24 Mac 2011

those were the days

semalam budak2 amek result spm. tahniah sape yang dapat 10A1 tu. kepada sesapa yang dapat 10D7 tu, padan muka kau. wahahaha.

teringat aku mase amek result spm dulu. ya dulu. ade la dalam 20 tahun lepas. sehari sebelum amek result tu, aku semayang hajat bagai. doa nangis2 bagai. pastu malam tu aku memang tak bole tido. cuak punye pasal, malam tu aku try jugak tido di selang-selikan dengan aktiviti berak dan kencing berganti-ganti. bile da takde bende nak buang dari dalam perut ni, aku pon try tido. tapi tetap tak boleh jugak. puas aku golek arah barat, goleh arah utara, golek kiri, golek kanan, berlari anak, lompat itik, tetap tak bole tido jugak.

tepat pukul 6 pagi, aku pegi mandi wajib lalu semayang subuh sambil nangis2. mak aku pon bangun awal jugak. nak buat sarapan untuk aku katanya. lepas aku da siap hensem2, aku pon pegi dapur untuk sarapan. mak aku punye la bersungguh bagi kata2 semangat kat aku. bapak aku pulak, sambil baca suratkhabar dan bermuka ketat, cuma ucap sepatah je kat aku. "goodluck!". "tanx daddy", jawabku dengan muka ketat jugak.

bapak aku memang macam tu. muke ketat je memanjang. tapi aku tau, die yang paling cuak. mak aku cite bapak aku tu da doa panjang2 lepas semayang untuk aku. pastu selalu cite kat mak aku, "lepas ni, anak kite tu nak jadi ape?". mak aku pulak yang pening nak menjawab kalo da hari2 tanye bende yang same.

berbekalkan berkat dari ibubapa, aku gagahkan jua pegi ke sekolah. sampai kat sekolah, memang da ramai gile kawan2 kat situ. yang nangis ade, yang tengah menjerit ade, yang tengah ketawa ade, yang tengah pumping ngan angkat dumbbell pon ade. kate nye, kalo die tengah cuak, memang die akan pumping. pelik kan care die nak mengatasi perasaan cuak tu. aku? kalo aku cuak, aku akan berenang gaya bebas. tapi kat sekolah aku takde swimming pool. jadi, aku pon terus pegi ke ofis sekolah dengan perasaan cuak dan takut yang amat.

kat tepi ofis tu, ade la beberapa student yang dok jumpe ngan bekas2 cikgu dorang. ade yang ucapkan terima kasih sambil nangis2 kat cikgu. ade yang peluk cium kaki cikgu tu. pastu ade pulak yang tengah maki hamun cikgu. eh?

banyak betol drama2 melayu standard tipikal time2 macam ni kan. di pendekkan cerita, lepas aku amek result, aku pon berpakat dengan kawan2 nak pegi mall. lame tak jumpe la katekan. time ni la nak bermesra2 dengan kawan2 yang da 3-4 bulan tak jumpe. then, aku pon pegi la ke mall. makan2, main bowling, karok, snooker, dan banyak lagi.

bile jam da pukul 6, baru aku tergerak hati nak pulang ke rumah. sesampai je kat umah, sekeping kaki tanpa segan silu terus hinggap kat pipi ku yang gebu ni.

daddy : kau pegi mane setan?? apsal tak reti nak call??

aku yang kesakitan : lepas amek result, chubby pegi mall dengan my besties. takot nak balik umah. takut kene marah sebab result tak brape nak best.

daddy : kau tau tak aku kat umah ni da menggigil risau dengan result kau. brape kali aku pegi toilet hari ni. mak kau tu da nangis2 risau takut jadi ape2 kat kau! entahkan excident ke, ape ke, nape kau tak reti nak call?

aku yang da bergenang airmata : tu la. chubby takut kene marah dengan daddy sebab result tak best. tu yang tak call tu. pastu takut nak balik umah. tu yang pegi enjoy ngan kawan2 dulu. tapi da balik umah pon kene kaki jugak.

daddy : result kau ok ke, tak ok ke, bagus ke, tak bagus ke, teruk ke, kau kene bagitau kat makbapak kau ni dulu. balik umah dulu. after that kalo kau nak keluar pegi mane2 pon, kau keluar la. jangan buat daddy risau kat kau.

aku yang da nangis : chubby mintak maaf daddy. chubby tak tau pulak bende bole jadi macam ni. lepas ni chubby tak buat macam ni lagi.

daddy : dah, jangan nak jadi gedik kat situ. pegi jumpe mak kau pastu pegi makan.

aku yang masih nangis : ok daddy.





pengajaran nye, walau seteruk mana pon kite, walau seburuk mane pon kite, ibubapa still akan terima kite jugak. ade lagi pengajaran nye. tapi korang kene pikir sendiri. aku malas nak bagitau.




nota lemak : errr, cerita ni hanya rekaan je. aku........aku tak macam tu. percaya lah. cerita ni bukan pasal aku. sekian terima kasih.

8 ulasan:

iamwhoiam berkata...

macam citer saya jer.... haha! tapi takde la kena sekeping kaki, tapinya meleleh la taik telinga dalam sejam dua. :-p

Fit berkata...

err panggilan anda di rumah ialah chubby ke? =p

Tanpa Nama berkata...

chubby n daddy heh mulut ko...hahaha

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fit berkata...

hahahahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Geli cuping telingo den dongar eh...

Fit berkata...

siapakah kamu wahai si tanpa nama..macam ku kenal akan anda tetapi siapa?

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
”Maaf lama tak ziarah anda”

uihhhhh sapa plak yang tak bernama tu yerrrr heran betoiiii... sampai geli cuping tinga....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...