29 Julai 2010
entri ruang maya - part 4
25 Julai 2010
entri kilat
.
kepada rakan blog aku, maaf sebab lama tak update blog dan lama tidak melawat ke blog kamu. mungkin aku akan berbuat demikian selepas krisis tunggakan ini telah diselesaikan.
sekarang, aku tengah update blog kat cc. yeahhhhh!!
oleh kerana sudah lama aku tak tulis entri baru, entri ini mungkin panjang cket dari entri yang lepas2.

pertama sekali, aku nak remind kat korang semua yang 31/7/2010 ini akan diadakan mtv worldstage kat sunway lagoon. artis adalah katy perry, tokio hotel dan wondergirls. cute tau hahaha. errmmm tu je la kot yang femes. mungkin ade lagi yang best tapi aku tak sempat nak kaji. harga tiket pon aku tak sempat cari. sesapa yang tau sila bagitau aku tau.
ok cukup pasal worldstage.
sekarang jadi rockers balik. hahaha

itu adalah fliers untuk konsert slash. ohhhhh geram nye kat beliau. bukan kerana aku gay. tapi bole climax jugak la kalo dengar dia main november rain, dont cry dan sweet child of mine. sungguh, sungguh dan diulangi lagi sungguh mengasyikkkkkan. sila cari lagu tu dan dengar dan kalau lagi best, tengok video clip teros untuk penghayatan yang lebih dan mari climax bersama.
.
oh maaf. penggunaan bahasa yang kasar dan tidak dibenarkan oleh dewan bahasa dan pustaka. tapi aku pedulik ape. banyak lagi blog lain yang lagi ganas tau. hahaha
.
ciss masa sangat jeles ngan duit aku. tinggal 10 minit je ni. tokey cc da buat muka kucing. huh nak aku bayar lagi 2 ringgit ke? oh tidak. aku nak beli rokok kejap lagi. dan duit pon ngam2 je ni. oh kejam nye dunia ini pada si miskin.
.
hahaha maaf la ye kawan2. tak sempat nak buat entri panjang2. jadi abaikan statement di atas tu.
.
salam berjumpa lagi kalau aku ade duit nak pegi cc. bye.
.
oh hampir terlupa. aku saje je post entri pasal 2 konsert di atas ni. maksud yang tersembunyi ialah "ade sape2 nak belanja aku?? silakan lah"
.
12 Julai 2010
viva la furia roja!!

andres iniesta menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-117.
14 yellow card dan 1 red card dah dihadiahkan oleh reff. terbaaeeeekkk r ko reff. bole dapat award reff paling cemerlang.
sotong memang hebat. lepas ni bole pakat ramai-ramai makan sotong goreng tepung.
kesian kat holland. 3 kali kalah masa final.
hah esok ramai la yang beli baju spain. ramai la yang mengaku peminat spain. blah la wei.
dan aku adalah penyokong england. adoi la weyhhh
11 Julai 2010
dalam hati ada taman - part 4
kenapa kau seksa jiwa ku?
kenapa kau tidak mengerti perasaan ku?
tidakkah kau dengar hati ku yang meraung ini?
tidakkah kau tahu keperitan jiwa ku?
tidakkah kau sedar betapa aku terseksa?
tidakkah selama ini kau bahagia?
tidakkah kau pernah bertanya adakah aku bahagia?
apakah ini tidak bererti pada kau?
apakah ini terlalu rumit untuk kau tempuhi?
apakah tiada lagi perasaan belas kasihan kau pada ku?
apakah sukar untuk kau mengerti semua ini?
apakah dosa ku pada kau?
mengapa perkara ini sering terjadi?
mengapa begini kesudahan kita?
mengapa kau biarkan perkara ini berlaku?
mengapa?
~by nicky astria~
09 Julai 2010
bintat lemak
hari ni ayahku masuk hospital. suspect denggi. demam seminggu tak kebah. aku rase benci kepada nyamuk. aku mahu membunuh kau nyamuk. walau kau kecil tapi cukup menyusahkan manusia. walau kau seekor tapi cukup buat aku tak lena tido. nyamuk sialan!
kepada kamu semua. berhati-hati dengan binatang ini.
baiklah. sampai sini saja entri ini. aku nak pegi hospital.
salam.
05 Julai 2010
entri ruang maya - part 3
02 Julai 2010
anak tekak main congkak




"Kaum Yahudi mengatakan , 'Uzair itu anak ALLAH' dan kaum Kristian pula berkata 'Isa (Jesus) itu anak ALLAH. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dila'nati ALLAH mereka, bagaimana mereka sampai berpaling".
"Mereka (Yahudi & Kristian) menjadikan orang 'alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain ALLAH, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih Putera Maryam (Jesus); padahal mereka hanya disuruh menyembah ALLAH Tuhan Yang Satu, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia (ALLAH). Maha suci ALLAH dari apa yang persekutukan".
Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) ALLAH dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan ALLAH tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya".
"Katakanlah, "Dialah ALLAH Tuhan Yang Maha Esa (Satu), ALLAH adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang sekufu (setaraf) dengan Dia".