27 April 2010

bujang senang


sudah lama aku tidak mengambil tahu tentang kehidupan orang2 kaya di dunia. maklumlah, aku ni hanya mampu berangan. kehidupan aku jika nak di bandingkan dengan orang2 kaya itu, bagai kan siput dengan burung helang. sungguh jauh beza nya.

dulu aku suka menonton rancangan2 di channel 712 kat astro. anda tahu channel apa kan. selalu mendebatkan tentang siapa yang paling kaya, siapa yang pandai berbisnes, siapa yang pandai berbelanja, siapa yang boros, workaholic, fashionista, model, handsome, cantik dan sebagai nya.

tapi sekarang tidak lagi. kerana aku terlalu cemburu pada mereka. aku selalu membandingkan diri aku dengan mereka. kenapa aku tidak dilahirkan kaya? kenapa aku tidak dilahirkan kacak? kenapa aku tidak dilahirkan berbakat dalam nyanyian, lakonan, dan sebagai nya. tapi aku cepat2 beristighfar. tidak elok begitu. kenapa? kau pegi tanya ustaz.

aku lebih suka tengok pasal orang2 kaya tu. jeles dowh. kau tak jeles ke? ada jugak orang cakap tak suka tengok benda2 macam tu. konon nya tu semua duniawi la, poyo la, tak menjamin masa depan la. tapi kalau kau pikir2 balik benda tu bagus jugak. bila da tengok kemewahan tu, mesti la akan berangan. dari berangan tu, akan timbul niat. dari niat tu, akan timbul impian. dari impian tu, akan timbul keazaman. dari keazaman tu, akan timbul semangat. dari semangat tu, akan timbul usaha. selepas kau usaha, baru kau tawakal. lepas kau tawakal, baru la kau akan dapat hasil.

jadi aku tanya kau, tak bagus ke rancangan tu? terpulang lah kat kau. yang penting aku suka.

akhir kata, Bill Gates bukan lah orang terkaya di Britain dan di dunia lagi. orang terkaya kat dunia ialah Carlos Slim Helu dan orang terkaya di Britain ialah orang india iaitu Lakshmi Mittal. sila google jika tak tahu. hmm. orang terkaya kat britain orang india pulak kan. lucu. seperti juga di Malaysia.

2 ulasan:

Afzainizam berkata...

Salam Dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~@@@@~~~~~

emmmm tertarik plak tentang fakta ko ni

"Bill Gates bukan lah orang terkaya di Britain dan di dunia lagi. orang terkaya kat dunia ialah Carlos Slim Helu dan orang terkaya di Britain ialah orang india iaitu Lakshmi Mittal."

Betullah tu kat malaysia pun orang india yang berebut ngan orang cina....

tapi tak kisahlah janji orang melayu masih berkuasa lagi... tapi orang kita harus beringat jangan sesekali lupa yang kuasa itu tak akan kekal lama kalau tak dijaga...

Kekayaan seseorang hanya dipandang dari perilaku yang baik, murni insya Allah semua kaum akan pandang mulia... Allah jua akan mengangkat darjat kita berhati mulia...

Ape guna harta berjuta kalau kita berhati busuk...

Fit berkata...

btul tu..lagipon aku tidak bermaksud racist dan masing2 punya hak dalam menentukan hidup dan sesungguh nya Allah itu maha adil dan setiap yang berlaku ada hikmah nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...