11 Mei 2011

entri sempena hari ibu


salam semua.

aku pernah membincangkan perkara ini dengan seorang sahabat ku iaitu encik azli. jadi terdetik di fikiran aku untuk menulis entri ini.

encik azli menyatakan bahawa :

" jangan salahkan orang lain atas kegagalan diri sendiri. ramai anak yang suka salahkan ibu bapa dan faktor sekeliling bila tidak berjaya. bila fikir betul-betul, hidup ini adalah kepunyaan kita sendiri. Allah s.w.t dah kurniakan kita akal fikiran. dah bole bezakan sendiri baik dan buruk. jadi wajarkah kita menyalahkan orang lain? adakah wajar merosakkan hidup sendiri sebab kesilapan orang lain? nobody is perfect! " dan,

" bapak nabi Ibrahim pun merupakan penyembah berhala. kalau tengok sejarah pun ramai orang-orang hebat tapi bapak dia penyamun. pepatah melayu pun kata yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan. yang baik tak nak ikut, dok ikut yang buruk je buat ape. "

untuk menjawab pernyataan di atas, aku sangat menyokong akan pandangan beliau. aku mengambil contoh Durrah binti Abu Lahab. Abu Lahab ialah bapa saudara nabi Muhammad dan juga musuh utama Islam. Arwa binti Harb iaitu isteri pada Abu Lahab juga merupakan musuh Islam. tapi Durrah merupakan antara wanita terawal yang masuk syurga.

harus aku tegaskan disini. itu adalah pada zaman nabi dan permulaan perkembangan Islam. yakni mendapat tentangan hebat dari musuh Islam dan juga iman dan akidah orang Islam pada masa itu sangatlah hebat.

kita tengok pula pada zaman sekarang. manusia akhir zaman yang hampir goyah keislaman nya, dugaan yang hebat dari pelbagai segi, dan juga kurangnya tanggungjawab individu dalam institusi kekeluargaan.

aku tak nak menceritakan dan membahas mengikut hadis dan sunnah. ilmu aku tidak cukup untuk itu. untuk masalah ini, kita cuma perlu berfikir secara logik.

anak adalah ibarat kain putih yang akan mengikut saja apa yang di coret oleh ibubapa nya. ibu bapa bertanggungjawab penuh dalam penjagaan anak dari segi ilmu agama, ilmu dunia, pembentukan keperibadian dan emosi. proses pembentukan dan pembelajaran adalah bermula dari rumah dan bukan di sekolah.

jika kita tengok dari segi "dorang da boleh pikir sendiri. dah matang." ok pada umur berapa yang menentukan anak-anak ni dah matang? 7? 12? 15? 23? atau selepas mimpi basah dan mendapat suara ramli sarip? jadi sebelum umur tempoh matang itu, apakah peranan ibu bapa? di situlah tugas besar sebagai ibubapa dilaksana. memberitahu beza baik dan buruk, betul dan salah, mengajar ilmu agama, dan sebagainya.

selepas anak sudah boleh berfikir sendiri, adakah tanggungjawab ibu bapa sudah selesai? tidak sama sekali. ibu bapa tetap ada tanggung jawab dalam membetulkan hidup seorang anak. cuma dosa pahala saja yang tidak lagi ditanggung oleh ibubapa. dan itu pun bergantung pada cara penyampaian dan penerimaan dan komunikasi antara anak dan ibu bapa. sampai satu tahap, ibu bapa dan anak mempunyai ego yang tersendiri. pasal ego itu akan aku bincangkan di entri yang lain.

ibu bapa merupakan idola dan role model bagi anak-anak. sebagai idola, ibu bapa harus menjadi contoh yang baik. perangai dan sikap anak kuat dipengaruhi oleh ibubapa. dan akan timbul satu idea " bapak aku pun perompak, bapak aku pun tak kesah kalau aku merompak, jadi aku tak rasa perbuatan aku ini salah". walaupun dia tahu bahawa merompak itu salah di sisi undang-undang dan agama, tapi dia tetap tak rasa bersalah sebab role model nya begitu.

" bapak borek anak rintik " dan " cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari "

tak semestinya begitu. sebuah keluarga yang porak peranda boleh melahirkan seorang pemimpin yang hebat. sebuah keluarga yang bahagia boleh melahirkan seorang penyangak. itu semua bergantung pada individu itu sendiri. yang pasal menyalahkan ibubapa jika tak berjaya itu, itu semua bergantung pada cara dia dibesarkan, cara pembelajaran dan faktor nilai murni yang diterapkan dalam keperibadian anak-anak.

jika dia dilahirkan dalam sebuah keluarga bahagia tetapi menjadi penyangak, kita tengok pada faktor sekeliling tempat tinggal dan juga faktor rakan sebaya. semua itu adalah subjektif. dan memang akan berfikir " hidup kau sendiri, kau dah besar, kau boleh fikir sendiri ". dan jangan disebabkan kau dilahirkan dari sebuah keluarga penyamun, kau nak salahkan ibubapa dan dengan sendiri kau menjadi penyamun. disinilah faktor rakan sebaya memainkan peranan. jika ibu bapa gagal mendidik, rakan-rakan di sekeliling yang akan membantu membetulkan pemikiran yang telah dicemari dengan nilai mazmumah.

semua itu adalah subjektif. yang pasti nya, kadar peratusan untuk seorang anak menjadi penyangak dan tidak berjaya dalam hidup datang dari sebuah keluarga yang porak peranda adalah sangat tinggi. dan yang penting, jangan dibebani oleh masa lalu dan berusaha untuk menjadi seorang yang terbaik untuk ibubapa, anak-anak dan masyarakat.


akhir kata, selamat hari jadi pada ibu ku dan selamat hari ibu pada semua ibu di dunia ini.

4 ulasan:

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
diy bumbung kereta karat

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
bila blog kena block timbul

diy bumbung kereta karat

~~~~~@@@~~~~~~
Selamat Hari Guru
~~~~~@@@~~~~~~
Wahai guru yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati
~~~~~~~~~~~
Ya Allah peliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga
~~~~~~~~~~~
Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna
~~~~~~~~~~~
Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati
~~~~~~~~~~~
Ampunkanlah wahai guruku,
Kesilapan anak-anakmu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Agar terdidik nafsu liarku
~~~~~~~~~~~
Dengan izin Allahu Rabbi,
Engkaulah guru yang sejati,
Engkau bersabar mendidik kami,
Moga dirimu diberkati
~~~~~~~~~~~

Afzainizam berkata...

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
diy repair dan spray helmet lama

Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...