27 September 2011

detik "kegemilangan" KLIUC di mata ibubapa

" keadaan menjadi kecoh dan gamit. kedengaran suara pekikan dan kata-kata cacian keluar dari mulut sekelompok pelawat yang datang berkumpul di situ. "

tahu apakah itu? itu adalah bayangan gambaran bagi keadaan yang berlaku masa majlis konvokesyen yang berlangsung di kolej aku tempoh hari.

di bawah adalah detail bagi keadaan ketika itu. (>_<)v

tempat kejadian : Kuala Lumpur Infrastructure University College
masa kejadian : 9.00 am
tarikh kejadian : 24/9/2011

mula-mula kita nyanyi lagu KLIUC dulu hahaha!!


aku sampai di kolej dalam pukul 7.30. ketika aku sampai di depan dewan MultiPurpose Hall, aku melihat sudah ramai yang berkumpul di situ. di bawah khemah pun sudah penuh. saiz khemah yang aku anggarkan cuma besar sedikit dari khemah untuk jamuan kecil-kecilan meraikan orang berkhatan.

sesampai aku di situ, aku terkejut kerana tiada langsung makanan dan minuman hatta seteguk air sirap untuk dijamukan kepada golongan ibu-bapa yang hadir. ini menimbulkan pelbagai persoalan di kepala. kenapa tidak ibu-bapa dijamukan dengan sedikit sarapan pagi? kenapa pihak lecturer dan ahli senate saja yang dijamu? untuk makluman, pihak lecturer dan ahli senate di jamu di tingkat satu bangunan admin iaitu di tempat yang sukar dilihat bagi orang yang pertama kali datang ke kolej. mengapa begitu?

ah! barulah aku teringat yang sebelum ini, pihak kolej ada menghantar surat jemputan untuk konvo. di dalam surat itu ada tertera yang ibu-bapa dinasihatkan untuk makan dahulu sebelum datang ke majlis itu.

kalau ada ibu-bapa yang tak sempat nak breakfast macam mana? kalau ibu bapa datang dari jauh dan tak sempat nak breakfast semata-mata nak kejar masa sebab dalam time table student kena berkumpul pukul 7.30 am. kate nye laaa kannn.

tapi disebabkan kelewatan pihak management untuk menguruskan hal-hal seperti menyusun kerusi, menyusun pelajar, menyusun kertas dan sebagainya, perjalanan program menjadi sedikit terencat. ibubapa dah beratur lama kat depan pintu dewan tu, baru laa pihak management terhegeh-hegeh nak susun kerusi bagai. mengapa tak prepare benda tu semua awal-awal?



yang lebih menyakitkan hati, ada berpuluh ibubapa tak dapat masuk ke dewan kerana kekurangan tempat dan kerusi. alasan nya dewan sempit dan tiada ruang untuk menempatkan semua yang hadir sehinggakan pihak management terpaksa memberi kerusi dan tempat yang sepatutnya di-reserved-kan untuk lecturer dan student yang konvo kepada ibubapa.

sudah nya, lecturer tidak ada tempat dan tak boleh masuk masa konvo tu. dan perkara paling bangsat ialah ada student tak dapat duduk dalam dewan dan terpaksa beratur diluar dewan sehingga nama dipanggil untuk naik ke pentas.

alasan bodoh yang di beri adalah " Maaf encik. dewan penuh dan tak cukup nak menampung bilangan yang hadir. kami akan cuba buat yang lebih baik tahun depan. "

kepada encik/cik management. meh sini aku nak cakap sikit. kalau majlis konvo kau baru buat sekali dua, boleh laa bagi alasan macam tu. tapi ni dah 9 kali tahu!!!!!

mari aku ajarkan kau matematik mudah. jumlah student sesi pagi (bachelor) = 400, jumlah student sesi petang (diploma) = 300, jumlah ibu bapa sesi pagi = 800, jumlah ibu bapa sesi petang = 600, jumlah lecturer = 50, jumlah senate = 20 (eh, dorang ni duduk atas pentas je).

sesi pagi = 400+800+50 = 1250 , sesi petang = 300+600+50 = 950

aku rasa dewan kliuc tu yang lebih kurang besar macam dewan komuniti Kg. Gajah kat kampung opah aku tu memang tak muat 1250 orang sekali masuk. tu baru kira ibubapa je masuk. belum kira nak masuk pakcikmakcik, adik beradik semua lagi. tu baru sesi pagi. kalau sesi petang macam mane?

encik management, kalau dah tahu jumlah semuanya sampai seribu lebih, kenapa tak buat kat dewan yang lebih besar? kat picc ke, kat hotel ke? kenapa nak tunggu kena maki hamun baru nak kelam-kabut? kalau buat kat dewan yang besar, boleh la buat bachelor diploma sekali jalan. kan senang gitu.

tak ada budget? sorang student kena bayar rm250 untuk konvo ni. rm 250 x 700 = rm 175,000. tak cukup lagi ke? ok, satu semester 18 credit hour, 1 credit hour = rm 350. 18 x rm 350 = rm 6300 + 400 (insurans berak, lab fees jubo, library fees lancau) = rm6700 satu semester. tak cukup lagi ke kau makan duit student? mane pegi duit tu? beli mercedes slk300 untuk president dan bmw x6 untuk canselor kan? kan? kan?

dengan standard dan formaliti yang patut ada dalam sesebuah majlis konvokesyen, perkara seumpama ini tidak harus berlaku. alasan " kami akan cuba lagi tahun depan " sangatlah tidak profesional dan matang.

perkara ini melibatkan imej dan nama baik kolej. seraya ia melibatkan pihak ibubapa yang telah menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran.

bayangkan jika mereka datang dari jauh. contohnya sabah, sarawak, johor, penang kelantan. bila dah sampai kolej, tak dapat masuk pulak sebab dewan dah penuh.


SUCCESSFUL EVENT MY ASS!!!


ini adalah perkara paling memalukan yang tak patut berlaku dalam majlis seformal itu. apa yang aku tahu, untuk majlis konvokesyen, pihak institut pengajian tinggi ada meletakkan syarat dan standard tertentu sebelum melangsungkan majlis. tapi, bila sudah berlaku benda macam ni, aku pun tak tau apa reaksi pihak yang berkenaan. mungkin aku akan panjangkan perkara ini kepada pihak tertentu supaya ia dapat memberi pengajaran kepada kliuc dan kolej-kolej yang lain.

akhir kata, tahniah kepada semua student yang konvo dan good luck and congrats in advance untuk rakan-rakan yang masih gigih berjuang. jangan berputus asa dan aku yakin kamu semua pun boleh konvo juga.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...