22 Disember 2010

meniti titian usang

oh~ sudah lama aku tidak berinternet. maaf semua rakan-rakan maya ku. keadaan yang tidak menentu memaksa ku untuk tidak membayar bil streamyx yang tertunggak.

aku benci dengan keadaan ini. aku merasakan hidup ini kosong dan tidak bermaya kerana selama ini, internet merupakan salah satu dari nadi kehidupan ku.

sukar untuk aku menjalani hidup ini dengan ketiadaan internet di sisi. bukan kerana ketagihan pada facebook dan blog seperti kebanyakan orang di luar sana. tetapi untuk membaca komik.

aku lupa untuk menyatakan bahawa aku seorang peminat komik yang tegar. sifat tegar ini bukan saja ada pada seorang perokok, tapi juga ada pada seorang peminat komik. dan harus di ingatkan juga aku bukan lah tergolong dalam kategori 'otaku'.

otaku berasal dari perkataan jepun iaitu bermaksud 'peminat komik yang sangat dahsyat'. golongan otaku ini juga berminat dengan parti cosplay dan model figura seperti gundam dan sebagai nya. syukurlah aku bukan tergolong dalam kategori yang boleh menghabiskan duit beribu-ribu semata-mata seketul patung.

mungkin aku akan menceritakan tentang hobi aku ini kepada semua bila ada kelapangan nanti.

tapi kini aku pasrah dengan keadaan kerana tidak mampu membayar bil streamyx. kini aku cuma mengharapkan cebisan-cebisan internet dari rumah kawan ku yang menangis dengan keadaan ku sekarang ni.

sekian.

1 ulasan:

myLady berkata...

sy pun (T.T) sy ketagih...
with virtual life...
hmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...