17 Januari 2012

kisah hidup seorang perawan

Mohd Fareed Ramzi datang dari keluarga yang sederhana. Bapanya seorang penjawat kerajaan yang telah bersara dan memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Ibunya juga telah bersara awal bagi membantu perniagaan ayah nya yang semakin berkembang maju.

Bukan lah background family si Fareed ni yang aku nak ceritakan. Ia tentang social life yang dilalui oleh beliau sepanjang 26 tahun ini.

Terus terang kata, hidup di Kuala Lumpur ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Bergantung kepada tahap kematangan pemikiran dan perbuatan supaya kau tidak tersesat ke lembah kegelapan.

Fareed bukanlah seorang yang alim. jauh sekali dikatakan bakal imam masjid negara. Alhamdulillah ibubapa beliau telah bekalkan dengan ilmu agama dari kecil lagi supaya tidak tersilap langkah dalam menilai kehidupan.

Dari kecil lagi, Fareed tidak di manjakan dengan kekayaan. apatah lagi bersikap boros. Fareed tahu, duit bukan mudah untuk di cari. Bersusah payah ibubapa mencari duit hasil dari titik peluh penat lelah mereka, mana mungkin beliau akan memboroskan duit dengan sia-sia.

Fareed tahu, beliau masih lagi di tanggung makan minum oleh parents memandangkan beliau masih belajar. kau pun tahu, duit ptptn memang tak cukup untuk menyara kehidupan sehari-hari.

Fareed tidak pernah mempunyai awek. bukan kerana beliau tak kacak atau tiada jodoh dengan awek.

Sebabnya mudah. Fareed ingin hidup bebas. bebas tidak dikongkong dengan gelaran boyfriend kepada girlfriend nya. dan juga beliau sedar, makan pakai masih lagi di tanggung oleh mak ayah. mana mungkin beliau nak belanja makan mahupun shopping beli hadiah macam-macam sebab nak pujuk kalau awek merajuk atau bawak pergi jalan-jalan dating. sedangkan duit itu datang dari penat lelah mak ayah yang penat bekerja.

semua itu memerlukan duit tahu?

jadi, Fareed berniat di dalam hati, apabila beliau sudah betul-betul berkemampuan dan strong dalam kerjaya, baru akan terlintas di hati beliau untuk mempunyai girlfriend.

tapi itu semua hanya rancangan beliau. masa depan memangtidak di duga. jodoh pertemuan itu atas ketentuan Tuhan bukan?

2 ulasan:

iamwhoiam berkata...

emmm... interesting cerita awak ni, encik jurutera.... sila la sambung dengan kadar segera ya!

Fit berkata...

adoii jangan lah begitu cik iamwhoiam..jangan lah panggil encik jurutera..segan pulak rase nye huhu..insyaAllah saya akan sambung kisah ini dengan kadar yang segera..terima kasih atas feedback anda :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...