05 November 2011

eat your own brain

hujan renyai-renyai membasahi bumi. ah! fikiran ku tersentap di kala lamunan. kalau macam ni memang stim bole layan perasaan tambah pula dingin-dingin sayu ni. aku mengambil sebatang rokok lalu di nyalakan pantas. dengan perlahan dan khusyuk aku menghembus asap berkepul-kepul pekat beransur-ansur hilang di tiup angin.

pelbagai peristiwa berlaku dengan pantas di sekeliling aku. banyak benda dan maklumat yang perlu otak aku analisis dan mencari penyelesaian. kehidupan yang memerlukan maklumat yang banyak dan permainan wayang dengan rakan sekerja sangat memenatkan tahu?

itulah asam garam dalam kehidupan. kau takkan boleh lari dengan masalah. apa yang perlu kau buat adalah menyelesaikan masalah. jangan takut untuk berdepan dengan masalah. lambat laun kau akan belajar bagaimana caranya untuk menghadapi semua itu.

in the end of the day, kau akan belajar sesuatu yang kau tak pernah tahu selain kau mencuba dahulu.



selamat hari raya aidil adha untuk semua umat islam di seluruh dunia!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...