redha adalah jalan terbaik supaya kau tidak tersesat dalam menentukan haluan hidup kau.

beri peluang pada diri kau untuk menghayati hidup ini sebaik mungkin. kerana hidup ini hanya sekali. tempuhi perjalan ini dengan sabar dan tekun. nescaya kau akan mendapat hasil yang kau harapkan.







nota lemak : akhirnya setelah 7 tahun, aku berjaya menghabiskan degree aku. yeah~~!! lepas ni aku akan menempuhi alam pekerjaan. selamat datang~!


12 Mac 2011

celaka!

korang tau tak sehina-hina makhluk kat atas muka bumi ni adalah orang yang mengambil kesempatan ke atas orang lain. orang yang tidak boleh melihat kebahagiaan orang lain. dan orang yang bergembira di atas kesusahan dan keperitan orang lain.

orang yang macam ni memang jahannam lah tempat nya. aku pon tak tau kenapa orang macam ni masih hidup di bumi Allah ni.

mereka memang berakal pendek, oh bukan. mereka langsung takde akal dan fikiran. di dalam kategori bodoh, bangang, unta, dan tahi anjing. cari jalan mudah untuk mendapatkan duit dengan menyusahkan orang lain. kan bodoh namanya tu. tidak layak hatta bergelar manusia sekalipun. anjing mungkin sesuai.

kepada orang yang begini, jangan lah kau melakukan perkara-perkara terkutuk lagi. kembali lah ke pangkal jalan. aku cukup tak suka dan aku hina korang dengan sehina-hina nya. kalau lah aku jumpa orang begini depan mata, aku tidak akan segan silu untuk menggunakan kudrat aku sedaya nya untuk memberi pengajaran pada korang. insyaAllah!





nota lemak : semalam rumah family aku kat taman melati kene rompak. nasib baik takde orang kat umah masa kejadian tu. barang-barang yang hilang tu aku tak kesah. nyawa family aku tu yang aku kesah.

11 Mac 2011

awan nano


huh!! bangsat!

haa tuu diaa pembukaan yang ekstrem dan menghinakan. aku tengah marah ni bai. baru nak baik dari sembelit, last2 kene buasir terus. sakit dowh. kau tau tak?

ok ni aku nak cite la ni. korang kan tau aku baru je abes presentation dan lepas dari azab nak kene buat report haram jadah sume tu. aku baru je nak relax2 layan drama korea bagai, tup2 senin depan nak kene hadap final exam.

sape tak bengang dowh. aku ni da la last sem. pastu pulak amek 2 subjek je. satu subjek tesis tu la. satu lagi numerical method. haaa numec ni la yang kene hadap paper final tuh. ptuuiihhh~!

memang laa best kan dapat abes awal. tapi agak2 laa bai kene 1st day. pagi plak tuh. mane tak datang balik penyakit buasir aku nih. bongok betol la. da la killer subjek menatang haram jadah tuh. pastu plak tinggal lagi 2 hari je nak stadi. cirit hijau bai.

jadi terpakse la aku tinggalkan super junior ngan snsd tu dulu. aku nak stadi. argghh maafkan aku song he kyo. maafkan aku horikita maki. maafkan aku justin bieber (eh??!). aku akan melihat kalian pada minggu depan ok.


" get into study mode " >>> Enter

08 Mac 2011

sesudah sembelit

yeah~~!

presentation suda setel. lepas ni hanya tinggal report je. setelah 3 hari tak tido dan bersengkang mate buat slide untuk presentation, kini aku kembali ke kehidupan yang dulu. makan tido makan tido dan makan tido.








tahniah~~!

04 Mac 2011

selamat bulan tiga


salam kepada bloggers semua.

aku ingin membuka tirai march dengan beberapa perkara.

pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada yang support aku tatkala aku tengah di alam fantasi dengan keadaan mental yang down. aku sangat menghargai nya. walaupon kita berkenalan di dalam alam maya ini, tetapi perasaan concern for others tu buatkan aku sungguh terharu.

life must go on. whenever you feel depressed, just remember that there is someone out there for you. if you spend all your time pining away for someone who doesn't want you, you may never find them.

ok now just stop talking about this shit. this freaking feeling just makes me sick!

aku sekarang ni tengah bizi gile dengan tesis. sangat-sangat sakit otak dan hati disebabkan tesis ni. dah la tak siap lagi, pastu kene present pulak minggu depan. adoii pening kepala aku. da 2minggu tak cukup tidur pasal bende ni. tu la sape suruh buat keje last minit. padan muka aku sendiri kann.

erm tak lupe juga nak ucapkan selamat hari lahir kepada abang aku yang sambut besdey die yang ke 29. heh da tua rupenya abang aku ni. nasib baik aku masih sweet 16. aww~~

daaaannnnnn semalam aku dapat berite yang sangat gembira yang hampir membuatkan aku ter ejakulasi tanpa sedar. tapi aku tak boleh nak bagitau sekarang. sebab perkara ni masih perlu dirahsiakan. mungkin seminggu dua lagi aku akan buat entri pasal bende tu. yeahhh~!

ok da cukup aku mencarut pepagi bute ni. kejap lagi nak jumpe lecturer untuk settlekan pasal tesis ni. haih azab sungguh.


nota lemak : tesis ni berjaya buatkan berat aku turun sebanyak 2kg. tahniah~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...