27 Januari 2012

kisah hidup seorang perawan - part 2

Sejak dari bangku sekolah lagi, Fareed Ramzi telah membantu ayahnya dalam segala urusan perniagaan. Sebelum bersara, ayahnya berjinak-jinak dalam perniagaan kedai runcit yang pertama kali dibuka di HUKM Cheras. Itu juga adalah kedai runcit terakhir dalam perjalanan bisnes bapanya.

Dengan umur yang masih mentah, Fareed membantu bapanya menjaga kedai. Pagi lagi sebelum bapanya pergi bekerja, Fareed dihantar untuk menjaga kedai kerana ketiadaan staf. Tengah hari barulah bapanya mengambil Fareed untuk dihantar ke sekolah memandangkan pada masa itu Form 1 & 2 bersekolah sesi petang.

Nak dijadikan cerita, kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh Fareed. Dari salah mengira stok sampai lah salah mengira duit untuk dipulang baki. Kalau dah nama nya manusia, duit terkurang dia komplen. kalau duit terlebih dia buat senyap je. Akibatnya, banyak jugak lah tamparan dan lempangan yang hinggap di pipi gebu si Fareed ni.

Memandangkan student kat dalam HUKM merupakan anak-anak orang kaya, jadi diorang tak berapa nak pergi ke kedai runcit Fareed ni. Mungkin diorang lebih suka pergi kedai luar dari kampus atau layanan yang tak seberapa mesra dengan cara yang tak bijak oleh seorang budak mentah menghapuskan niat mereka untuk berkunjung ke situ.

Disebabkan sambutan dingin yang diterima, jadi bapa Fareed ni membuat keputusan untuk menutup saja kedai runcit itu. Ye lah kan. Buat apa penat-penat menghantar mengambil Fareed dok ulang alik dari rumah ke Cheras untuk pulangan yang tak seberapa. Akibatnya banyak lah kerugian yang di tanggung oleh mereka.

Malang bertimpa, krisis di tempat kerja telah menyukarkan lagi perniagaan bapanya. Kau kan tahu, staff kerajaan tidak dibenarkan memiliki perniagaan sendiri atau mendaftarkan nama di dalam syarikat swasta.

Oleh kerana bapa Fareed terlalu percaya dengan rakan sekerjanya, jadi hal beliau memiliki perniagaan sendiri telah diketahui oleh bos. Kecewa dengan perbuatan khianat si lahabau itu, bapa Fareed membuat keputusan untuk bersara awal dari jawatan Ketua Pegawai Kesihatan di UKM. Satu kerjaya yang telah memberi nafkah kepada mereka 7 beranak bertahun lamanya.

Rahmat dari Tuhan, bapa Fareed melihat kejadian itu sebagai satu pintu ke jalan kejayaan dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Beliau meneruskan bisnesnya dengan menceburi bidang kontraktor pencucian.

Eh kejap! Mungkin ada yang blurr kalau sebut kontraktor pencucian. Okeh korang biasa tak nampak makcik-makcik cleaner kat kolej korang ke, tempat kerja korang ke, kat baju uniform yang diorang pakai tu kan ade nama syarikat. Haaa tu lah di namakan sebagai kontraktor pencucian.

Back to the story, pelbagai dugaan yang dilalui oleh bapa Fareed ni sepanjang bergelar kontraktor pencucian. Misi utama beliau ialah untuk memberi kesenangan kepada keluarganya.





errmmm macam panjang sangat je entri ni. aku stop kat sini dulu la. nanti korang boring pulak baca panjang-panjang. orang malaysia memang macam tu kan. bukan nye boleh bace ayat berjela. aku tau la sebab aku orang malaysia hehe

2 ulasan:

iamwhoiam berkata...

ehhh saya baca semua apa yang awak tulis... panjang-panjang pun!! (adakah saya bukan rakyat malaysia?? adakah saya PATI??) kahkahkah...

Fit berkata...

hahaha jgn bimbang..kamu bukan PATI as long as kamu ade i.c hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...