26 Jun 2010

pada satu kedudukan

di pendekkan cerita,

sedang aku berjalan-jalan di dalam bookstore di salah sebuah shopping complex yang terkemuka, mata aku tertarik pada sebuah novel ini. yang buatkan aku tertarik bukan lah pada rupanya, warnanya atau pada harganya. tetapi aku tertarik akan nama tajuk novel itu.

'Blog Priasetia'. itulah nama novel itu. lalu tangan ku mencapai novel yang di anggarkan mempunyai keberatan agak sama dengan dua pasang selipar jepon itu dan membelek-belek ingin mengetahui apa isi cerita nya. ketika aku sedang membelek penuh khusyuk, mata ku melirik pada ayat di satu perenggan ini.

"Tidak membuka laman blog itu sehari, Yuni Shora menjadi gundah. Tidak membaca apa yang di diktat oleh Priasetia, hidupnya menjadi serba tidak kena. Laman tersebut teman di waktu berduka. Seringkala ketika kesunyian melanda, Blog Priasetia menjadi temannya."

.................................................................

wow. aku kagum. aku sangat kagum. dan aku juga sedikit cemburu.

soalan yang sedang bermain di benak fikiran aku adalah

bagaimana blog aku ni boleh menjadi seperti blog Priasetia?

diminati oleh seorang gadis yang tidak sabar-sabar ingin melihat coretan ku pada setiap hari?

bagaimana ingin blog ku menjadi teman tatkala sunyi dan duka?

atau adakah aku patut membaca novel itu dan menjadikan blog beliau sebagai idola?

atau perlukah aku menukar nama blog ku ini dengan nama 'blog Priasetia' supaya diminati gadis seperti di dalam novel itu?

haih~~~~

5 ulasan:

myLady berkata...

perlukah??? priasetia:D:D
hahahha coretan setiap hari...;)

liza1907 berkata...

why do you want to be someone else when you're just great being yourself now..... just keep writing!

rashid ahmad berkata...

sbb ko...ko..hahaha..aku xleh nak ckp..sbb nak tergelak..tp apepon, agak2 ar....

Afzainizam berkata...

ha..ha... pria setia or pria Satria... kena ade kereta satria neo...kalu pria setia ni kena ade hati yang cukup setia

aku rasa kita lelaki setia yang menunggu wanita meminati ku di alam blog...

cayah lah lu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~۞~ Kembara~Mahkota~~Johor~۞~
~~۞ ~(KMJ) 2010~edisi~ ke12~۞~
~۞ ~~26 hingga ~28 Jun 2010~~۞~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Fit berkata...

maaf lmbt bls komen anda. agak mental lately.

ery jay : hehehe x tau lah perlu ke tidak. tp harap2 x la kan =)

liza1907 : tanx 4 ur compliment. ayat itu mungkin bole menguatkan semangat sy untuk menulis. tanx kerana percaya pada sy.

rashid : hahaha siot je ko kan. kentot kat muka kau. hahaha

afzainizam : heheh sbb aku xde satria neo tu maka aku xleh jadi priasetia. hahaha btw tanx bro.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...