23 Ogos 2010

silent anger

korang semua biasa pergi ke majlis? atau kenduri yang di penuhi sanak saudara? dan bergurau senda sesama mereka. berbual dan berbicara tentang kehidupan terkini. setelah mungkin tidak berjumpa dalam jangka masa yang agak panjang. mungkin setahun sekali. mungkin dua tahun sekali. apabila ada sesuatu majlis keramaian, atau apa-apa majlis sekalipun termasuk majlis pengkebumian.

secara jujur nya aku tidak begitu menggemari aktiviti ini. bukan kerana aku malas. dan bukan kerana aku sombong. juga bukan kerana aku kera sumbang. tetapi adalah kerana aku tidak suka akan sesuatu perkara yang selalu terjadi ketika majlis berlangsung.

adik beradik dan saudara mara merupakan pertalian darah antara kita. walau seburuk mana pon seseorang itu, air dicincang tidak akan putus.

tapi kenapa kita hanya berjumpa saudara mara hanya apabila ada majlis perkahwinan, atau majlis pengkebumian. sedangkan mungkin rumah mereka hanya sejengkal dari kita. dan akui lah, kita berjumpa kawan 100 kali ganda lebih kerap dari jumpa saudara mara.

jika kita tidak berjumpa kawan walau seminggu sekali, kita akan resah dan gelisah. tetapi kita akan puas jika berjumpa dengan saudara mara walau setahun sekali.

aku tidak faham kenapa. dan jangan bimbang. aku juga adalah sama seperti di atas.

perkara yang paling tidak disukai aku adalah, apabila semua orang berjumpa dengan ku, dan bertanyakan khabar. yang serupa dan sama tiap-tiap tahun.

" kau da habis belajar belom? bila nak habis belajar? "

" kau bila nak kahwin? dah ada calon belom? "

" eehhh kenapa kau ni makin gemok? "

dan....................

aku menjawab dengan jawapan yang sama tiap-tiap tahun.

" belom lagi. tahun depan kot. "

" lambat lagi. belom ada lagi. "

" err makin gemok? mungkin hanya ilusi je tu. "

damn!!!

kini aku faham apakah perasaan orang gemok yang di kutuk oleh aku. dan mereka yang dituduh tidak puasa di bulan ramadhan disebabkan perot yang membesar.

3 ulasan:

mrberett berkata...

moral of da story : jaga mulut :)
bak kata karam singh walia...terbakar kampung nampak asap,terbakar hati siapa yang tahu

Afzainizam berkata...

Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..
♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•' ´¯)♥
♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸**¸.•'´¯)¸.•'´ ¯)♥♥
----==--Ramadan Mubarak---==----
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥♥♥*`'•.¸_)`'• .¸_)
♥(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•. ¸_)♥
Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

eemmmm kang kadang kekata kita itu akan balik semula ke pada kita... paling teruk makan penampau atau makan penumbuk...

ha.... sebab pulut santan binasa sebab mulut kita gembira

Afzainizam berkata...

.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•.
----==--Kami Mengucapkan---==----
Selamat Hari Kemerdekaan ke 53
'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•'
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com

kangkadang perkataan gemuk itu isu sensetiff tapi kalau dah dia gemuk takan nak panggil dia kurus plak ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...