03 November 2010

permulaan sebuah November

akhirnya, setelah lebih sebulan aku membiarkan blog aku ni bersawang di dalam laman sesawang ni, aku ingin menulis kembali.

aku tersangat bizi bulan lepas. kini, aku sedang bercuti. ya. cuti sem selama 3 minggu selepas penat memerah otak untuk menghadapi exam. tapi korang semua jangan salah sangka. masa cuti aku bukan digunakan untuk merehatkan badan dengan tidur sepanjang hari dan bermain game tanpa mengira waktu.

tepat tekaan kau. aku bekerja. hanya untuk mengisi waktu lapang ku supaya tidak dibazirkan begitu saja. untuk mempersiapkan diri dengan keadaan dan persekitaran alam pekerjaan supaya aku tidak dilanda penyakit 'cultureshock' lepas aku habis belajar nanti. untuk mencari sesuap nasi kerana aku kini hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

aku tidak mahu dianggap sebagai budak yang kurang matang dengan meletakkan status cuti itu sebagai satu fasa yang hanya untuk bersuka ria. satu tempoh yang konon nya untuk merehatkan otak dan badan selepas penat berhempas pulas selama satu sem atau 6 bulan. kerana dulu aku begitu.

kini aku sedar, tiada perkataan rehat dalam kehidupan ini. untuk mencari duit, mencari kekayaan dan kesenangan, kau tiada waktu untuk dibazirkan. sekarang dunia sudah maju, sudah moden. siapa cepat, dia dapat. kerana duit merupakan sesuatu yang paling penting dalam kehidupan.

ada satu peribahasa mengatakan "ada duit, semua jadi".

kalau dulu, peribahasa itu ditentang. kalau dulu, kata-kata itu di bantah. kerana dulu, duit bukan segala-galanya. duit bukan nadi kehidupan.

sekarang, kau tanya semua orang. siapa yang taknak duit? siapa yang tak memerlukan duit? siapa yang tak pentingkan duit?

kerana duit, rumahtangga berantakan. kerana duit, laki bini becerai. kerana duit, anak pukul makbapak. kerana duit, pasangan couple boleh clash.

kau ada duit, kau disanjung. kau tiada duit, kau dihina.

2 ulasan:

iamwhoiam berkata...

keje katne Fit? welcome back!

Fit berkata...

keje kuli je huhu tanx~~ da lame da x update ni huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...