15 Mac 2011

the last breath in deserted archipelago

kadang-kadang kita berada di atas. kadang-kadang kita berada di bawah. kadang-kadang kita berasa terhina dan loser. kadang-kadang kita rasa cool, best, hot, gagah, superior dan hensem.

itu semua roda-roda kehidupan. dalam mengenali dan mencari diri dalam hidup kau, pelbagai rintangan terpaksa kau tempuhi. ada masanya kau akan berputus asa. ada masanya kau akan rasa seperti tiada harapan lagi. ada masanya kau rasa kau orang yang paling beruntung sekali di muka bumi ini.

kita selalu di sajikan dengan peluang yang banyak. itu bergantung pada kau sendiri untuk mengambil peluang itu atau menunggu peluang lain yang kau rasakan ia lebih best dari peluang yang sebelum itu. yang penting, kau kene bijak dalam memilih. jangan nanti kau menyesal di kemudian hari kerana sifat manusia ialah tidak mudah berpuas hati pada satu-satu benda dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik.

apabila kau dah berusaha untuk mendapatkan peluang itu, apabila kau dah berusaha untuk mengekalkan peluang itu, dan apabila kau tersedar usaha kau itu cuma sia-sia, bangkitlah dari mimpi-mimpi yang kau rasa sempurna pada awalnya itu. itu bukan salah kau. itu bukan kehendak kau. dan jangan sesekali menyalahkan takdir. kerana takdir itu ada hikmah disebalik nya.

biar masa yang menentukan segalanya. biar ia berlalu tanpa kau sedari. kerana ia hadir pun tanpa kau pinta. tawakal dan redha adalah jalan terbaik supaya kau tidak tersesat dalam menentukan haluan hidup kau.

beri peluang pada diri kau untuk menghayati hidup ini sebaik mungkin. kerana hidup ini hanya sekali. tempuhi perjalan ini dengan sabar dan tekun. nescaya kau akan mendapat hasil yang kau harapkan.







nota lemak : akhirnya setelah 7 tahun, aku berjaya menghabiskan degree aku. yeah~~!! lepas ni aku akan menempuhi alam pekerjaan. selamat datang~!


5 ulasan:

iamwhoiam berkata...

congratulations.... welcome to the real world, where dog eats dog! But you're a survivor, just like me -> people like us, we survive not matter how many times bitten!!

Fit berkata...

yeah its true..n now i cant wait 4 the long journey of my life..dog eats dog..its damn true..persiapkan dirimu secukup nya sebelum kau menempuh ke alam yang penuh dengan cabaran itu--< kata2 dr seorang sahabat..

Tanpa Nama berkata...

~Semoga Maju Jaya Abg Skin~

Unknown berkata...

salam tahniah & selamat menempuh alam pekerjaan serta merindui zaman belajar:)

Fit berkata...

kepada wankap dan farouq : terima kasih =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...