16 Jun 2010

entri ruang maya - part 2

ketaksuban ingin menjadi cool dan hot terserlah di dalam facebook melalui gamba-gamba yang diupload. gamba-gamba ini berjaya menarik minat orang ramai untuk berkenalan dengan mereka dan pada masa yang sama menunjukkan betapa mereka berada di dalam golongan orang yang hot dan cool.

1. gamba clubbing

gamba clubbing di rangking no 1. ingin tunjukkan pada dunia yang beliau tidak ketinggalan zaman dari segi membaratkan diri dan tidak langsung peduli dengan adab-adab ketimuran di malaysia. bertindak membuka pekung di dada dengan mengupload gamba ini tanpa segan silu merupakan tanda tiada bantahan dari pihak yang sepatutnya.

2. gamba menyerlahkan tubuh badan

berada di ranking kedua. agak ramai juga yang upload gamba bergenre ini. mungkin ingin kan perhatian dan beliau berasa seronok jika ramai yang mengkomen gamba itu dengan kata pujian dan lebih-lebih lagi dengan ayat-ayat yang nakal dan ala-ala noty gitu. " wow..i suke tgk longkang u..geram nyeww~~" dan beliau akan membalas " hihihi thanks xoxo~~"

3. gamba dengan botol arak

perlakuan ini menduduki ranking ke 3. dengan muka kaya dan bongkak bergamba sambil tonggang arak dan tangan memegang botol beer atau liquor. aneh nya tiada perasaan malu sama sekali di riak wajah mereka. setakat ini juga aku belom jumpa gamba orang tengah isap dadah. mungkin disebabkan undang-undang malaysia tidak membenarkan. hurm~~

4. gamba comolot dengan bf/gf

ingin tunjukkan pada dunia yang mereka adalah pasangan loving couple yang lovey dovey honey bunny sweet-sweet gitu. oh~~~ indah nya di saat bercinta. dan secara otomatik gamba ini akan memberi persepsi pada orang ramai yang kamu telah melakukan seks.

5. gamba kereta hasil pemberian makbapak

dengan bermuka sombong dan bongkak kau bergamba dengan kereta skyline gtr r35 atau subaru impreza atau bmw m5. dan dibawah gamba tertulis " hye ladies..mlm ni i free..wanna join me to da club tonite?" sedar lah yang kau hanya menumpang kekayaan makbapak kau yang bersusah payah mencari duit tapi dengan senang kau menghabiskan hasil titik peluh mereka.

6. gamba muncung sedepa

gamba yang paling buat aku rasa nak sepak muka aku sendiri dengan kasut yellow boot timberland dengan tapak setebal 1 inci. yang paling best kalau muka kau memang muka pecah rumah ala-ala tongkang baru lepas kene bom tapi kau tetap ingin menampakkan ke-sweet-an di muka melalui gamba ini. tolong lah sedar dari mimpi.

7. gamba muka view dari langit

menduduki tempat terakhir dalam ranking ini. bertujuan untuk membuatkan muka kau lebih comel dan cute ala-ala amoi jepun. style bergamba yang di ambil dari jepun dan korea. ia juga boleh membuatkan muka kau kelihatan kurus dan cengkung serta mata kau kelihatan besar dan bulat.


bersambung lagi.

7 ulasan:

liza1907 berkata...

Haha... Itulah drama-drama kehidupan namanya! Obviously you're not into that, thank god masih ada youngsters yang bijak berfikir dan tak hanyut with nonsense. Alhamdullillah, your parents bring you up well. No worries if your seen not hip and cool because you are!

dela taufique berkata...

suke post ni. nti smbg lg tau

Fit berkata...

terima kasih pada yang menyokong..aku hanya sekadar ingin meluahkan pendapat aku saje..no offence yee..

dela taufique berkata...

hehehhehe :) nice try, nti smbg!

Fit berkata...

insyaAllah cik dela..

myLady berkata...

adeh....gelak terbahak....
rasenye....
tp yang muncung tuh terase sikit lah...dgn yang last tuh hahaha
yang lastu ade larh sumtimes
tp kan....sebabtuh dinamakan bukumuka ku kot..hahah
macm bentuk ade...
tp rase maksudkan over rall ape pun nice dude

Fit berkata...

tanx cik ery jay..
maaf jika anda terasa..sy hanya nk luahkan pendapat sy..
tapi itu lah drama kehidupan bak kata cik liza..
hehehe tanx again >_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...