28 Julai 2011

setahun sudah berlalu

hampir setahun kejadian itu berlaku. setakat ini aku berpuas hati dan berbangga dengan kerjasama pihak polis di raja malaysia dalam menjalankan tugas mereka.



kes pembunuhan sosilawati dan 3 rakan termasuk sepupuku iaitu Allahyarham Ahmad kamil abdul karim sudah terjawab dan hampir selesai. sekarang cuma tinggal prosiding dari mahkamah untuk menjatukan hukuman. dulu aku ada menulis tentang kes ini sila klik!


syabas kepada hakim mahkamah tinggi shah alam iaitu Datuk Akhtar Tahir yang menjatuhkan hukuman setimpal kepada pembunuh itu dan barisan pendakwaan yang terdiri daripada peguam Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani dalam membuktikan kepada masyarakat yang mereka itu bersalah.


mereka selayaknya aku gelarkan sebagai BINATANG dan 6 JAHANAM! mereka ialah N.Pathmanabhan, T.Thilaiyalagan, R.Matan, R.Khatavarayan dan yang menjadi tukang bakar ialah U.Suresh dan K.Sarawanan dengan keduanya ini telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun di atas kesalahan melupuskan bukti.


di bawah ini ialah pendapat peribadi aku.


melihat kepada perjalanan kes ini, aku teringat akan cerita The Exorcism of Emily Rose. seorang paderi menjalani prosiding mahkamah kerana telah didakwa menyebabkan kematian seorang pesakit yang bernama emily rose.

memandangkan paderi itu adalah hero dalam cerita itu, jadi kita menganggap paderi itu tidak bersalah dengan dimasukkan lagi elemen-elemen dirasuk syaitan dan penentangan serta perjuangan paderi kristian itu untuk menentang syaitan.


akhirnya, paderi itu dianggap tidak bersalah dengan kehebatan peguambela yang membela paderi itu dengan keadaan mental beliau yang sejak dari mula tidak mempercayai alam ghaib kepada percaya akan kewujudan hantu dan syaitan termasuk beberapa gangguan yang dialami beliau termasuk bangun pada pukul 3 pagi setiap hari.


di sini, aku bukan lah nak menjadi pengkritik filem. cuma aku pelik akan prosiding yang berlaku terhadap kes sosilawati ini. kita masyarakat malaysia pasti sudah sedia maklum tentang kes ini. tentang siapa yang membunuh, bersalah atau tidak, dan tentulah kita akan kata mereka bersalah dengan diperkuatkan lagi dengan pengakuan bersalah mereka dan bahan bukti yang cukup terhadap kes ini.


antara sedar atau tidak, mereka telah menyentuh sensitiviti perkauman dengan membakar mangsa seperti pengkebumian hindu di bulan ramadhan!

bagi aku, kesemua 6 Jahanam ini harus dihukum mati dengan secepat mungkin tanpa melalui proses mahkamah yang sangat lama.


tapi aku sebagai rakyat biasa, memang tidak layak untuk mempertikaikan undang-undang malaysia. aku cuma berharap agar kesemua mereka dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan jenayah kejam yang telah mereka lakukan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...