27 Mei 2011

only time will tell



okay. aku rasa nk update entri. tapi malang nya, aku tak tau nak tulis pasal apa. aku kosong. buntu. tiada apa yang sedang bermain di fikiran aku. atau, harus aku katakan, macam-macam yang terlintas kat dalam kepala aku ni.

tak faham? bermakna aku berfikir tentang banyak benda, bukan aku yang nak berfikir pasal benda tu. tapi dengan tak sengaja atau secara automatik ia datang bermain di benak fikiran aku ni. dan apabila ia datang, aku akan berfikir tentang nya. tapi hanya untuk sementara waktu. hanya mengambil masa yang sekejap untuk ia terlintas di kepala ku.

mungkin aku yang tidak mahu memikirkan nya. dan ia merangsang sel-sel dalam otak ku supaya menolak benda tu pergi jauh dan hilang entah ke mana.

ada satu masa, aku inginkan hidup aku sempurna dan tiada masalah.

ada satu masa, aku ingin menjadi watak hero dalam komik atau manga yang tidak perlu memikirkan masalah atau perkara kronik yang sedang dialami di dunia ini. hanya inginkan kebebasan dan keamanan sendiri tanpa perlu memikirkan tentang orang lain.

ada satu masa, aku ingin menjadi hero dalam cerita-cerita filem hollywood. dengan berbekalkan ke-kacak-an dan ke-gentleman-an yang beliau miliki, boleh mencairkan hati semua wanita di dunia ini. oh betapa aku kagum dan pada masa yang sama begitu cemburu pada beliau.

ada satu masa, aku inginkan kejayaan dalam kerjaya yakni aku berjaya mencapai cita-cita aku dan tunjukkan pada semua orang yang memandang rendah pada ku bahawa aku bukan lah seperti apa yang mereka sangka.

ada satu masa, aku inginkan kekayaan dan kehormatan yang dapat membuat kan semua orang mengkagumi ku. ah tidak perlulah sekaya Qarun, atau sekaya Donald Trump dan Bill Gates. cukup ia sekadar memberi keselesaan dalam hidup ku tanpa ada apa-apa yang kekurangan.

ada satu masa, aku inginkan bakat untuk bermain alat muzik dan membuat lagu untuk memikat dan mencairkan hati para gadis memandangkan sekarang ini gadis-gadis sudah mula demand untuk mendapatkan seorang jejaka atau boyfriend yang pandai bermain alat muzik atau secara tepatnya, pandai bermain gitar dan boleh menyanyikan pada gadis itu lagu-lagu yang syahdu tatkala sedang dating di tepi pantai.

ada satu masa, aku inginkan seorang teman yang dapat aku curahkan perasaan dan dapat bersama aku di waktu susah senang ku.

ada satu masa, aku inginkan segala-galanya berjalan dengan sempurna tanpa ada cacat cela.



apakan daya, semua itu hanya angan-angan dan mimpi yang tak mungkin dapat aku kecapi. sebab itu aku menolak semua itu pergi jauh dari fikiran ku. kerana ia hanya boleh didapati di dalam komik dan filem hollywood.

" Just go with the flow "

aku sebagai seorang manusia biasa memang banyak kekurangan dan tidak sempurna.

kini, aku hanya hidup seperti biasa dan cuba berusaha untuk menempuh hari-hari mendatang selagi kudrat ku termampu sehingga saat nyawaku kembali kepada-Nya.


" Think you are in heaven, but you living in hell "


1 ulasan:

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

jenis jenis kereta mpv

Ini jalan telah buntu
tak ada lagi pintu
tak juga celah bagi angin lalu
Ibarat tangan

kau sudah berbimbing
aku yang harap memasang cincin
cuma menampik seperti
bertepuk di luka (dada) sandiri

sejak itu,
kurelakan saja hati
di pasung sunyi

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

jenis jenis kereta mpv

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...