06 Januari 2012

new year smile

aku kat opis. ditemani lagu pramlee"tunggu sekejap". time-time kepala dah tingtong ni memang aku dengar macam "kau tunggu la sekejap celaka! aku sebat kau kang!"

kat luar tu tidak hujan seperti biasa. mungkin hujan pun dah bosan turun hari-hari. kesian kat aku yang naik motor ni. oh tu motor company. da habis berlumut bertanah body motor tu aku kejekan masuk site hari-hari. memang aku tak reti sayang harta company ni. cina tu da kaya da. buat apa nak sayang lagi harta dia.

okey sekarang aku tengah layan lagu osman bakar elah. eh bukan. osman jailani pemain seksafon. meremang gak bulu tengkuk ni. pukul dobelas lak tuh.

kat luar opis tuh bebudak tengah dok main dengan konkrit. biaq lantak pi depa la. aku dok opis layan ekon dgn tenet je. aku kan engineer. hahahaha (ada bunyik berlagak tak? sila lempang aku sedas dua!)

okey aku malas nak taip lagi. aku dah ngantok ni.

nota lemak : SELAMAT TAHUN BARU 2012 walaupun da agak lambat untuk di ucapkan hahaha


2 ulasan:

iamwhoiam berkata...

encik jurutera... tengok-tengok sket bawah meja, dalam laci tu ehhh bila keje sampai tengah malam!! :-p

jangan tak pandang belakang!!!

Fit berkata...

hahaha adooiiii ni yang tetibe rase meremang je ni..harap2 dia tak kacau la..tak mau terkejut dan terberak dalam seluar huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...