22 September 2010

kesibukan melanda diri

hari ni da 22/9/2010. da 24 hari sejak kes kehilangan abang sedara ku Ahmad Kamil bin Abdul Karim yang hilang sejak 30/8/2010.

the latest news is, polis da anta kertas siasatan kat peguam negara. gelang emas yang di percayai milik sosilawati pon da jumpe kat sungai tu.

sekarang cuma tinggal nak tunggu hasil dna dari forensik. mula2 dengar cerita, lagi 4 hari. sekarang dorang mintak masa lagi. erm takpe lah. janji result tu betul dan tepat.

korang mesti perasan aku da lama tak update. maaf. lately kepala aku tengah serabut. banyak masalah dan hal yang perlu di selesaikan.

sekarang cuti pon da abes. aku da start belajar balik. banyak esaimen yang kena siapkan. termasuk lah test dan kuiz. nak2 pulak dekat nak final exam ni. aku rase lagi tak sampai sebulan kot.

sabtu ni pulak wedding abang aku. agak bz jugak nak kena tolong macam2. kepada abang ku Mohd Hasli bin Alias, tahniah di ucapkan.

ok. ni ada iklan sikit. isnin lepas iaitu 20/9, gamba aku keluar paper berita harian. hehehe. cerita nya begini. kami baru lepas pegi wedding abang aku belah pompuan kat Kg. Endah kat banting lebih kurang 3km dari ladang gadong tu.

da alang2 kat situ, ingat nak singgah skali la kat tempat kejadian. sampai je kat situ, polis tak kasi masuk. cess!! pastu pulak kat tepi tu ade reporter tgh berkampung kat situ. jadi dorang pon tersnap gamba kitorang. tu yang terkeluar kat berita harian ngan the star tu.

ni la gamba nya.



hehehe. punye la poyo sampai nak cite kat blog kan. tapi lantak la. ni kan blog aku.

sekian wassalam.

2 ulasan:

bardmoon berkata...

artis sial,hahaha

Fit berkata...

hahaha artis abesssss la kannnn haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...