03 September 2011

fight for your right


selamat hari raya yang ke-5 untuk semua. harap semua dapat beraya dengan hati yang suci dan bahagia di samping mengumpul duit raya. mana yang dah tua bangka tu jangan nak buat muka sweet-sweet konon nak dapat duit raya ye. sedar diri sikit umur tu da makin menganjak senja.

baiklah. entri kali ini aku nak ceritakan perihal yang agak serius sikit. semoga kau semua di luar sana yang sudi membaca entri ini dapat mengambil iktibar dan pengajaran okay.


situasi 1 - aku baru habis sekolah ni. nak masuk mana ek nak sambung study? jap, biar aku search internet dulu. wahh ada course yang ngam ngan aku la. aku minat course ni. ni kalau tengok dia punya carta aliran ni, cerah masa depan gak blaja course ni. bole pegi jauh ni. nanti mesti bole dapat kerja yang best-best punye. tapi sayang nya, ....................

situasi 2 - aku baru habis study ni. study da sampai degree. aku da nampak masa depan aku. aku nak kerja macam ni. kerja setahun dua, naik pangkat, pastu kerja lagi 5 tahun, bodek bos sikit, dapat naik executive. memang mencanak-canak gaji aku nanti. aku da tau macam mana flow dia. just go with the flow je. tapi sayang nya, ........................

situasi 3 - aku ada jumpa sorang awek ni. memang masuk kepala ngan aku. orang kata memang bole get along together-gether la kan. muka manis sedap mata memandang, perangai ok-ok je, aku memang suka sangat dengan beliau. tapi sayang nya, ....................


tapi sayang nya, desakan keluarga yang menjadikan pilihan kau terbantut. perjalanan hidup kau jadi tempang dan tak menjadi disebabkan oleh pilihan keluarga yang terlalu memilih tanpa mempedulikan pendapat kau sendiri.

mereka rasa mereka betul. mereka rasa mereka hebat. mereka rasa mereka dewa. mereka rasa mereka mempunyai hak mutlak dalam menentukan apa yang terbaik untuk kau.

jika kau setuju dengan pendapat mereka, itu tiada masalah. jika kau rasa pendapat mereka itu betul, dan wajar untuk kau menuruti kehendak mereka, itu tiada masalah. tapi, jika kau tahu mereka salah, jika kau tahu mereka menginginkan satu standard yang tak mungkin dicapai oleh kau, jika kau tahu kau tidak patut bersetuju dengan mereka, tetapi kau terpaksa lakukan juga.

dan apabila kau mengalah, apabila kau tidak mahu di cop derhaka, apabila kau tidak mahu perbalahan berlarutan sehingga meretakkan hubungan kekeluargaan, apabila kau mengikut kehendak mereka walaupun di dalam hati meronta memberontak, di saat itu jangan menyesal atas apa yang terjadi.

zaman sekarang sudah berubah. hidup bukan ditentukan oleh keluarga. tidak kira sama ada belajar, kerja mahupun perkahwinan. jangan sesekali ada orang lain yang membuat keputusan untuk kau. hidup ini kau yang tentukan. bukan mereka. walaupun keluarga kau sendiri! meminta pendapat atau pandangan itu perlu. tetapi bukan mereka yang membuat keputusan.

hidup ini adalah satu cabaran. jika kau berjaya menempuh cabaran itu dengan usaha dan pilihan kau sendiri, saat itu hidup kau akan lebih bermakna.


nota lemak : solat istikharah dulu sebelum membuat suatu keputusan. insyaAllah dapat petunjuk dari-Nya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tapi kena ingt family tak pernah nak rosakkan harapan kita ... they always supporting us ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...