07 April 2011

entri ruang maya - part 9



sekali lagi aku menulis di dalam ruangan entri ruang maya ni. dan kali ni sekali lagi berkisar tentang facebook yang menjadi medium paling efektif untuk berinteraksi sesama sendiri di dalam arus kemodenan ini.

semalam aku baca paper, ade sorang budak tulis suicide note kat fb. aku kurang pasti beliau orang malaysia atau seorang beragama islam. kerana semasa membaca tu, aku tergelak kecil sambil menggelengkan kepala menyedari bahawa perkhidmatan fb sudah di gunakan sehingga ke tahap itu.

aku memang tak sangka. dan selepas ni, mungkin ramai yang nak bunuh diri seperti seorang awek di KB Mall tu akan mengupdate status kat fb dulu. dan aku nasihatkan, anda mestilah mempunyai BlackBerry atau iPhone. ye la, takkan nak bunuh diri kene cari wi-fi connection dulu pulak.


dan untuk kes buli cyber pulak, aku tak nak komen panjang. kau semua mesti dah tau kan. dan secara sedar atau tidak, kau mungkin pernah terlibat ke arah itu. cuma yang membezakan, sama ada kau serius, atau sekadar niat bergurau dan membahan sesama member.


STALKER - anda tau apa maksud nya? ok sila google. dan kepada yang da tau, kau mesti rasa benci, menyampah, meluat dan sewaktu dengan nya terhadap si stalker tu kan. aku pun sama. dan stalker ni terbahagi kepada 4 iaitu



1. stalker kecil-kecilan


suka tengok gambar awek-awek cun dan sexy dan hot hanya untuk sajian mata dan tidak lebih dari itu. kebanyakan nya adalah lelaki. perempuan juga tidak terkecuali dalam kategori ini.








2. stalker pertengahan


suka baca status kau dan komen-komen antara kau dan kawan-kawan. tapi tidak akan mencampuri urusan peribadi kau kerana ia adalah untuk suka-suka.




3. stalker besar-besaran


dalam kategori ini, si stalker itu suka tengok gamba-gamba dan suka baca status dan komen-komen kau. pada masa yang sama, beliau akan komen pada gamba dan status kau seperti "u're so gorgeous~" atau "cute nye u ni..sapa name u ekk?" atau "hye u ni kawan liyana jasmay ke? patut la macam kenal~" dengan tujuan untuk mendapat perhatian dari kau. jadi, proses mengorat dan seterusnya akan dijalankan.



jika proses mengorat itu tidak berjalan dengan lancar, atau kau memang da rasa beliau ni annoying, si stalker ini tetap jugak meneruskan usaha untuk mengorat/menganggu kau. terpulang pada kau untuk delete beliau dari friendlist.



4. stalker bangsat


dah nama pon bangsat. mesti lah beliau buat kerja-kerja yang bangsat. contohnya adalah add kau kat fb, lebih teruk lagi, beliau menukar identiti jantina. mungkin beliau khunsa. ingin mengetahui semua perkara yang berkaitan dengan kau. termasuk kawan-kawan, dan juga family kau. dan selepas itu, tag gambar kau kat kawan-kawan beliau, atau status kau di ajuk, untuk mengutuk dan memalukan kau.




biasa nya, stalker ini adalah couple kepada ex-bf/ex-gf kau. dan, status hubungan mereka rasa terancam disebabkan kau. aku gelarkan jenis orang ini sebagai loser dan tidak yakin pada diri sendiri sehingga sanggup menyusahkan orang lain semata-mata untuk kebahagiaan diri sendiri.




seperti dalam entri ruang maya yang lepas-lepas, aku nak tegaskan, banyak keburukan yang berlaku dengan kemajuan teknologi yang canggih zaman sekarang berkaitan alam maya ini termasuk facebook.



nota lemak : aku dalam kategori stalker kecil-kecilan. hahaha. kau pulak?


1 ulasan:

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
rxz 5 speed 6 speed catalyzer

aku pun sama kecil-kecilan tak ade untung pun rasanya.... apapun aku suka luangkan masa ajerrr kat blog ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...