24 Januari 2011

sejenak di cafeteria

tiba-tiba aku didatangi oleh seorang jejaka berkulit pan-asian lalu bertanya pada ku,

1. kenapa kau buat blog nih?

saje suka-suka. saje nak abeskan mase lapang aku. ehh pesal kau tibe-tibe tanye nih?

2. saje je nak tau. tak boleh ke? ape bende yang kau selalu post kat blog nih ek?

tak kesah. tanye je la. errmm macam-macam la. dari kisah hidup aku, impian dan juge angan-angan termasuk isu-isu semasa yang dibahaskan kat parlimen. hahaha. sebab kalu aku tak tulis, nanti aku mesti lupe nyerr

3. ok, aku da bace blog kau ni. tapi nape aku tgk cam tak menarik je. dah la satu post panjang2, pastu takde gamba ke, bling-bling ke ape ke. widget yang comel-comel ke? even surat kaba pon ade gamba la siall. pebende ko nih??

lain orang lain cara bai. aku bukan nye tak nak letak gamba. tapi aku rase bende tu tak perlu dengan isu yang aku ceritakan. lagi pon, bling-bling? ape tu? err widget yang comel? kau rase aku ni comel ke? kalau aku letak widget yang comel-comel, kau rase ade berape ramai penduduk bumi ni yang nak siku tengkok aku? tu tak termasuk dengan cacian dan ludahan kahak hijau dari dorang lagi. huh!!

4. ok ok.. kau jangan la nak emo sgt. aku simbah dengan cuka getah kang. aku admit entri-entri kau ni mmg ade isi dan pengajaran.. tapi kan, kau tak rase bende tu terlalu serius ke? kau kate dulu nak buat entri yang merepek dan tak berat sangat.

ermm ok aku cool down jap. kang jadi remy ishak muke aku kang. hensem ke remy ishak?? ok la mmg dulu aku ade cakap macam tu. aku nak buat entri yang merepek tapi dalam masa yang sama, aku akan cube selitkan moral ngan pengajaran kat dalam cerita tu. kire nye macam double meaning gak la. cume lately aku agak tak berape nak betol tahap mental aku ni. jadi aku teros ke kesimpulan dan tahap merepek aku makin lupus. aku akan cube buat entri yang lagi kebaboomm lepas ni.

5. nama blog kau ni, kenapa "kekeliruan maya"?? nape tak letak name yang hot-hot sikit. macam "julianaevan indahouse" ke, "akubudak-kl-" ke, "coolnhotismymiddlename" ke, ape ke. satu lagi, header kau tuh pesal camtu?

ehh kau ni banyak tanye plak. penampor nak?? ok laa aku citekan sikit-sikit pasal bende tuh. kekeliruan maya adalah tentang kisah-kisah atau isu-isu yang aku keliru akan kebenaran dan soal kewujudannya termasuk kenapa, mengapa, bagaimana, sebab, motif dan jawapan dari perspektif aku sendiri dan aku abadikan di ruang maya ini. header tu pulak, sebelah hujan, sebelah matahari. macam perkara yang berlawanan macam siang dan malam, baik dan jahat, terang dan gelap, yin dan yang.

6. wow! agak iluminati dan al-arqam jugak maksudnye tuh. tapi kan, blog kau nih tak berape nak femes sangat pon kalau nak di bandingkan dengan blog orang lain yang da beribu followers tuh.

perghh tacing gile bai kau tanye macam tuh. ok soalan kau nih aku nak jawab dengan nada yang serius dan muka yang yang garang. *tarik nafas dalam-dalam*. ade pelbagai cara untuk menambahkan followers. melalui pemerhatian aku, one of the most effective way ialah sistem barter, if u know what i mean. kata-kata yang pernah di sebut oleh kawan ku "setiap saat yang pembaca luangkan untuk membaca tulisan ku adalah hutang bagiku. jadi aku perlu melangsaikan hutang itu dengan membaca tulisan mereka jika tidak mahu dituntut di akhirat". aku ni bukan nye banyak mase terluang. so, aku tak pasti aku boleh pergi ke semua blog yang pernah melawat ku dan membaca hasil tulisan dorang. jadi cukup lah sikit-sikit je. lagi pon, followers yang beribu tu, belom tentu akan membaca dan menghargai setiap tulisan di dalam blog kau kan?

7. ermm betol jugak tuh. abes tuh kau tak nak guna nuffnang? aku dengar cite nuffnang tuh bole buat kau jadi kaya. berjuta income. followers kau pon bole jadi ramai.

maaf aku tak berminat. bukan nye aku tak nak duit. betol ni bai. tapi kalau kau ade nuffnang yang ade ads sume tu, kau akan jadi terlalu taksub untuk meramaikan followers. macam MLM pulak aku rase. mungkin salah pendapat aku. tapi itu yang aku rase. aku nak orang baca penulisan aku. jadi followers kerana penulisan aku. bukan untuk menambah followers sendiri dan main click2 untuk jadi kaye.

8. ok ok soalan last laa. kau rase aku nih hensem tak??

errr hensem kot. nape kau tanye camtuh? kau ni sape sebenarnye??

9. eh kau tak kenal aku? aku la awal ashaari dari Fuhh!

err..................................


selepas habis berbual, dia pon berlalu pergi meninggalkan aku yang terpinga-pinga. dia yang memakai selipar di kaki kiri dan kasut di kanan, dengan rambut yang serabai dan seluar yang da koyak kat bontot, sambil menyanyikan lagu master of puppet dari metallica, menghayun-hayunkan tangan yang memegang berus jamban dengan gaya darth vader. oh riang nye hati dia.

lalu aku bertanya dalam hati, betul ke dia tu awal ashaari? argghh aku keliru!!!

5 ulasan:

iamwhoiam berkata...

ni kisah benar ke kisah keliru ni Fit? :D

myLady berkata...

keliru gak ni...hehhe...
tapi mmg nk tanya pasal y xletak nuff:)
tapi tul..pandangan kamu ahaks;)

Fit berkata...

hahaha jgn keliru sgt..nnt u'ol ni terkeliru dengan ape yg cube aku kelirukan kat korang..eh ape aku ckp ni?? aku pon da keliru da

bukan penggoda berkata...

apokobondo eh. aku yakin bebenor itu bkn awal ashaari. kehkeh.

Fit berkata...

hahaha aku pon rase bende tu cam ilusi je..sbb seigt aku, awal ashaari tu hensem dowh..errkkk mcm gay je ckp camtuh hakhak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...