19 Jun 2010

entri tiada makna

petang tadi aku pegi berjalan2 dgn kwn2. sgt sakit hati dan sgt memenatkan. oh hari ni juga merupakan hari bujang. jadi aku hanya keluar bersama kwn ku yg masih bujang. dgn niat yg suci murni untuk menonton wayang, kami pergi ke alamanda. hampa. cerita yg kami ingin sgt nk tgk tu sudah full.

dgn berbekalkan semangat yg waja, kami pergi ke mines. juga hampa. cerita yg sama dah full. tanpa melengahkan masa juga tanpa mempersoalkan keajaiban piramid di mesir, kami pergi ke tropicana city mall. kenapa di tropicana? sbb ade suara2 halus memujuk "tmpt tu baru dowh. lawa tmpt die. aku da pegi itu ari. wayang die mesti lawa punye. aku tau jalan. ko ikut je." jadi sambil menyanyi lagu pasrah yang di dendang kan oleh erra fazira, aku memandu ke situ.

sesampai nye di situ, kami pergi merayu kat kaunter tiket meminta simpati. tetapi ibarat memberi bunga, dibalas kahak hijau, mamat kaunter tu berkata "err sori bro. tempat ni racist. takde cerita melayu kat sini." lantas kedengaran bunyi guruh kuat berserta kilat sabung menyabung di segenap ruang medula oblongata aku ni. dan di belakang kelihatan sekumpulan budak2 sekitar umur 13 tahun mendayu-dayu menyebut "hassan penakut. hassan penakut. wahahaha" .................. aku berfikir sejenak dan bertanya dalam hati, apa dosa ku?

selepas bermeditasi dan bermuhasabah diri selama 10 minit di tepi escalator, kami mencapai persetujuan untuk pergi ke tempat terakhir iaitu the curve. lantas kami calitkan muka ala-ala komando zaman jepun dengan kiwi air yang kebetulan berada di dalam bonet keta dan sepantas kumbang terputus tali aku memandu ke destinasi.

sampai saje di medan peperangan itu, aku mengambil langkah drastik dengan mengepal sebiji penumbuk ke arah mamat kaunter tiket tu. biasa lah. muka da komando, gaya mesti mau garang. "bro. ari ni je aku da pegi empat shoping complex semata-mata nk tgk cite melayu ni. aku da nak putus asa da ni. tolong la kasi aku tgk cite ni." rayu ku sambil menahan genangan air di mata. "sori la bang. sy bukan nye tak nak tlg. tapi cite ni hanya ditayang kan masa tengah hari je." kata beliau sambil teresak-esak.

ketika itu pelbagai persoalan melanda di benak pemikiran aku. kenapa amerika bersekongkol dengan israel? betolkah obama tu ahli freemason? bagaimana sungai klang dan sungai gombak bercantum? apa rasional nya nama kuala lumpur di ambil bersempena peristiwa itu? kenapa aku rajin sgt nk pegi tgk wayang hari ni??? shit!!!

selepas isi perot kat uptown damansara, aku berikrar di dalam hati. lepas ni kalau nk pegi tgk wayang, mesti mau booking dulu!! dan kekecewaan itu sedikit terubat sebab membe aku sanggup mengisi perot keta aku dengan istilah full tank. terima kaseh encik bun.

~sekian~

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

en.bun dh cite semuanya yg sbnrnya die xberniat nk full tank kn kete ko tp oleh kerna kelalaiannya ko dh mengepau en.bun tanpa beliau perasan.. ~ haahahah ~

mrberett berkata...

ermm...mane datang name kuala lumpur tu ye?

FarEast berkata...

Cerita nak gengster je kan..muka ganazzz, dlm hati ade taman..haha

Fit berkata...

tanpa nama : hahaha encik bun mmg berniat ikhlas nk belanje aku..hahahahahahahahaha

mrberett : ntah la..dulu mase aku nk belaja pasal ni, dan2 tu la cekgu sejarah aku kene buang keje sbb intai pengetua tgh berak..hahaha

FarEast : hahaha..taman astakona ni bai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...