apabila bercakap tentang orang yang bodoh, kau semua mesti terbayangkan seorang yang tak tahu mengeja, membaca, mengira, dan mungkin tidak tahu bagaimana untuk berjalan dengan menggunakan kaki sendiri walaupun dianugerahkan sepasang kaki yang normal.
12 Disember 2011
sikap bodoh semakin menular - part 1
apabila bercakap tentang orang yang bodoh, kau semua mesti terbayangkan seorang yang tak tahu mengeja, membaca, mengira, dan mungkin tidak tahu bagaimana untuk berjalan dengan menggunakan kaki sendiri walaupun dianugerahkan sepasang kaki yang normal.
25 November 2011
life fun facts #5
22 November 2011
peluh dingin di bibir
15 November 2011
usus berbelit menandakan buasir
14 November 2011
life fun facts #4
05 November 2011
eat your own brain
22 Oktober 2011
07 Oktober 2011
entri suka-suka : p.ramlee membawa pengaruh besar ke dalam budaya sekarang - part 2

masyarakat kita sudah tidak asing lagi dengan kegiatan bomoh-bomoh ni. sebenarnya aktiviti ini sudah lama berlaku dalam masyarakat kita.

05 Oktober 2011
life fun facts #2
03 Oktober 2011
life fun facts #1
30 September 2011
entri suka-suka : p.ramlee membawa pengaruh besar ke dalam budaya sekarang


