05 Mei 2010

taman rasyidah utama

cinta
begitu besar makna dan pengertian nya
terlalu dekat dengan kehidupan kita
seseorang akan mati tanpa cinta
seseorang akan hidup dengan cinta

cinta kepada Allah
cinta kepada rasul
cinta kepada malaikat
cinta kepada ibu bapa
cinta kepada kekasih
cinta kepada manusia
cinta kepada duniawi
cinta kepada akhirat
cinta kepada negara

terlalu banyak pengertian tentang cinta
cinta sering diadaptasikan dalam pelbagai bentuk
penceritaan, lagu mahupun puisi
kerana cinta adalah sebati dalam kehidupan
walaupun lagu mempunyai pelbagai genre
tetapi lagu cinta yang sering di perdengarkan

dapatkah kita mengenal cinta
atau cinta yang mengenal kita
cinta mengajar kita erti kebahagiaan
cinta mengajar kita erti penderitaan
cinta yang mendewasakan kita

cinta yang sejati
tidak dapat dituturkan dengan seribu bahasa
tidak dapat diluahkan dengan seribu perbuatan
hati yang suci mengenali cinta sejati
hati yang mengagumi kebenaran cinta teragung

berjuanglah demi cinta
cinta yang tidak boleh di jual beli
cinta yang tidak boleh di tukar ganti
cinta yang tidak mengenal mati
bertahan walau seribu tahun lama nya
bertahan walau menempuh seribu dugaan
bertahan walau terpaksa mengharungi seribu rintangan

cinta adalah azimat kehidupan
yang sentiasa menyinari hati
yang bisa merubah hidup kita
yang membimbing perjalanan hidup kita
yang sentiasa bersama kita
yang akan bersatu dengan diri
untuk mencari sebuah kehidupan abadi


p/s : aku mesti tengah demam sekarang ni sebab tiba2 mencarut pasal cinta. damn! esok nak amek m.c!

1 ulasan:

Afzainizam berkata...

~~Selamat hari ibu~~

..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥
♥..♥  ╔══╦══╗╔╦══╗  ♥..♥
♥..♥  ╚═╗║╔╗║║║╔╗║  ♥..♥
♥..♥  ╔═╝║║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╔═╣║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╚═╣╚╝║║║╚╝║  ♥..♥
♥..♥  ╚══╩══╝╚╩══╝  ♥..♥
..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..
Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…

Salam ziarah salam muhibbah dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...