14 Januari 2011

entri ruang maya - part 6

yoosshhaa~~!!

da lama aku tak menulis untuk ruangan entri ruang maya ini. bukan aku tak nak menulis. tetapi agak ketandusan idea dan tiada bahan menarik untuk di ketengah kan.

cerita ini aku masuk kan di bawah tajuk entri ruang maya adalah kerana aku tengok benda ni pon kat youtube. youtube juga adalah salah satu penghubung dalam ruang maya juga kan. dan aku dapat tau pon adalah daripada posting orang kat dalam facebook.

baiklah. kisah ini adalah berkenaan dengan pertandingan raja lawak musim ke 5 yang baru je start. aku tidak berminat dengan raja lawak sekarang. hanya raja lawak 2 iaitu zaman2 nabil je yang berjaya menambat hati aku dan memaksa aku lepak kat umah pukul 9 tiap2 ari jumaat. tapi itu dulu.

sekarang punya lawak memang bole tahan. memang ok. cuma aku tak suka dengan bahan2 lawak yang mereka gunakan iaitu kematian. padahal banyak lagi bahan yang bole dijadikan sumber untuk berlawak selain kematian. yang sedih nya, mereka berlawak dengan menggunakan contoh mak mereka sendiri. seperti " eh, semalam mak aku mati. aku lupa yang mak aku mati ".

lantas aku terkesima. terkedu dan terkunci segala kata-kata. alangkah kurang ajar lawak kau itu. kenapa kau boleh berlawak dalam soal kematian. mak sendiri pulak tu. aku tak tahu samada mak kau masih hidup atau tidak. tapi kalau mak kau masih hidup, apa yang dia rasa jika anak sendiri berlawak tentang soal kematian beliau? sedih bukan.

ironi nya, penonton yang ada di situ pon bole ketawa sekali seolah-olah kematian itu sesuatu yang lucu. aku hairan. bayangkan jika ibubapa tengok raja lawak ni bersama dengan anak-anak mereka. dan anak mereka akan ketawa jika soal kematian ibubapa dijadikan bahan lawak. apa perasaan kau jika kau di tempat ibubapa itu?

aku tahu itu hanya semata-mata tujuan berlawak. tetapi, sedarkah kau yang kita sebagai orang islam dan orang melayu, sangat sensitif tentang perkara ini?

sebab itu aku katakan, yang aku tidak berminat dengan raja lawak sekarang. dan seingat aku, nabil tidak pernah berlawak tentang kematian. kumpulan sepah pulak banyak berlawak dengan double meaning yang lucah. itu juga tidak digemari oleh golongan ibu bapa. kalau ibubapa anda bersikap america, itu lain cerita.

kalau lawak untuk mengutuk orang, aku tak kesah sangat. aku pon bukan nya baik sangat pon. mengutuk orang tu standard la. tapi kena agak-agak la kan. jangan sampai menjatuhkan maruah sudah la.

sekian.

baca juga :


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...