27 September 2011
detik "kegemilangan" KLIUC di mata ibubapa
" keadaan menjadi kecoh dan gamit. kedengaran suara pekikan dan kata-kata cacian keluar dari mulut sekelompok pelawat yang datang berkumpul di situ. "
tahu apakah itu? itu adalah bayangan gambaran bagi keadaan yang berlaku masa majlis konvokesyen yang berlangsung di kolej aku tempoh hari.
di bawah adalah detail bagi keadaan ketika itu. (>_<)v
tempat kejadian : Kuala Lumpur Infrastructure University College
masa kejadian : 9.00 am
tarikh kejadian : 24/9/2011
mula-mula kita nyanyi lagu KLIUC dulu hahaha!!
aku sampai di kolej dalam pukul 7.30. ketika aku sampai di depan dewan MultiPurpose Hall, aku melihat sudah ramai yang berkumpul di situ. di bawah khemah pun sudah penuh. saiz khemah yang aku anggarkan cuma besar sedikit dari khemah untuk jamuan kecil-kecilan meraikan orang berkhatan.
sesampai aku di situ, aku terkejut kerana tiada langsung makanan dan minuman hatta seteguk air sirap untuk dijamukan kepada golongan ibu-bapa yang hadir. ini menimbulkan pelbagai persoalan di kepala. kenapa tidak ibu-bapa dijamukan dengan sedikit sarapan pagi? kenapa pihak lecturer dan ahli senate saja yang dijamu? untuk makluman, pihak lecturer dan ahli senate di jamu di tingkat satu bangunan admin iaitu di tempat yang sukar dilihat bagi orang yang pertama kali datang ke kolej. mengapa begitu?
ah! barulah aku teringat yang sebelum ini, pihak kolej ada menghantar surat jemputan untuk konvo. di dalam surat itu ada tertera yang ibu-bapa dinasihatkan untuk makan dahulu sebelum datang ke majlis itu.
kalau ada ibu-bapa yang tak sempat nak breakfast macam mana? kalau ibu bapa datang dari jauh dan tak sempat nak breakfast semata-mata nak kejar masa sebab dalam time table student kena berkumpul pukul 7.30 am. kate nye laaa kannn.
tapi disebabkan kelewatan pihak management untuk menguruskan hal-hal seperti menyusun kerusi, menyusun pelajar, menyusun kertas dan sebagainya, perjalanan program menjadi sedikit terencat. ibubapa dah beratur lama kat depan pintu dewan tu, baru laa pihak management terhegeh-hegeh nak susun kerusi bagai. mengapa tak prepare benda tu semua awal-awal?
yang lebih menyakitkan hati, ada berpuluh ibubapa tak dapat masuk ke dewan kerana kekurangan tempat dan kerusi. alasan nya dewan sempit dan tiada ruang untuk menempatkan semua yang hadir sehinggakan pihak management terpaksa memberi kerusi dan tempat yang sepatutnya di-reserved-kan untuk lecturer dan student yang konvo kepada ibubapa.
sudah nya, lecturer tidak ada tempat dan tak boleh masuk masa konvo tu. dan perkara paling bangsat ialah ada student tak dapat duduk dalam dewan dan terpaksa beratur diluar dewan sehingga nama dipanggil untuk naik ke pentas.
alasan bodoh yang di beri adalah " Maaf encik. dewan penuh dan tak cukup nak menampung bilangan yang hadir. kami akan cuba buat yang lebih baik tahun depan. "
kepada encik/cik management. meh sini aku nak cakap sikit. kalau majlis konvo kau baru buat sekali dua, boleh laa bagi alasan macam tu. tapi ni dah 9 kali tahu!!!!!
mari aku ajarkan kau matematik mudah. jumlah student sesi pagi (bachelor) = 400, jumlah student sesi petang (diploma) = 300, jumlah ibu bapa sesi pagi = 800, jumlah ibu bapa sesi petang = 600, jumlah lecturer = 50, jumlah senate = 20 (eh, dorang ni duduk atas pentas je).
sesi pagi = 400+800+50 = 1250 , sesi petang = 300+600+50 = 950
aku rasa dewan kliuc tu yang lebih kurang besar macam dewan komuniti Kg. Gajah kat kampung opah aku tu memang tak muat 1250 orang sekali masuk. tu baru kira ibubapa je masuk. belum kira nak masuk pakcikmakcik, adik beradik semua lagi. tu baru sesi pagi. kalau sesi petang macam mane?
encik management, kalau dah tahu jumlah semuanya sampai seribu lebih, kenapa tak buat kat dewan yang lebih besar? kat picc ke, kat hotel ke? kenapa nak tunggu kena maki hamun baru nak kelam-kabut? kalau buat kat dewan yang besar, boleh la buat bachelor diploma sekali jalan. kan senang gitu.
tak ada budget? sorang student kena bayar rm250 untuk konvo ni. rm 250 x 700 = rm 175,000. tak cukup lagi ke? ok, satu semester 18 credit hour, 1 credit hour = rm 350. 18 x rm 350 = rm 6300 + 400 (insurans berak, lab fees jubo, library fees lancau) = rm6700 satu semester. tak cukup lagi ke kau makan duit student? mane pegi duit tu? beli mercedes slk300 untuk president dan bmw x6 untuk canselor kan? kan? kan?
dengan standard dan formaliti yang patut ada dalam sesebuah majlis konvokesyen, perkara seumpama ini tidak harus berlaku. alasan " kami akan cuba lagi tahun depan " sangatlah tidak profesional dan matang.
perkara ini melibatkan imej dan nama baik kolej. seraya ia melibatkan pihak ibubapa yang telah menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran.
bayangkan jika mereka datang dari jauh. contohnya sabah, sarawak, johor, penang kelantan. bila dah sampai kolej, tak dapat masuk pulak sebab dewan dah penuh.
SUCCESSFUL EVENT MY ASS!!!
ini adalah perkara paling memalukan yang tak patut berlaku dalam majlis seformal itu. apa yang aku tahu, untuk majlis konvokesyen, pihak institut pengajian tinggi ada meletakkan syarat dan standard tertentu sebelum melangsungkan majlis. tapi, bila sudah berlaku benda macam ni, aku pun tak tau apa reaksi pihak yang berkenaan. mungkin aku akan panjangkan perkara ini kepada pihak tertentu supaya ia dapat memberi pengajaran kepada kliuc dan kolej-kolej yang lain.
akhir kata, tahniah kepada semua student yang konvo dan good luck and congrats in advance untuk rakan-rakan yang masih gigih berjuang. jangan berputus asa dan aku yakin kamu semua pun boleh konvo juga.
26 September 2011
konvokesyen

