08 November 2010

IRON MAIDEN LIVE IN SINGAPORE 2011

aku sungguh teruja. sungguh excited. sungguh gembira. akhirnya setelah lama menanti dan hampir putus asa, aku dapat tau yang iron maiden akan buat konsert kat singapore bulan dua tahun depan.

iron maiden ialah satu band legend heavy metal. dan antara salah satu band yang paling paling palingggg disukai aku. band ni ditubuhkan pada tahun 1975.

rasenye tak perlulah aku ceritakan sejarah band ni kan. nanti korang tuduh aku copypaste kat google lak. tapi kalo korang nak tau lebih dalam pasal iron maiden ni, silalah google di komputer sendiri.

line-up band ni sekarang adalah :
bruce dickinson - vokal
dave murray - gitar
adrian smith - gitar
janick gers - gitar
steve harris - bass (founder)
nicko mcbrain - dram



iron maiden ade maskot gak kan. nama beliau ialah eddie. tengkorak hidup yang selalu ade kat cover album iron maiden ni. ni lah rupe si eddie tu.


walaupon si eddie ni merupakan seorang tengkorak dan maskot band ni, tapi beliau tidak bersalah. cube tengok muke die. innocent kan. iron maiden ni bukanlah band yang berunsur satanic. dengar dulu lagu dorang bai baru nak tuduh2 tau.

dan ni pulak adalah antara album2 dorang yang memang top nak mampos!!

The Number of The Beast (1982)


Seventh Son of a Seventh Son (1988)


Fear of the Dark (1992)


A Matter of Life and Death (2006)


The Final Frontier (2010)


antara lagu2 iron maiden yang memang top gile babi best nak mamposss adalah hallowed be thy name, the trooper, aces high, alexander the great, the number of the beast, fear of the dark, the reincarnation of the benjamin breeg, can i play with madness, no more lies, dan banyak lagi.

aku ni pon takde la nak kate da lame layan iron maiden ni. memandangkan umur aku pon baru sweet 16 (sila percaya), jadi baru beberapa tahun je aku kenal band ni. tapi iron maiden ni memang band feveret aku.

konsert dorang ni pada 15/2/2011. kat singapore indoor stadium. harga tiket adalah (dalam dolar singapore) 178, 148, 128, 98. korang convert kan la sendiri dalam RM. dan ini adalah gambar kedudukan kat dalam stadium mengikut harga tiket. jadi sape2 yang nak puas hati tengok konsert ni, beli la yang paling mahal.



sila klik untuk besarkan


iron maiden ni siap ade kapal terbang boeing 757 sendiri yang diberi nama Ed Force One dan dipilotkan sendiri oleh vokalis bruce dickinson. beliau memang ade lesen pilot komersial bai. ko ingat die ni ayam2 je ke??

sekarang aku sedang usahakan untuk beli tiket tu. aku taknak menyesal lagi sebab tak bole pegi konsert die mase tahun 2006 sebab takde duit. dan maybe ni konsert last dorang. ye la kan. dorang pon da tua da. da tak larat da nak buat world tour.

jadi sape2 yang memang minat ngan iron maiden ni, pegi la konsert dorang. duit bole di cari. tapi pengalaman untuk konsert ni mungkin mahal sekali. jadi good luck to all of you.

UP THE IRONS!!!!

2 ulasan:

iamwhoiam berkata...

hmmmm.... interesting. "duit boleh cari" betul tu!

Fit berkata...

duit bole di cari. tapi pengalaman yg plg penting yg mahal sekali =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...