06 Jun 2010

entri ruang maya - part 1


maaf. sudah agak lama tidak menghasilkan entri baru. ini kerana aku begitu sibuk menyiapkan report untuk praktikal. aku berasa sangat marah kerana disuruh siapkan report itu secara tiba-tiba oleh lecturer ku yang begitu tidak bertamadun.

demi melepaskan marah ku, aku ingin menceritakan tentang perkara yang sudah lama ingin aku luahkan tapi kerana ketiadaan idea, aku menangguhkan sehingga sekarang.

Facebook.

peralihan zaman dari friendster kepada myspace dan seterus nya ke facebook.

satu aplikasi yang paling ramai orang gunakan sekarang. ia nya dengan tujuan mencari dan berhubung kembali dengan kawan lama, kawan baru, awek lama, awek baru, balak lama, balak baru, mencari pasangan hidup atau pun hanya sekadar skandal. semua itu boleh dilakukan di dalam aplikasi ruang maya ini.

anda juga boleh menjadi seorang penagih. maksud di sini bukan lah menjadi penagih kepada bahan terlarang seperti dadah, unsur lucah, atau pil khayal. tetapi adalah ketagihan ber facebook. percaya atau tidak, seseorang yang mempunyai akaun facebook pasti akan membuka atau melayari facebook sekurang-kurang nya sekali sehari. jika anda tidak melayari facebook, hati anda akan sentiasa resah dan gelisah. itu merupakan petanda awal bagi yang telah ketagihan facebook-ing.

bagi yang telah dijangkiti oleh virus facebook-ing ini. jangan bimbang. anda tidak keseorangan. kerana aku juga telah ketagih akan benda yang sama. susah untuk membuang ketagihan ini untuk masa sekarang.

bersambung di entri akan datang.

3 ulasan:

liza1907 berkata...

disebabkan ketagihan itulah.... saya deactivate account facebook saya! sungguh tak ku percaya, ianya juga disebabkan gangguan emosi keterlaluan kepada makhluk-makhluk yang ada di dalam alam maya itu.... so no facebook for me!

selamat maju jaya berjuang menyiapkan laporan anda!

Afzainizam berkata...

┌─┐ ─┐
│▒│ /▒/
│▒│/▒/
│▒ /▒/─┬─┐
│▒│▒|▒│▒│
┌┴─┴─┐-┘─┘
│▒┌──┘▒▒▒│
└┐▒▒▒▒▒▒
└┐▒▒▒▒┌
Peace no war...
Sama2 la bagi sokongan atas usaha bersama ini..
Kami mengecam kezaliman ISRAEL terhadap saudara Gaza http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

heeee aku juga sekarang ketagih Facebook tapi dah beralih ke ketagih giler sangat kat main poker
duit dah 4 juta.. cuma hampir sakit jantung bila bertaruh sampai kalah teruk semalam...

gila vavi kan penagan alam maya ni kan... kalah teruk macam real plak rasanya

Fit berkata...

liza1907 -
oh itu menandakan kamu sudah membuat keputusan yang tepat. kata orang, tidak guna jika kita mempunyai sesuatu tetapi ia bisa menyakiti hati kita.

terima kasih atas sokongan moral yang di berikan. report ku sudah siap dengan jaya nya. alhamdulillah.

afzainizam -
haha. aku juga pernah seperti kau. ketagih main poker sampai sanggup pinjam duit kat org. tapi aku sempat hentikan ketagihan tu sebab asek kalah je. hahaha. pinjam duit org pon kalah lagi. tu yg malas nak main tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...