24/9/2011.
alhamdulillah segala kesyukuran ku panjatkan pada Yang Maha Esa.
akhirnya selesai sudah proses pembelajaran ku di kolej secara rasminya.
dan secara rasminya, aku pemegang ijazah Bachelor of Civil Engineering (Hons).
terima kasih kepada semua pihak yang membantu aku dalam proses dan perjalanan yang aku lalui sepanjang 4 tahun ini untuk menjadi pemilik kepada sekeping ijazah.
itu termasuklah kedua ibubapa aku, adik-beradik, saudara mara, kawan-kawan, awek-awek, skandal-skandal, dan juga musuh-musuh aku.
kamu semua pemangkin kejayaan aku.
hanya Allah saja yang dapat membalas jasa-jasa kamu semua.
aminn.
16 September 2011
Konsert Fenomena Search 2011

arrghhhhh!!!!!!!!
ini lah berita gembira yang aku tunggu-tunggu.
tak sabar nak tunggu bulan 11 kang. tapi venue tak tau lagi..harap-harap area kl je.
nanti aku akan update lagi kalo ade keluar latest news.
******************************************************************
ok ni aku baru update.
para peminat setia Search area kl, jom datang beramai-ramai kita kasi gegar!!!
03 September 2011
fight for your right
selamat hari raya yang ke-5 untuk semua. harap semua dapat beraya dengan hati yang suci dan bahagia di samping mengumpul duit raya. mana yang dah tua bangka tu jangan nak buat muka sweet-sweet konon nak dapat duit raya ye. sedar diri sikit umur tu da makin menganjak senja.
02 September 2011
100

yahuuuuuuuuuuu
29 Ogos 2011
combo celebration

sekali lagi aku rasakan blog aku ni da semakin suram dan sunyi. ia berpunca dari sikap malas aku. eh bukan! bukan aku yang malas. rumah aku sekarang da tiada internet. tu sebab aku jarang online. kalo aku online pon kat henpon je tu pon pakai wifi mamak. dan malangnya, henpon aku ni takleh bukak blog. aku pon tak tau kenapa. mungkin aku kena pakai iphone4 je lepas ni.
28 Julai 2011
setahun sudah berlalu
bagi aku, kesemua 6 Jahanam ini harus dihukum mati dengan secepat mungkin tanpa melalui proses mahkamah yang sangat lama.
24 Jun 2011
puisi buruk - part 4
03 Jun 2011
seks & pavilion

salam semua.
27 Mei 2011
only time will tell

25 Mei 2011
endless rain

11 Mei 2011
entri sempena hari ibu


09 Mei 2011
sedetik lebih

02 Mei 2011
sayap-sayap meniti kejora malam


21 April 2011
sejarah tercipta
13 April 2011
berak tidak tercerna
07 April 2011
entri ruang maya - part 9

semalam aku baca paper, ade sorang budak tulis suicide note kat fb. aku kurang pasti beliau orang malaysia atau seorang beragama islam. kerana semasa membaca tu, aku tergelak kecil sambil menggelengkan kepala menyedari bahawa perkhidmatan fb sudah di gunakan sehingga ke tahap itu.




06 April 2011
selamat bulan empat




24 Mac 2011
those were the days
18 Mac 2011
beruang kutub
15 Mac 2011
the last breath in deserted archipelago
12 Mac 2011
celaka!
11 Mac 2011
awan nano

huh!! bangsat!
08 Mac 2011
sesudah sembelit
04 Mac 2011
selamat bulan tiga
salam kepada bloggers semua.