16 Januari 2011

entri ruang maya - part 7

tahun ini tahun 2011. kita sudah mencapai pelbagai kemajuan dalam pelbagai bidang. manusia sudah semakin moden dengan gaya hidup yang tersendiri.

kita mesti bergerak seiring dengan kemajuan yang pantas ini. jika lambat, kita akan ketinggalan. jika laju, kita akan maju. kita mesti berusaha untuk bersaing. jika tidak bersaing, kita akan tergolong dalam kategori orang yang ketinggalan. dan tanpa persaingan juga, kita tidak akan maju hatta selangkah pun.

sama juga di dalam percintaan atau perkahwinan. jika kau lambat, kau akan melepas. jadi kau kena cepat bertindak. siapa cepat, dia dapat. dalam zaman sekarang, persaingan adalah sangat hebat. dan ramai yang akan bersaing dengan kau. untuk merebut orang yang kau cintai.

sekarang bukan zaman tv hitam putih lagi. pada masa itu, persaingan mungkin agak kurang. dan soal jodoh itu ditentukan oleh ibubapa. yang mana kau dengan selamba pergi meminang gadis yang belum pernah kau bertemu, dan jika ibubapa dia setuju, pernikahan boleh dilangsungkan.

sekarang zaman sudah berubah. perkahwinan bukan lagi ditentukan oleh ibubapa. ibubapa hanya merestui saja. soal jodoh, pandai-pandai kau la. jika kau pergi meminang anak gadis tetapi belum pernah bertemu dengan beliau, mungkin kat muka kau akan dihadiahkan cop bata atau asadi. nak lagi up, jenama lacoste beserta cop sirim kat dahi.

lebih merumitkan, kau kena bersedia untuk menghadapi kenyataan yang gadis zaman sekarang mungkin tidak relevan untuk kita gelar sebagai gadis. dan lelaki zaman sekarang juga bukan lagi di gelar teruna. aku tidak katakan semua. tetapi aku menyatakan dengan pandangan yang menyeluruh. harap kau semua faham.

yang paling penting, kau perlu membuat persediaan yang secukup nya. kau perlu ada duit, kerjaya, kereta, harta, dan lain-lain. tanpa itu semua, dan di zaman sekarang, mustahil kau akan dapat memberi kebahagiaan pada seseorang. anda tak percaya? cuba lihat di sekeliling anda.

aku menulis entri ini selepas tengok cerita 'ketika cinta bertasbih'. dan di dalam cerita itu, beliau banyak kali tidak jadi kahwin kerana lambat bertindak. dan seperti yang aku katakan, zaman sekarang ni siapa cepat dia dapat.

kesimpulan nya, kalau jodoh itu, memang tak kan ke mana. ikut mana pun, kau pusing ke mana pun, kalau da jodoh, tetap akan dapat jugak.

5 ulasan:

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum... Maaf lama kami tak ziarah blog kamu..


EEEEMMM takkan lari gunung dikejar .... kalau dah jodoh tu tak kemana kalau ade rezeki ade lahhhh jodohnyerrrrr....

myLady berkata...

wah...ayat anda..hikhik
kalau ade jodoh xkeman..
kalau dah jodoh awk dgn saya nak wat camne hahaah....lol..guraw je tuanrumah heheh...best kan ..ketika cinta bertasbih...aperpun..
dunia makin maju..dugaan byk..
kuatkan iman...

Fit berkata...

afzainizam : haha takkan lari gunung di kejar..btol gak tu..tapi ape pon, tetap kene kejar gak..kalo nk yang terbaek, kene bersaing untuk jadi yang terbaek la kann huhuhu

mawar khayalan : haha kalo da jodoh sy dgn awk, nk wat cane kan hehe gurau2..setiap org ade jodoh..lambat atau cepat, siapa, tu sume kerja Maha Esa..tapi kene usaha sikit la..kalau dok mengangkang je kat umah, mmg sampai tua la x kawen haha..kalo da usaha kaw2 pon, tp xdpt gak, tu bkn jodoh la tu huhu.."cinta sejati itu menyembuhkan, bukan menyakitkan" wah3 amek ayat dalam cite tu hahahaha

myLady berkata...

wah..sudah hafal dialog ..
heheh ayat die best hmm
heheh....betul ketentuanNYA...
kalau dgn awk pun sy terima (blushing nih ) guraw....heheh
betul...usaha...hahaha

Fit berkata...

dialog hafal siap2..kang nk ayat awek senang hahahha ganbatte ne~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...