24 Jun 2011

puisi buruk - part 4

hari-hari semakin berlalu
membuat aku semakin terseksa
hidup kosong dan semakin kelam
menghitung detik masa berpusing
cuma mampu berharap
bukan aku tidak yakin
cuma tidak mahu pilu meratah jiwa
melihat orang lain hampir memasuki fasa sempurna
aku hanya di situ tidak berganjak
termangu-mangu melihat putaran masa bergerak pantas
ah!
persetankan dengan mereka semua
aku adalah aku
aku tidak peduli tentang pandangan mereka
tidak mahu hidup aku di bayangi mereka
aku tidak perlu dikasihani
sedikit pun tidak meminta simpati
aku percaya Tuhan sudah menulis takdir ku
bila dan di mana itu tidak aku ketahui
kau semua pun tidak tahu
tak sesiapa pun yang tahu
tidak perlu kau cuba menjadi tuhan
rezeki dan takdir aku hanya Dia yang tahu
kalau aku sudah berusaha
kalau aku sudah bersedia
kalau aku sudah berperang
sudah tertulis itu bukan takdir dan rezeki ku
mana mungkin aku hendak melawan takdir
aku cuma mampu berdoa
semoga dilanjutkan usia ini
menikmati setiap detik-detik kehidupan
walau tidak sehebat mana
tapi mampu memberi aku secebis kebahagiaan
dalam mengharungi kekejaman dunia fana
terima kasih Tuhan.


nota lemak : lama betul aku tak update entri. sekarang aku tengah sibuk cari kerja. jadi tiada masa dengan dunia blog ni. hehe

nota lemak-lemak : tahniah kepada encik bok aizad yang berjaya mendapat pengganti dalam hati beliau. jangan lupa membe macam sesetengah orang tau. haha!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...