05 Ogos 2010

selamat bulan lapan

salam semua. hari ini aku masih di cc. tiada apa2 perubahan pon yang berlaku. perot ku juga masih pada saiz yang sama. boncit.

hari ni saje2 nak update blog. aku pon tak tau nak tulis pasal ape. tapi aku tetap nak update. perlukah aku ceritakan tentang keadaan semasa? tentang apa yang aku baca di paper? aku pasti semua orang pon sudah tau. lebih menarik jika aku tulis apa yang korang semua tak tau lagi. apa yang korang tak tau? entah. aku pon tak tau apa yang korang tak tau. tapi korang tau ke apa yang aku tak tau? itu juga aku tidak pasti.

yang pasti nya, sekarang ni aku sedang menekan keyboard dengan pantas dan garang. sambil muka penuh khusyuk dan konfiden melihat skrin monitor. dan aku yakin, orang kat sebelah aku ni sedang kagum pada ku. kerana aku sedang menaip keyboard dengan pantas. mungkin beliau menganggap aku sedang menaip esaimen. atau sedang menaip coding2 seperti seorang hackers. dan beliau cuma bermain game PES di sebelah. tanpa arah tujuan. tanpa masa depan. dan golllllllll. oh beliau sedang down sekarang. padan muka ko.

kenapa aku selalu ke cc? mungkin ada yang tidak tau lagi. ini adalah kerana tenet di rumah ku sudah dipotong. kenapa tidak menggunakan wifi? maaf. aku tiada laptop. atau lappie dalam panggilan cute. jadi aku tidak boleh pergi ke starbucks dengan muka cool dan menggunakan tenet free selama 12 jam dengan minum segelas ice blended yang paling kecik. kat mamak kan da ade wifi sekarang? errr kau nak jadi golongan yang di keji oleh mamak? lepak dari 9 malam sampai pukul 4 pagi dengan hanya order secawan teh tarik? tapi kan fungsi henpon sekarang kan ade wifi? oh maaf. aku pakai henpon murah je. kau kenal nokia 3310? bukan itu. tapi memang murah lah henpon aku ni.

okay. aku dah merepek. masa juga da nak abes. jadi sampai sini je lah aku merepek.

aku chow dulu.

2 ulasan:

iamwhoiam berkata...

cantik template baru anda... sy suka!

Fit berkata...

iamwhoiam : terima kasih atas pujian anda..blog anda juga sgt menarik..keep it up =)

bro afzainizam : ramadhan bulan yang mulia..meninggalkan sifat mazmumah..meningkatkan amalan mahmudah..semoga kita selamat dunia dan akhirat..selamat menyambut bulan ramadhan =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...