20 Jun 2010

selamat hari bapa

hari ni 20 haribulan 6 tahun 2010. hari ni juga merupakan hari bapa. sebenar nye aku tak berape ambik port kat tarikh ni. tapi selepas baca beberapa blog yang lain, dan juga setelah membaca beberapa status di facebook, baru aku sedar yang hari ini adalah hari bapa.

secara jujur nya aku bukan lah seorang anak yang baik. bukan lah seorang anak yang soleh. juga bukan seorang anak yang prihatin. tapi aku bukan lah termasuk dalam kategori anak derhaka. anak yang derhaka dengan anak yang tak baik besar perbezaan nya.

selama 24 tahun aku menghuni di alam ciptaan Allah ini, bapa ku banyak berkhidmat untuk ku. beliau menjaga, membesarkan aku, mengajar aku erti kehidupan, dan banyak lagi jasa beliau sehingga tak terhitung oleh ku. sesungguh nya Allah saja yang dapat membalas jasa seorang bapa.

kata orang, seorang anak dapat membalas jasa kepada seorang bapa dengan menjadi anak yang soleh, anak yang berguna, dan anak yang berjaya dalam hidup. tapi, maafkan aku bapa. aku masih tidak mampu menjadi seperti apa yang setiap bapa di dalam dunia ini inginkan. maafkan aku.

aku banyak buat salah pada mu, banyak buat kamu kecik hati, banyak membuatkan kamu marah, banyak membuat kamu dukacita dan membuatkan kamu berasa nak sepak aku dengan sekuat hati.

tapi aku pelik, kamu masih tetap sayangkan aku, beri aku duit belanja ( ini penting! hehehe ), tetap menggembirakan aku dan tetap tidak berputus asa dalam membentuk aku menjadi seorang insan yang berguna. kata orang, bapa mana yang tidak sayangkan anak-anak nya. sungguh tepat ayat itu.

akhir kata, terima kasih ayah!! selamat hari bapa!! love u sooooo damn much!!! nanti org da kaya, org belikan keta nissan fairlady 350z untuk ayah. pastu bawak mama pegi dating tau.

1 ulasan:

Afzainizam berkata...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~۞~ Kembara~Mahkota~~Johor~۞~
~~۞ ~(KMJ) 2010~edisi~ ke12~۞~
~۞ ~~26 hingga ~28 Jun 2010~~۞~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

selamat hari bapa...

Abah oh Abah...
Kerana abah aku disini
Kerana abah aku gembira
Kerana abah kuterasa bahagia…
Terima kasih atas segalanya
Abah oh Abah…
Tak pernah kau keluhkan
Semenjak kecil aku dibesarkan
aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu
Teguran mu.. Marah mu..
Tanda sayangnya abah pada anak mu
Anak mu saja tak peduli dan buat tak tahu
Abah oh Abah...
Abah…engkau semangatku
kau padamkan air mataku...ketika aku bersedih…
Engkau penawarku ketika aku sakit…
ketika aku ketawa .. engkau turut ketawa
Abah oh Abah...
Namun ketika engkau berduka ?
Aku harap Akulah penawar duka laramu
Tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...